Friday, December 10, 2010

Nk Abis Tahun Dah..

Masa berlalu pantas hari nie dah  masuk 10 disember, akhir2 tahun nie everything slow.. cam aku gak..dh tak larat lagi pikirkan masalah aku yg tak penah putus sejak keje sini.kadang2 aku fikir adakah aku buat satu kesilapan besar memutuskan untuk bekerja daripada smbg belajar.. tidak! aku nekad untuk kerja sbb aku akan lebih berdikari dan faham selok belok alam pekerjaan sebenar berbanding aku belajar dulu yang tak tau ape2.. aku bersyukur tuhan masih lagi beri aku nyawa untuk aku sambg dan berusaha dengan gigih mempelajari kehidupan aku nih. Kini aku faham dunia luar terlalu luas untuk diterokai dan dipelajari.. dulu sekolah adalah dunia buku..aku tak sosial sgt.. tapi aku dpt pelajari dengan luas tentang pergaulan starting aku di IIC, gaya manusia ,perangai ..sape yang leka akan rugi dan saat itu aku mengaku aku sedikit leka, study kat sana aku masih lagi bawa stail sekolah..he3.. sem pertama aku fail satu subject, alangkah sedihnyer.. tengok pointer akhir sem aku tak smpi 3 point pun..kat sinilah sebenarnya aku tak faham.. camne cara org U study.. ape patut dia buat tuk score, zaman sekolah mungkin ada guru tuk nasihati. ape yg perlu  dibuat, ape yg perlu dibaca, tapi tahap ni ikut suke.. takde sape nak larang, nak study ke tak, nk sosial lebihan bukan satu masalah.. dunia di sini bebas. tak kurang juga ada yang hanyut dlm cinta, tak abis study pun, pertengahan sem hilang tah kemana.. syukur aku dapat sesuai kan diri start sem2 dh mula serius blajar.. pointerku naik setiap sem, aku dh dpt panduan tuk urus jadual ku macamana, ape yg kena aku buat...starting sem 2..semuanyer baik, kenangan indah di IIC masih dlm ingatan.. same je dengan UIA.. fuhh tak kurang juga mencabarnyerr..

Kini aku dh bekerja. sedikit sebanyak aku dh faham segala.. dunia org dewasa, sgt kompleks, terutama duit dan cinta, kedua-dua aku miliki sekarang, aku terus usaha gigih dan berdoa semua berjalan lancar, kalau boleh aku nk dpt kan kerja yang ada jaminan dan dlm masa yang sama still berulang dari umah ..aku rase begitu berat nak tinggalkan emak aku bila fikir balik.. mereka dah berusia, dan satu lagi bagaimana aku nk tinggalkan mereka apabila aku kawin kelak.. Ya Allah peliharalah ibubapaku dari dengki khianat manusia lain dan ancaman iblis dan syaitan .. Murahkan rezekiku kelak untuk ku laburkan balik kepada mereka.. Aminn
Cepatlah tahun depan..aku dah tak sabar nak tinggalkan tempat ni..huhu

Wednesday, December 8, 2010

Takaful ikhlas..

Aku bersyukur sgt sbb aku bakal bekerja atau mempelajari ilmu kewangan dlm takaful next year, so Han.. thanks sbb bagi kat aku offer nie,masuk opis ko tahun depan. aku tau ko banyak org leh bagi tapi ko pilih aku.. aku harap takde masalah remeh temeh nnti.. maklumlah aku dh ckup muak dengan masalah yg menyakitkan jiwa bila bekerja, hal majikan, maintenance dan banyak lagi.. ape pun kalau aku ada peluang jadi agen itu dah cukup baik.. dapat tambah pendapatan dan capai impian aku.. Yaallah.. murah dan berkatkan rezeki ku.. permudahkan jalan kehidupan ku.. Aminn

..Gambar2 Lama..

Nie ler gambar2 lama aku masa stanby nk konvo kat UIA, masa tu stanby kat hotel kat Sri Gombak..ngan family ada banyak lagi .. yang ni certain je.


Tengah Test Roop, huhu muka lemah ..letih.. tak makan lagi..

Anak Buah( Anak Akak Aku No 3)


Anak Buah paling comel .. best nyer zaman kanak2..

Bersama Ayahanda tercinta,.. terima kasih ayah besarkan aku dengan sempurna..luv  soo much!!.

Gambar nie tah bila aku pun dah lupe ..me and my mummy.. terima kasih mak kerana besarkan saya dengan sempurna menjadi gadis yang cantik.. luv u so much!!

Monday, December 6, 2010

Beso nyer Ayamm!!


Ape nak kasi ayam nie mkn bile besar cam ne? huhu

Perjalanan Hidup Yang Tenang..

Seperti gambar di atas.. hati akan tenang bila melihat keindahan semulajadi ciptaan tuhan.. hidup mesti kuat berusaha..pasti akan jaya.. insyaallah..

Golongan Tidak Bijak Uruskan Masa Dalam Kehidupan Akan Rugi

WANG, masa, ilmu dan amal adalah keperluan yang sangat diinginkan setiap manusia. Ada kala bila tercicir wang walau nilainya tidak seberapa, kita sanggup mencarinya. Tetapi kalau tercicir masa walau sesaat, tiada siapa boleh mencarinya kembali. 

Demikian apabila tercicir ilmu, kita ketinggalan dan tercicir amal, kita kerugian. Sebenarnya orang yang rugi itu bukan kehilangan wang tetapi yang membuang masa serta kesempatan untuk beriman dan beramal. Allah berfirman maksudnya: “Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh serta orang-orang yang sentiasa menasihati saudaranya dengan kebenaran dan kesabaran.” (Surah al-Ashr: 1-3) Hilang wang boleh dicari, tetapi sekali masa terbuang ia tidak dapat ditebus kembali. Justeru, dalam meneruskan baki hidup ini, masa yang dianugerahkan tidak harus dipersiakan. Ia harus dimanfaatkan bagi mendapat kedudukan yang tinggi dan terpuji. Rasulullah bersabda bermaksud: “Rebutlah peluang lima perkara sebelum tiba lima perkara. Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa dan masa hidup sebelum tiba masa ajal.” Apabila ajal datang, segala peluang tidak datang lagi. Justeru, masa yang dilalui mesti dimanfaatkan. Hidup ini singkat kerana ia adalah kembara menuju penyudah dan mati itu adalah noktah hidup walau ia dianggap sebagai sesuatu yang mengerikan. 

Masa berlalu begitu cepat. Hari, minggu, bulan dan tahun dilalui tanpa disedari usia terus meningkat. Namun masih belum terlambat untuk mulakan amal soleh. Peluang hidup mesti dipergunakan sebelum ajal datang mengejut. 

Rasulullah bersabda maksudnya: “Segeralah beramal kebaikan sebelum datang tujuh perkara: Apakah kamu nantikan selain kemiskinan yang membuatkan lupa atau kekayaan yang menimbulkan kesombongan dan melewati batas atau penyakit yang merosakkan atau ketuaan yang membuatkan lemah dan kehabisan tenaga atau kematian yang menghabisi usia atau dajal sejahat-jahat yang dinantikan atau hari kiamat yang lebih berat dan sukar.” 

Manusia selalu berusaha mengelak diri daripada bahaya serta berikhtiar mengubati segala macam penyakit namun kematian itu sesuatu yang pasti datang walau secanggih mana usaha dilakukan untuk mengelaknya. Allah berfirman bermaksud: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa: 78) 
Hidup dan mati dua keadaan yang berbeza, suasana yang berlainan rasa. Hidup dengan kehidupannya masing-masing mengisi keperluan hidupnya yang pelbagai. 
Keinginan tumbuh berkembang dan hidup seolah-olah hidup ini tanpa mati. Usia yang singkat tidak terasa, hari terbatas bagaikan tidak bersisa. Keinginan untuk terus hidup bagaikan teruja, manusia bagaikan lupa hidup ini hanya sementara dan setiap sandiwara akan dihitung. 

Rasulullah bersabda maksudnya: “Hai sekalian manusia, ingatlah kepada Allah telah tiba yang menggetarkan hati. Telah datang kematian dengan segala risikonya.” 

Mati adalah kenyataan setiap yang hidup. Manusia pasti menempuhnya seperti orang terdahulu melaluinya. Ia juga tidak terkecuali sesiapa, sama ada yang berpangkat, miskin atau kaya. Mulia, hina, gagah atau lemah. Sama ada yang berilmu atau pun tidak, walau dalam keadaan penyatuan atau perpecahan sekalipun saatnya akan datang juga tidak kira seseorang itu mengharap atau menolaknya. 

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah bahawa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke Dzat yang Maha mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata selanjutnya Dia akan memberitahukan padamu semua apa yang kamu lakukan.” 

Justeru, kita perlu membelanjakan masa dengan bijak dan berhemah untuk membeli kebahagiaan abadi dari Allah. Gunakan peluang hidup yang sekelumit ini sebelum ajal menggamit tiba. Apalagi kehidupan sentiasa terdedah pelbagai malapetaka, penyakit dan gejala. Bila masa saja kita boleh terperangkap oleh pelukan ajal. 

Mengingati betapa hidup yang sementara ini seharusnya mendorong manusia mempersiapkan bekal menghadapi kehidupan yang kekal di akhirat nanti. 
Rasulullah bersabda maksudnya: “Allah telah memberi kesempatan yang cukup (untuk beramal kebaikan) kepada orang yang dilanjutkan usianya hingga mencapai enam puluh tahun.” 

Suatu ketika Rasulullah pernah ditanya siapakah orang yang paling cerdik dan teguh hati, baginda menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Mereka yang paling ingat kepada kematian dan paling mantap persiapannya menghadapi kematian. Orang yang demikian itu cerdik dan bijaksana, beroleh kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat.” 

Namun mengingati ajal itu bukan melemahkan semangat bekerja malah akan lebih bersemangat untuk bekerja dan beramal sama ada untuk diri, keluarga dan masyarakat terutama dalam mengatasi segala permasalahan yang melanda umat iaitu perpecahan yang tiada kesudahan. 

Jenis-Jenis Syurga Dan Neraka

Tingkat Dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkat dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

Pada entri yg seterusnya akan sy usahakan untuk menerangkan ciri ciri bagi setiap syurga dan neraka......
Insya'Allah.........

Ku Sendirian Dan Sunyi..

Dah lama sgt aku dan hafiz tak bersua muka.. dah dekat 2 tahun ..inilah dikatekan dugaan cinta jarak jauh.. tapi kami chat tiap2 hari memandang kan aku keje kat sini..kadang2 aku terfikir ape yang aku lakukan ini adakah berbaloi atau sekadar buang masa .. menunggu lelaki yang kita sayang untuk berkahwin..dah la dah dekat 2 tahun tak jumpe pastu dia suruh aku tunggu dia setahun lagi nak kawin.. tahun 2012 insyaallah.. tak semua nya jadi.. kadang2 tak dirancangkan pun benda tu akan jadi.. ape pun aku rase sgt bosan dengan sikap dia..org kate kita kena terima kelemahan pasangan.. mungkin itu sikap dia yang tak boleh berubah.. maksudnyer tak boleh ke aku kenal dengan orang lain dlm masa yg sama. tah la aku pun tak pernah terfikir nk buat camtu kat dia.. ape pun aku berdoa setiap hari agar segalanya baik dan lancar.. ya allah tabahkan hatiku.. aminn

.....Gajiku Lambat Lagi........

Entah kenapa mood aku minggu nie turun naik... ada je masalah yang dtg.. dari masalah tempat keje , jiran tetangga, dan hafiz juga.. aku cube settle satu2.. tapi bila dh 1 masalah habis dtg masalah baru..pertama sekali aku risaukan majikan aku yang semakin teruk dan buruk sikap nya.. biasa la bila kita bekerja atau duduk dengan seseorang ada je masalah.. yang merumitkan dah selalu dia bagi lambat gaji aku.. bininyer plak jenis cerewet nak mampus.. suke libatkan masalah dia dengan aku.. so what? ape aku peduli.. lantaran itu aku sgt bersyukur sbb aku ditawarkan kerja baru tahun hadapan.. harap2 aku lebih baik situasinya tidak mengalami lagi perkara yang remeh temeh yang bukan masalah aku..Yaallah.. tenangkan perasaan aku.. bukak kan aku jalan ,jgn la aku putus asa dan mati akal.. ape pun aku harap ape jua masalah akan dpt diselesaikan..Ku panjatkan Syukur ke hadrat ilahi.. aminn

You Are Not Alone -Micheal Jackson