Friday, September 24, 2010

Bahaya Facebook..

Saya paparkan email yang diterima. Ini adalah ingatan yang baik untuk semua ibu bapa agar keselamatan anak-anak kita lebih terjamin. Di Malaysia ini kalau kita hendak harapkan polis sahaja memang jahanamlah hidup dan masa depan kita.

- Saya tak risau sangat pasal orang dewasa sebab setiap keputusan mereka buat berasaskan "kematangan" dan "kebijaksanaan" mereka menilai sesuatu. Adakalanya nasihat baik ditolak begitu sahaja sehingga akibat buruk betul-betul kena kat batang-hidung. Dah dewasa, pikul-lah sendiri beban yang dicari sendiri tu. Yang penting dah nasihat.

Yang terlalu saya risaukan ialah remaja. Apabila mereka membentangkan maklumat peribadi mereka terlalu banyak di mata awam, segala jenis makhluk akan membaca. Di sinilah datangnya bahaya.

Kita harus tahu, penjenayah adalah kelompok yang bijak dan mahir membaca sikap dan kelemahan mangsa. Kedua-dua inilah senjata utama penjenayah.

Satu ketika dahulu mereka terpaksa round dan memerhati sasaran beberapa hari. Kini tak payah penat sangat. Masuk aje Cybercafe, bayar RM2, segenap sasaran terbentang luas di depan mata mereka dalam Facebook.

Mereka dok belek foto remaja, menilai sikap dari tulisan mereka, menilai jenis pilihan kawan, mengetahui tempat yang mereka suka bertandang dan segera ketahui minat ( hobi ) seseorang itu. Di sinilah mereka membaca kelemahan dan meneka perkara yang boleh menarik minat mangsa. Dari sinilah juga mereka dapat meninjau lokasi dan merancang. Peratusan besar pujuk rayu melalui email dan respon telahpun memikat hati mangsa. Kini sekadar face-to-face aje. Terimakasih kepada Facebook, kerja penjenayah dah jadi mudah.

Ada banyak jenis penjahat di luar sana. Mereka ini psycho dan tak reti takut Tuhan serta tak peduli apabendapun asalkan mereka seronok. Mereka teruja bila polis mencari mereka dan main sorok-sorok. Mereka kelihatan normal tapi otak senget dan hati kering.

Contoh kecil:

1. Mat kucing yang mencolek kanak-kanak sebagai mangsa seks, di akhiri dgn pembunuhan di Selangor.

2. Guru yang melakukan seks oral terhadap murid perempuan Tahun 2 di Penang.

3. Pegawai polis yang memaksa seorang budak membuat oral seks terhadapnya di Perak.

Anak-anak remaja banyaknya lurus bendul. Mereka boleh melakukan kesilapan dengan mempaparkan maklumat seperti kawasan tempat tinggal, telefon, foto keluarga dan tempat pekerjaan ibubapa di dalam Facebook. Ada juga yang sediakan Goole Map ke arah rumah mereka.

Saranan saya:
Bacalah Facebook anak-anak tu. Jika maklumat yang dipaparkan terlalu terperinci, mintalah mereka memadamnya. Nasihatkanlah mereka mengenai bahaya diluar sana supaya tidak timbul sesalan nanti.

Berikut adalah apa yang dilaporkan dalam The Times.

Facebook games — Mafia Wars, FarmVille, Restaurant City — have become surprisingly effective at diverting time wasters among the social-networking crowd. More than 63 million people alone play FarmVille. But now accusations have surfaced that the games can lead some more gullible players, including children, into Internet scams, especially if they have a cell phone.

ikhsan dari kerajaanrakyat.blogspot.com

No comments:

You Are Not Alone -Micheal Jackson