Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009.. Welcome 2010

Pejam celik dah abih 2009.. terlalu banyak perkara yang berlaku tahun ni.. saya fikir yang fositif je sbb kta wajib bersyukur ke atas ape pun yang terjadi ke atas kita.. kerana hidup ini sangat singkat untuk perkara yang negatif.. tah -tah esok lusa kita di panggil olehNYA.. alhamdulillah.. semakin ramai pengunjung blog saya yang tak seberapa ni.. saya harap lebih ramai lagi yang akan sudi untuk berkunjung ke blog ini.. walaupun jarang saya update kerana sibuk dengan ebay dan affiliate.. alhamdullilah.. semuanya ok dan bertambah baik.

Betul la .. tekanan kerja bagi saya waktu ini amat membebankan.. saya alami.. saya berada dalam situasi ini, dan nekad yang terbaik jika saya tidak lagi di sini adalah menubuhkan business sendiri.. kerja bebas,tiada arahan yang membosankan dari majikan, dan bila2masa saja saya oleh lakukannya..sgt bebas kerana itu hak milik kita..dan buat benda ni side je.. kalau stop kat sini full time la.. hehe Bye ICC Sdn Bhd..kira balas dendam la ni..

Kini baru saya faham adalah amat bernilai dalam kehidupan ini mempunyai aset sendiri.. sape2 yang ada tanah sendiri tolong usahakan dengan baik..memang la peringkat permulaan susah .. tapi lihat hasilnya kemudian nanti anda mampu tersenyum kerana hasil aset anda memberi keuntungan dan pulangan kepada anda..tak kira nak buat cucuk tanam dan penternakan asalkan dia akan bagi pulangan balik.

Nak kerja dengan org? jangan harap la..sampai bila? pertama sekali.. mesti mengalami tekanan .. tak kira dari segi emosi dan pemikiran..kedua dari segi masa keluar pagi balik petang..cuti pun hanya hujung minggu.. ujung minggu sgt sibuk.. nak pegi sini sana, nak kemas umah, walaupun ia remeh ia sgt membebankan.. tension..!! itulah yg dialami.. bukan org lain tapi saya sendiri..

Kini saya dapat rasa pemahaman saya tentang business internet, ia menepati apa yang kita inginkan sebagai manusia, bebas dan tiada tekanan.Utamanya daripada majikan.. kadang2 dia saje nak bebankan kita, macam la kita ni ada masa nak keje bawah dia 24 jam.. cuti umum pun kena keja.. sgt teruk.. dah tu cerewet tak kena itu dan ini, sampai bila nak kena camtu.. dia tak ade hak nak wat camtu.. dan kita sebagai pekerja berhak diberi kebebasan cuti dan menikmati kehidupan..

Akhir sekali hidup ini sangat singkat untuk menderita, bergaduh dan melakukan hal yang remeh dan buang masa. Isi masa dengan perancangan yang teliti dan yang penting "kerja"kan perancangan itu.. dan jangan lupa tingkatkan ibadah anda setiap hari wajib dan sunat, isi masa dengan kerja yang berfaedah .. tawakal dan bersyukur.. ape pun saya sgt bersyukur kerana masih diberi nafas untuk bekerja sampai hari ini dan berpeluang merancang untuk kehidupan yang lebih baik..

Ape pun usaha mesti diteruskan.. mesti usaha dan buat!

Friday, November 6, 2009

Join Program ini!! Ia percuma ..

Ini adalah cara yang paling mudah nak buat duit melalui paypal.klik link di bawah lepas tu masukkan email dan nama anda.. kemudian download.. jika anda join program ini anda akan memperolehi 1 USD setiap klik.. masih tak faham.. ??ok sy tak nak cerita panjang.. ape pun klik link dibawah untuk maklumat lanjut!

http://www.12monthinternetmillionaire.com/reg/21396, http://www.12monthinternetmillionaire.com/reg/21397

Join sekarang!

p/s: anda mesti punya akaun paypal untuk program ini..

Wednesday, November 4, 2009

Projek Terbaru-GDI Domain International

Emm dah lama sgt tak update blog ni.. terima kasih pada rakan2 yang sudi mengikuti perkembangan blog ni.. so saya nak bercerita tentang projek affiliate yang terbaru saya join..iaitu GDI Domain international..

Apa itu GDI?

GDI adalah salah sebuah webhosting company yang terletak di USA dan telah pun beroperasi semenjak 1999. Ia seperti juga webhosting company yang lain yang terdapat diseluruh dunia, cuma satu perbezaan yang amat besar adalah mereka mengembangkan perniagaan mereka menggunakan sistem affiliate. Sistem tersebut beroperasi sejak awal lagi penubuhan mereka, dan telah diiktiraf sebagai sistem affiliate terbaik didunia ketika ini.


Ianya dapat dibuktikan dengan hanya menggunakan youtube atau google, jika kita mencari keyword “money online” atau “best affiliate program”, kita akan dapati 95% internet marketer (IM) mengiklankan GDI. Ini sudah memadai untuk membuktikan dakwaan tersebut. Saya juga pernah membuat kajian tentang GDI ini, saya dapati tidak ada satu blog atau forum diseluruh dunia menceritakan bahawa GDI ini scam atau tidak membayar komisyen kepada kita.

Kenyataan tersebut cukup kukuh membuktikan yang GDI mempunyai sistem affiliate terbaik diseluruh dunia.

1. Berapakah kos untuk menyewa tapak dan pendaftaran webhosting di GDI?

Kosnya hanyalah US$10 setiap bulan.

2. Apa beza GDI dengan webhosting yang lain?

a. Sistem affiliate yang memberikan 50% kepada sesiapa yang mempromosikan GDI. dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia.
b. Anda akan mendapat 7 hari percuma untuk aktifkan website dan juga affiliate anda.
c. Anda hanya perlu bayar 10$ setiap bulan dan boleh di cancel kan pada bila2 masa.

3. Bagaimana pembayaran sewa $10 tadi ke GDI.

Kita boleh membuat pembayaran menggunakan kredit kad, kad debit atau paypal.

4. Bagaimana pula GDI membayar komisyen kepada saya dan bagaimana komisyen dikira?

Cek yang dihantar terus ke rumah. Wire Transfer – Bayaran terus ke akaun anda atau bayaran terus ke paypal anda.Dan komisyennya adalah mereka memberikan $1 untuk setiap orang sedalam 5 level yang berada didalam network anda.Ini bermakna jika seseorang itu memiliki website mereka selama 10 tahun ini bermakna anda akan mendapat $1 dari GDI SETIAP
BULAN selama 10 TAHUN.

Jangan buang masa ! klik disini

www.website.ws/nuraerina
Daftar Untuk Percubaan 7 hari PERCUMA!

Anda juga akan menerima sebuah laman web percuma berbahasa Melayu untuk mempromosikan bisnes GDI.

Plan Pendapatan $3,905 Sebulan Dalam US Dollar
http://PerniagaanInternet.ws/r/erin24

Selamat Berbisnes!

Friday, July 17, 2009

Kesalahan pertama kali bertemu

Apakah sembilan kesalahan yang perlu anda berikan perhatian saat pertama kali bertemu dengan si dia?
HATI-HATI dengan pertemuan pertama anda dengan si dia. Kemungkinan kesilapan pertama yang anda lakukan itu sedikit sebanyak mendatangkan impak kepada diri sendiri.

Misalnya, anda mungkin salah memilih pakaian. Pastikan penampilan anda sesuai dengan situasi dan perjumpaan itu.

Elakkan menyarung sepatu tumit tinggi dengan baju yang seksi, apabila si dia mengajak anda ke taman bunga.

Jadikan pertemuan pertama anda itu sebagai sejarah awal percintaan anda berdua. Sekiranya si dia tidak menepati apa yang anda inginkan, jangan sesekali memberi harapan untuk pertemuan kali kedua.

Namun, jika si dia yang selama ini yang anda carikan, pastikan anda ingin segalanya berjalan lancar.

Bagi memastikan anda masih berpeluang berjumpa dengannya buat kali kedua dan seterusnya, hindarilah beberapa kesalahan yang sering berlaku pada pertemuan kali pertama ini. Antaranya ialah:
1. Datang lewat
Lewat lima minit tidak bererti si dia dapat menerima alasan yang diberikan. Kelewatan anda itu akan mempengaruhi imej dan kepercayaannya terhadap anda walaupun pada pertemuan pertama.
Bayangkan, untuk berjumpa dengan anda, pelbagai perkara bermain di fikirannya, inikan pula kelewatan yang anda sendiri lakukan. Si dia mungkin merasakan kemungkinan anda akan mengulangi kelewatan itu pada pertemuan-pertemuan akan datang.
2. Buat keputusan sebelum keluar bersama
Pastikan anda dan si dia merancang destinasi yang dituju. Ini untuk mengelakkan anda berdua saling bertanya destinasi tersebut pada hari pertemuan itu nanti. Ingat, perbincangan pada saat akhir akan membuatkan anda berdua terpaksa pergi ke tempat yang membosankan. Mengetahui lokasi pertemuan juga membolehkan anda merancang pakaian yang sesuai.

3. Jauhi perbicaraan berunsur keyakinan
Elakkan perbincangan yang melibatkan hal-hal keagamaan politik, muzik mahupun industri filem. Mengapa? Sewaktu anda dan si dia mengetahui bahawa masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza, pertemuan pertama itu akan berakhir dengan debat yang serius. Ada baiknya jika pertemuan itu dihabiskan dengan bertukar-tukar pendapat. Namun, bukankah lebih baik jika anda dan si dia mencapai tahap kesederhanaan sebelum berdebat?

4. Mata keranjang
Hari ini, bukan lelaki saja yang yang bersikap mata keranjang, segelintir wanita juga begitu. Begitu juga dengan anda, ketika bersama si dia elakkan mencuri pandang ke arah lelaki lain. Ini seolah-olah memberi isyarat kepadanya agar mencari wanita lain.

5. Mengajak teman
Mungkin anda baru mengenali si dia dan menyimpan perasaan takut dan berhati-hati sebelum ditipu atau dianiaya si dia. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengajak rakan menemani anda bertemu si dia. Membawa teman sewaktu kali pertama bertemu dengan si dia memperlihatkan anda seorang yang tidak matang.

Jadi, pada saat anda membuat temu janji untuk berjumpa dengannya, anda harus bertanyakan kepada si dia adakah pertemuan yang akan berlangsung itu hanya anda berdua sahaja atau melibatkan kehadiran orang ketiga. Cara sebegini adalah untuk memastikan bahawa si dia tidak akan membawa teman-temannya yang lain.

6. Terlalu agresif
Kawal emosi anda walaupun ia adalah pertemuan yang pertama dan anda begitu teruja. Elakkan daripada terlalu menunjuk-nunjuk. Misalnya, dengan menyentuh si dia pada bahagian-bahagian tertentu di khalayak.Cara ini menunjukkan anda seolah-olah seorang wanita yang mudah menyerah
7. Kurang agresif
Jangan hanya berdiam diri dan mengharap si dia yang akan memulakan bicara. Sekiranya anda terus berdiam dan tidak banyak memberi tindak balas, si dia pula akan memikirkan bahawa anda tidak dapat menerima dirinya
8. Batal pada saat-saat terakhir
Elakkan membatalkan pertemuan pada saat-saat terakhir kecuali anda berdepan dengan situasi genting seperti kematian, keluarga sakit dan sebagainya. Ini kerana, mungkin si dia sudah bersiap sedia untuk ke destinasi tersebut.

9. Menguasai perbicaraan
Ucapkan kata-kata anda dengan tenang. Berikan si dia peluang untuk berbicara dan mengutarakan pendapatnya. Elak memesan makanan atau minuman untuknya, melainkan si dia menyuruhnya

Tuesday, July 14, 2009

Solat Dan 5 Jenis Manusia

Salam Sejahtera Semua..
Hari ini saya ingin kongsikan satu artikel berkaitan solat yang menjadi kewajipan kepada setiap umat islam.. pada zaman ini sebenarnya ramai yang tidak bersolat bahkan lebih teruk lagi ada segelintir golongan yang tak tahu bersolat .. berikut adalah solat dan 5 Jenis manusia yang melakukannya.. sama-sama kita muhasabah diri kita temasuk di golongan mana dan sama-samalah kita memperbaiki diri agar kita menjadi umat dan hamba Allah yang cemerlang..
a) Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza
b)Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
c) Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solaitu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
d) Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
e) Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh. Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan. Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah. Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dalam menjalani kehidupan di bunia yang fana ini..

Monday, June 15, 2009

'Atasi Tekanan Dengan Bercakap Pada Diri Anda Sendiri'

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Terlalu lama saya dah tak update blog sy ni... semuanya kerana saya tumpukan pada Ebay.. Alhamdullilah saya sudah mendapat ilmu dan kemahiran serta pendapatan yang konsisten pada ketika ini.. anda diluar bila lagi?
So hari ini saya ingin berkongsi satu lagi artikel yang dipetik dari harian metro di ruangan Addin, ia itu " Atasi Tekanan Dengan Bercakap Pada Diri Anda Sendiri":
HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan. Pertemuan kali ini saya titipkan beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.
2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.
3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri.
Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah: "Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.
4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi. Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat
.5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalamkekuasaan-Nya.Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.
Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya."
(QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)

Wednesday, February 11, 2009

Majalah IM keluaran terbaru

Satu lagi saya ingin war-war kan disini adalah mengenai keluaran Majalah IM yang terbaru daripada Team Flarebiz.Team Flarebiz terdiri daripada 2 orang anak Muda,Zafran dan Labanon.. Labanon ni merupakan anatara usahawan internet yg paling muda setakat ini dan beliau telah berjaya memperolehi income RM 10,000 sebulan. Istimewanya majalah ni adalah ia mengandungi segala maklumat mengenai peniagaan internet, kisah2 kejayaan otai2 dan pelbagai info yang menarik..

Jika anda berminat untuk melanggan keluaran majalah ini sila download di http://majalahim.com/ , seterusnya anda akan perolehi segala maklumat yang menarik akan diberikan secara PERCUMA.. dan anda perlu download sahaja untuk membacanya. Bagi keluaran bulan ini cerita menarik mengenai NoorizamShah iaitu Sifu Perniagaan Ebay yang mana beliau adalah satu-satunya usahawan ebay berbangsa melayu setakat ini yang berjaya mengajar bagaimana untuk melakukan bisnes di Ebay.. sapa kata golongan yang tidak bekerja atau suri rumah tidak boleh buat income beribu-ribu.. dan jangan terkejut jika hasil pendapatan anda melebihi income orang yang makan gaji..

Apa pun harus sabar untuk mempelajari sesuatu.. bukan senang hendak senang betul tak? dan jika sesiapa nak tahu mengenai NoorizanShah ni layari lah Noorizamshah.com.

Lakukan yang terbaik demi masa depan anda!

Produk Visa jutawan

Hari ni saya baru ok dari demam.. dan saya juga ingin mengulas sedikit mengenai satu produk yang sangat bagus saya kirakan.. pada sesiapa yang ingin menambah pendapatan dan memulakan pendapatan.ia terdiri daripada 3 item atau perkara yang terkandung bagi menjalan kan perniagaan internet iaitu blogging, affiliate dan ebay.. 3 perkara ini terkandung dalam produk VISA JUTAWAN..

Saya sendiri telah mendapatkan produk ini dan ia sangat berbaloi dan berpuas hati.. setakat ni takde lah saya rasakan adanya gabungan tiga perkara yang hebat ini..dan yang paling mudah adalah anda hanya perlu jadi ahli affiliate dan MAS DINO akan follow anda untuk promosikan produk ini sehingga pelanggan anda akan membeli melalui link affiliate anda.. komisen sebanyak RM 80.00 akan menjadi milik anda sekiranya produk ini terjual pada link anda..

Cepat dapatkan visa jutawan..maklumat lanjut klik link dibawah atau anda boleh klik bannner di side blog saya..

http://www.visajutawan.com/my/020485.html

PS: Janji Allah 9/10 kekayaan datang dari perniagaan..

Thursday, January 22, 2009

Menjaga Kesihatan Badan

Salam Ceria Semua,

Hari ni saya nak kongsi lagi beberapa petua berkaitan kesihatan kita.. untuk memiliki kehidupan yang baik dan ceria kesihatan haruslah dijaga.. berikut adalah artikel yang berguna dikongsi bersama :

a)Empat Perkara Menguatkan tubuh

- Makan Daging

-mencium haruman

-Selalu mandi

- memakai pakaian daripada kapas

b) Empat perkara yang melemahkan tubuh

- Terlalu kerap bersetubuh

-Terlalu banyak bersedih

-Terlalu banyak mereguk air liur

-Suka makan asam-asam

c) Empat Perkara Yang Menajamkan Penglihatan

-Duduk menghadap kaabah

-Mencelak mata setiap malam

-Memandang Hijau-Hijauan

-Membersihkan tempat duduk

d) Empat perkara yang mengaburkan mata

-Lihat Benda-benda kotor

-Lihat orang yang disalib

-Lihat kemaluan wanita

-Duduk membelakangkan kaabah

e) Empat perkara menambah kekuatan akal

-Meninggalkan berkata sia-sia

-Amalkan bersugi

-Sering menghadiri majlis orang-orang soleh dan majlis para ulama.

f) Lima perkara mencelakakan orang.

-Orang kaya yang kedekut.

-Hilangnya rasa kasih sayang.

-Tertanamnya sifat iri hati.

-nasihat yang tidak punya pengaruh lagi.

-Orang-orang bodoh yang mentertawakan orang2 yang pintar.

Petua kurangkan rambut gugur

Ambil kan lidah buaya,campurkan lendirnya bersama daun dan bunga raya putih,blender dengan sedikit air, sapukan ramuan kepada rambut anda.pastikan ia kena keseluruhan kulit biar selama 30 min kemudian mandi dan bilas seperti biasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur,syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut,hasilnya membanggakan sebaik sahaja ia mengering.Anda pasti selesa selepas itu.

Petua Lain Mengatasi Masalah keguguran Rambut

1) Sapu Minyak bijan di akar rambut/kulit kepala sebelum tidur.Paginya bersyampu dan bilas seperti biasa.

2) Lendir daun rambutan ..lakukan seperti penggunaan lidah buaya bersama bunga raya putih..Insyallah kalau buat selalu berkesan.

Itu saja buat kali ini..selamat mengamalkan petua ini untuk kesihatan.


Wednesday, January 21, 2009

Petua Rumah dan Dapur.

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman..

Dah lama saya tak menulis dalam blog ni sbb sy tumpukan seketika bagi pelancaran blog perniagaan sy yang kini dalam proses ..nanti saya akan dedahkan di blog itu tentang bermacam bentuk perniagaan yang sy jalankan ..nanti akan diberitahu..

So kali ni sy masih nak berkongsi lagi beberapa petua yang saya rasakan amat berguna kepada anda semua antaranya ialah :

1) Bagaimana nak jadikan telur dadar( omelette) gebu?
Seperti sedia maklum telur dadar mmg sedap dimakan tak kiralah buat lauk ke nak makan bersama nasi biasa atau pulut.. bau wangi telur dadar amat menyelerakana apabila kena dengan cara masakan nya.. jadi nak jadikan telur dadar tu sedap dan gebu adalah dengan cara masukkan sedikit air ketika memukulnya..untuk menghasilkan warna gebu tu plak masukkan soda penaik.1/2 sudu teh soda penaik untuk setiap 3 biji telur.

2) Bagaimana jadikan tangan bersih dan lembut setelah berkebun
Berkebun satu aktiviti yang sihat..bercucuk tanam amat digalakkan untuk tambahan kepada sumber pendapatan .. kena rajin dan tekun melakukan nya.. so selepas berkebun biasanya tangan kotor dan rasa kasar.. untuk atasinya sental tangan anda dengan bijirin oat dan susu.Campuran bahan ini menghaluskan tangan anda disamping kotoran itu akan hilang.
3) Bagaimana hilangkan dakwat pen
Dakwat pen susah nak hilang terutama terkena kat pakaian berwarna cerah..camne nak hilangkan dia? cuci dengan sabun pun susah nak hilang. caranya ialah basuhkan dakwat tadi dengan cuka makan .Bacuhkan 2 sudu cuka makan dengan 3 susu tepung jagung.Kemudian,sapukan campuran ini kepada kesan dakwat tadi.Biarkan campuran kering dan basuh pakaian seperti biasa.Ia juga boleh digunakan untuk kesan pada permaidani.

4)Bagaimana hilangkan bau hamis kambing.
Daging kambing yang hamis tentu membantutkan selera anda walaupun anda menggemarinya.. di sini sy akan bantu anda untuk hilangkan nya ..setelah anda hiris daging itu , lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 minit,pastu bersihkan daging itu,lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata(tetapi tak perlu banyak) .Biarkan 30 minit kemudian bersihkan dan sejatkan sehingga daging betul-betul kering.Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan dalam masakan untuk menambahkan bau harum.

Emm sekian saja untuk kali ini..anda boleh menggamalkan rahsia dan petua ini..sesiapa yang ada petua untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghantar kepada aries_cute2102@yahoo.com..

Terima Kasih.



You Are Not Alone -Micheal Jackson