Sunday, March 28, 2010

Empat syarikat kutu pintar dipantau

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lame tak updated blog sy ni kerana sibuk dengan hal luar. hari ni sy nak kongsi satu artikel yang dulu pernah saya ulas mengenai perkara ni iaitu program wang pos atau kutu pintar. hari ni perkara  ni telah didedahkan dalam kosmo online. bagi mereka yg dah menyertai dan bakal menyertai lebih baik anda tinggalkan atau tak payah la berniat nak join program ni... semua ni menipu.. tiada jalan mudah nak jadi kaya. anda kene berusaha dan berusaha.





KUALA LUMPUR - Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara.

Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.

"SSM sedang mengadakan siasatan terhadap salah satu penganjur skim ini manakala tiga lagi masih dalam proses pemantauan untuk melihat operasi dan siapa yang terlibat.

"Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit," katanya.

Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.


You Are Not Alone -Micheal Jackson