Wednesday, November 12, 2008

20 cara jadikan roommate anda gile..

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi
biarkan pasu kat situ.


6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia
habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan
betul.


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk
ape2.


20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...

Lelaki Hamil

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika
itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada
yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu
hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!

Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil
menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Nenek Kesayangan

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

Sabar je la ekk..

Che'gu Berahim : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che'gu

Che'gu Berahim : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas
batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu

Che'gu Berahim : Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Dol : untuk membungkus nasi lemak, che'gu...

Che'gu Berahim : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Untuk Para Isteri Sahaja

Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu

Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami
untuk hebat menggauli anda.


Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku
Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah Sensasi
Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.

Zon Rasa
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih 'macho' perkasa.


Daerah Rangsangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.


Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan Geram
Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.


Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.


Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung
lengannya.


Sepantas Kilat
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’

Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda



so, amacam wahai isteri-isteri?
dah ready memberi kejutan?"

Kapal Terbang Tak Pasang Air-Cond

Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star.Naik Air Asia jer…Everybody can fly.

Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.

Pramugari: Boleh saya bantu.Adik kelas apa?
Aku: Kelas…ar…
Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker?
Aku: Oh…masa dulu2 saya kelas sastera,nak apply kelas sains tak lepas..

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat
aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba2 jer dia buat muka masam.Betui
org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas
sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap
masak nasi kat aku tiap2 hari.

Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.

Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang?
Aku: oh..ar ya..nape?
Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau..
Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit..
Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya
nie..


Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak..
Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok..no problem..

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.

Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie..
Aku: Kapal tak on lagi kut…nanti dia buka la aircond..

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal.Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.

Pramugari: Kenapa encik?Ada masalah?
Pakcik : La..patutlah panas sangat dalam kapal nie…naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie..

Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik “oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku..” ...dan itulah kali
terakhir aku naik kapal terbang….

Antara Kain dan Kerja

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi
nak pergi kerja.

Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari,
tak payah kerja.

Petang, balik kerja.
Maghrib, tak
ada kerja.

Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi,
penat malam tadi kerja.

Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai
kain.

Tengahari angkat kain.
Petang lipat
kain.

Maghrib susun kain.
Malam BUKA
KAIN.

Bangun pagi, hilang kain.
Tak
sudah-sudah dengan kain........

You Are Not Alone -Micheal Jackson