Thursday, November 13, 2008

Berjaya Dalam Peperiksaan (Tips Menghadapi Peperiksaan)

Berikut adalah tips2 yg amat berkesan yang wajar dilalukan oleh pelajar bagi menjamin kejayaan yg cemerlang dalam peperiksaan.

1) Bertanya

merupakan kunci terbesar kejayaan dan amat jauh kesannya.banyak beban anda akan diselesaikan dengan segera .sediakan pelajaran anda sebelum ke kelas supaya anda mempunyai bahan untuk bertanya ,beranikan diri andaRujuk pada kwn2 atau guru asalkan masalah anda selesai.

2) Cara Membaca

Fahaman unsur yg sangat penting sekali dalam membaca Anda harus lah menandakan bahan bacaan anda .Contohnya bagi bahan penting ditanda dot atau bulat dan isinya ditanda segi 4. kelak bahan ini saja yg kerap dipelajari.Seeloknya 2 atau 3 hari sekali. Ulangkaji bacaan anda.hadkan kepada rajah dan nota2 anda.

3) Rujukan Dan Perluasan Pembacaan

Apabila minat timbul hendaklah anda terus merujuk .Tumpukan kepada masalah2 topik yg gagal anda kuasai.buatlah sedikit nota mengenainya.buat Fotocopy rencana tersebut dan gariskan bahan2 terpenting

4) Membaca Sebelum Kelas

Anda akan mendapat gambaran yg jelas apakah yg akan diajar guru anda.anda boleh menyedikan soalan jika fahaman and tidak jelas semangat anda akan bertambah kerana anda telah terlebih dahulu tahu berbanding rakan anda.Ingatan anda akan bertambah anda boleh memetik bahan yg penting melalui bahan anda itu apabila ia telah diajar

5)Membuat Nota

Nota merupakan hafalan dan ulangkajiterbahagi kepada 2. Nota umum (kurang penting) dan Nota Khusus (penting).Gunakan sistem mudah dengan mencatat nota .Contoh nya nota yg berlipatUlagkaji lah nota anda selalu terutama yg khusus.

6) Jadual Waktu

Jadual Waktu haruslah disusun dengan kaedah yg betul.Contohnya sains sebelah malam.Objektifnya siang.bahasa.matematik harus juga siang.dan objektifnya juga siangKerja Rumah sebelah siang.Ubahsuai ikut keselesaan anda

7) Mengulangkaji

Mengulangkaji dengan nota hendaklah dilakukan selalu.Rangkumkan semua matapelajaran anda dalam suatu masa tertentu.Pisah kan nota umum dan khusus nota khusus hendaklah sentiasa diulang bacaan nya tekankan fahaman yg lebih kepada isi pelajaran anda


~

Cara Memilih Bulan Yg Baik Untuk Perkahwinan

1) Muharam- Terjadi Perebutan

2) Safar- Alamat Bnyak Hutangnya

3) Rabiul Awal-Sentiasa berlaku salah faham antaranya

4) Rabiul Akhir-Alamat akan terjadi pertengkaran dan terhasil nazar yg tidak elok

5) Jamadil Awal- Alamat akan mengalami kerugian

6) Jamadil Akhir-Alamat akan memperolehi kecelakaan

7) Rejab- Akan peroleh ramai anak

8) Syaaban- Akan Memperoleh Rahmat

9) Ramadhan- Akan memperolehi kemurkaan Allah

10) Syawal-Alamat akan banyak Hutangnya

11) Zulkaedah-Alamat akan perolehi kegembiraan

12) Zulhijjah-Alamat akan perolehi Kegembiraan

Rasullulah SAW bersabda : melangsungkan perkahwinan yang paling utama ialah pada hari jumaat.kerana para Nabi dan para Wali melangsungkan pernikahan nya pada hari jumaat..

Wallahualam Bissowab..

Doa-Doa Pengasih

Berikut adalah 3 Jenis Doa-Doa Pengasih Yg Boleh Diamalkan untuk menambat Hati Si Dia..


1) Pengasih Surah Al -Fatihah
  • Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 311 kali setiap hari.Pada bacaan ayat ke 3- berdoalah dalam hati anda (sebut namanya) agar si dia mencintai anda.

2) Pengasih Surah Yusuf
  • Baca Surah Yusuf Ayat 4 apabila bertemu kekasih anda, atau
  • Ayat ini juga digunakan untuk menarik minat anggota masyarakat lain
  • caranya adalah baca surah Yusuh itu sebanyak 3 kali lalu ditiup kedua telapak tangan insyaallah dengan cara ini wajah anda akan memancarkan cahaya cinta yg mengilaukan anggota masyarakat.

3) Pengasih Asma Allah (Ya Rohim),wirid selepas solat
  • Tujuan nya adalah anda akan sentiasa dikasihi oleh sesiapa yg memandang
  • Jika anda berkenan kepada seseorg sebutlah namA org yang berkenaan,
  • baca 100 kali sehari

Sebenarnya terlalu banyak jenis-jenis doa yang lain yg boleh diambil dan diamalkan didlm al-Quran.Tetapi di atas adalah yg paling simple dan senang kita amalkan selalu kerana kita sudah biasa dengan ayat2 tersebut..


Selamat Mencuba..

FAQ (Soalan Yg Kerap Ditanya)

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".

Cucu Ku Yang Nakal

Aku ada seorang cucu namanya Jendul , die ni baru 4 thn aje...tapi nakal mengalahkan atuknya. Bayangkan la suka sangat die naik kat belakng tengkok aku yg dah nak mereput ni..silap ari boleh tanggal dibuatnya.


Satu sikap yang membuatkan aku bengang tahap maksimest kat die ni suka sangat kacau aku time aku makan. Apa yg aku nak makan itu le yg die nak...geram tul aku..aku belum sempat nak makan die dah songlap bawak lari makanan aku tu.



Suatu hari....bini aku masak la bubur durian...aku memang dah lama mengidam tu...aku pon ambik la semangkuk dan cover line la takut cucu aku nampak kang die rembat plak bubur yg aku ambik tu.Aku rase la sesudu dua pastu simpan bio die sejuk dulu...



Tiba2..aku tengok dah hilan gdah gerenti cucu aku ambik..dan kantoi la cucu aku tu tgh makan bawah tangga umah aku...aku pon dgn muka tanpa perasaan dan toye jer melihat perangai die yg buruk hampeh tu...agaknya die terase sebab aku buat muka mancho semcam jer....die cam rase bersalah plak....



"Atuk marah ke Jendul wat cam tu...sory la tuk" katenya "Jendul janji tak wat lagik...atuk jgn la ambik ati....."sambungnya aku terus membisu dengan muka yg inersion " ala tuk.....nanti jendul ambik kan yg lain yer....senyum la sikit tuk...ala tuk...senyum la sikit"die cuba memujuk aku..



Akhirnya aku pon ok la atuk tak marah sambil mengukirkan senyuman kepada nya tanda memaafkannya.



"Eh atuk...pasal gigi palsu atuk tak der....."die tiba2 menyapa.

"Atuk sorok kan dalam bubur atuk tadi..."


Semenjak hari tu cucu aku terus balik kl ikut mak ayahnya dan tak balik2 lagik ke rumah aku..haaaaa sedihnya.

Mana Peginya Duit Lagi Singgit..

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....


Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....



Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...



Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...



Maknanya....

Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....
Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29


Mana pegi lagi singgit....?????????????

Lu Pikir La Sendiri..kate Nabil..haha

Puteri Mayang Mengurai

Tersebutlah kisah di zaman manusia masih pakai nama jambu, mempelam lagi. Ada la sorang mamat tu namanya Buyong. Kerjanya hanyalah bercucuk tanam. Tapi dia ni suka memancing. Pantang ada masa free, mesti dia pergi mancing punya.


Suatu hari tu ada la pengumuman dari pembesar istana bagitau kalau sesiapa ada jumpa sehelai rambut yang panjang, kenalah kembalikan ke istana kerana rambut tu milik Puteri Mayang Mengurai. Sebagai ganjarannya sesiapa yang ada jumpa ngan rambut tu akan dikawinkan dengan Puteri Mayang Mengurai. Ini kerana semenjak kehilangan rambut tu Puteri Mayang Mengurai selalu bersedih sehingga tak lalu nak makan. Apatah lagi nak tidur.



Si Buyong pun mulalah pasang angan-angan yang puteri tu mesti cantik sebab sehelai rambut aje hilang kecoh ke pelusuk negeri. On the way pergi mancing dia cuba bayangkan muka si Puteri Mayang Mengurai. Tanpa disangka, masa tengah mancing tu terlekatlah sehelai rambut yang panjang kat kaki si Buyong. Dia pun agak-agak ni mesti rambut Puteri Mayang Mengurai. Tanpa berlengah lagi dia bawa rambut tu ke istana.



Bila je berita si Buyong dah jumpa rambut Puteri Mayang Mengurai tu heboh sampai ke istana, baginda raja pun buat pengumuman yang si Buyong akan dikawinkan ngan Puteri Mayang Mengurai. Si Buyong buat permintaan nak tengok Puteri Mayang Mengurai. Dalam hati dia lawa gak puteri tu tapi dia pakai selendang tak dapatlah si Buyong tengok rambut dia yang panjang tu. Tapi sempat kembang hidung Buyung sebab dapat kawin dengan anak raja.



Puteri Mayang Mengurai tu pulak bila nampak aje rambut dia yang sehelai tu terus lari. Maka terlepaslah selendang yang menutup kepalanya. Bukan main terperanjat si Buyong sebab rambut Puteri Mayang Mengurai tu cuma 2 helai je. Yang dia jumpa tu rambut ketiga. Apalagi si Buyong pun jatuh pengsan...



Moral :- Jangan pandang seseorang tu pada rambutnya yang panjang sebab belum tentu yg berambut panjang tu lebat rambutnya.

Terlepas Perhentian Bas

Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata "Terima kasih, saya lebih suka berdiri".


Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itumenolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri.Kali ketiga bangun, lelaki muda itu itu menjerit,"kak,saya nak turun.Saya dah terlepas perhentian saya

Teksi

Seorang suami merungut kepada isterinya kerana menaiki teksi hari-hari ketempat kerja.

Suami: Awak nih hari-hari naik teksi ke pejabat. Awak tahu tak ia melibatkan belanja yang tinggi.

Isteri: Habis tu kalau saya tak naik teksi, saya nak naik apa lagi. Saya nak tumpang kawan ke pejabat awak tak kasi, nak naik LRT tak ada kat sini, nak naik komuter stesen jauh. Habis awak nak saya naik apa jalan kaki.

Suami: Kawan awak tu lelaki sebab itu saya tak kasi nanti awak ada affair pulak dengan dia.

Isteri: Allo awak dah lupa ke yang awak tu drebar teksi. Bukan ke awak yang hantar saya hari-hari ker?

Suami: Eh! ye ke. Hehehehe....lupa plak..

Kawan Atok

"Mengapa tak seperti
kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam
peperiksaan.


Atuk: "Tengok
kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau
main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap
tertinggi)


Cucu: "Atok asyik
bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak
sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."


Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi
arwah kan?"


Atuk:
"@#$%*&@##$"

Bintik Hitam

Ada sorang pompuan ni. Hari-hari dia pergi kedai dan setiap kali dia pergi kedai mesti beli krim penghilang bintik-bintik hitam.Sales girl yang kat situ pun peliklah sebab hari-hari dia
beli benda yang sama. So,sales girl tu pun memberanikan diri
tanya pompuan tue

Sales girl : Akak saya nak tanya akak sikit boleh tak?
Akak : Amendanya?
Sales girl : Apasal hari-hari akak beli benda yang sama?
Akak : Sebab tiap-tiap kali akak beli krim penghilang bintik bintik hitam tak pernah bintik hitam dekat muka akak hilang.
Sales girl: Akak letak krim tue dekat mana?
Akak: OOooo...akak letak krim nie dekat sini (sambil menunjukkan tahi lalatnya)

He,he..

KUCING

Chot dan Chet baru je diberhentikan kerja sebab ekonomi meleset... Dua-dua orang tak tau apa nak buat dan camner nak cari rezeki utk mengisi perut mereka nanti. Tetiba Chet bagi idea, "Kita rompak rumah Pak Chat malam ni? Dia ada banyak duit dan harta kat rumah dia!" Chot setuju dan akhirnya kedua-dua mamat ni berjaya menyusup masuk ke dalam rumah Pak Chat. Chot berminat dengan home theater system Pak Chat. Di angkatnya set tu satu-satu letak kat luar. Ntah camner, tetiba dia terjatuhkan mikropon ke lantai. Pak Chat yg tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu tu terjaga dan menjerit, "Siapa tu?" Dengan tenang Chot menjawab,
"Mmmeeeeooooowwwwwww!!!!!!!!"


Kemudian seluruh rumah senyap seketika. "Pak Chat dah tidor balik agaknya!" fikir Chot. Dia terus menerus sambung angkat set home system tu kuar rumah. Chet pulak sibok dok angkut set barang antik dalam almari Pak Chat yang tak jauh dari ruang tamu tadi. Tengah syok dok kaut barang-barang tu, Chet terjatuh kan satu mangkuk kaca... jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan. Sekali lagi terdengar suara Pak Chat. "Siapa tu?" Chet menjawab,
"Ini kucing yang lagi satu!"

Kambing Dan Ayam

Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main
lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.


Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi
engko.


Kambing: Tapi kan ayam,
macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?


Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur
nampak...

I'm The Boss..

Seorang lelaki mengeluh kerana sering di ketepikan dalam sebarang urusan di pejabatnya...

Beberapa jam kemudian.. dia balik kerumah untuk mengambil sesuatu... dan kembali ke pejabatnya.. dengan sebuah papan gantung pintu yang bertulis
"I"M THE BOSS".


Kemudian di gantungkannya papan gantung pintu itu di pintu biliknya.

Di waktu tengaharinya dia keluar makan dan terus pulang ke pejabatnya bila selesai... Tiba-tiba dia menemui satu nota kecil ditampal di papan gantung pintunya tadi.

Isi nota tersebut adalah: "Isteri Anda menelefon, dia minta Anda segera mengembalikan papan gantung pintunya."

Hadiah Birthday

Oleh kerana 'birthday'nya yg semakin dekat tapi suaminya buat tak tau je, suatu hari Bedah pun bertanya pada suaminya.

"Bang, bang tak tau ke birthday saya dah dekat ni? Abang tak nak belikan apa-apa ke?"

"Dah dekat ke? Ooo... tak tau pulak", jawab suaminya dengan selamba.

"Ala bang bagi la something, tak beli barang kemas pun tak apa, beli barangan eletrik
pun jadi la."


Tak tahan dengan leteran isterinya maka mamat pun mengalah", yelah-yelah, nanti abang belikan barangan eletrik yg paling special, khas untuk Bedah sorang."

"Ye ke bang? eiii...syoknya!!! Abang nak beli apa utk saya? Televisyen? Microwave? Kipas angin letrik? Periuk karan?" tanya bedah dengan excitednya.

"Bukan, semua salah," jawab suaminya.

"Abih tu bang, apa bendanya?" tanya isterinya.

Maka dengan selamba suaminya pun menjawab..."Kerusi".

Tips Cinta

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan,ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baikperihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi disamping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Saya inginberkongsi tips bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.


Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.


Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.


Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.


Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.


Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

Kisah Rumput Dan Orang Yang Disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:


Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?


Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Kisah Aku

Hye….

Di sini aku ingin kongsikan kisah aku dengan anda semua. Bukan beerti untuk meraih simpati, mahupun bukan untuk di kata oleh pembaca sekalian.. Cuma, kini aku tiada teman untuk aku meluahkan apa yang aku pendamkan sekarang. Mungkin dengan cara ini aku dapat melepaskan sedikit tekanan dan perasaan bersalah yang ada dalam diriku…

Sebelum itu ingin aku katakan, bukan pintaku jadi begini, cuma mungkin kerana ianya kesilapanku dalam mengatur corak hidupku…Terus terang ku katakan pada kalian, aku kini berkawan dengan sesama jenis. Tetapi tidaklah sampai ketahap lesbian ataupun pengkid. Pemulaan aku terjebak dengan hidup sebegini, bila aku rasa kesepian, kesunyian. Ya! mungkin anda memikirkan tindakan aku terlalu bodoh. Jujur aku akui, aku juga seperti kalian semua, seorang hamba Tuhan yang perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang insan yang bergelar kekasih.

Bagaimana harus ku mulakan ya?… huh… Aku mempunyai teman lelaki. Tapi jarak memisahkan kami untuk terus berhubung ataupun terus bersama. Aku menjalinkan perhubungan dengan teman lelakiku dari tahun 1997 sehingalah sekarang.. Pemulaan perhubungan kami seperti biasa.. Aku mengenalinya di sebuah daerah yang berlainan dariku. Untuk kesana memerlukan masa selama 15 jam untuk menaiki bas. Dan kalau menggunakan kapal terbang selama 1 jam. Aku mula berkenalan dengan teman lelaki ku sewaktu aku berpindah sekolah, dan menetap di daerah itu selama setahun bersama family ku. Sehabis saja tingkatan lima, aku berpindah balik ke tempat asalku.. Yang berjuta2 batu jauhnya. Perhubungan kami tergantung seketika. Setelah dua tahun tiada khabar, teman lelaki ku menghubungi aku melalui telefon. Waktu itu, telefon dirumahku di tukar nombor, dan oleh kerana itu kami loose contact. Masa itu barulah dia menceritakan bagaimana dia mendapat nombor ku. Ya! baru aku teringat aku pernah mengutuskan surat buatnya mengatakan pertukaran nombor telefon rumahku.Bermula dari detik itu kami akrab kembali. Waktu itu perhubungan kami ibarat biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tiada… Dia jauh di perantauan dan bertugas demi negara. Dia seorang angkatan tentera. Kadang2 sampai berbulan dia tidak menghubungiku kerana terpaksa bertugas di luar negara atau masuk hutan. Kadangkala sampai setengah tahun kami tidak berhubung. Namun ianya tidak mematahkan sedikit perasaanku padanya. Kerana kami telah patrikan janji bersama….

Sehinggalah…. aku merasa kesunyian, kerana selama bertahun2 bercinta kami hanya keluar sekali sekala, itupun kiranya dia balik bercuti… Aku faham dengan tugasnya, dan dia sentiasa mengharapkan aku sentiasa memahami.. Namun tahun demi tahun aku semakin sunyi… Sehinggalah pada suatu hari tahun 2005 aku di perkenalkan dengan seorang tomboy. Jujur aku akui, aku sering bergaul dengan golongan sebegini, hanya sekadar kawan.Pada mulanya aku dan ‘kapel’ aku hanya kawan, sehinggalah pada satu ketika dia menyatakan perasaannya padaku. Aku menolaknya dengan cara baik, kerana perasaan cintaku masih pada teman lelaki ku
.
Tapi entah mengapa aku terkulai jua di padang cintanya. sikap ambil berat, dan entah apa2 lagi membuatkan aku semakin dekat dengan ‘kapel’ ku. Aku mula menerimanya. Mula menyayanginya, seolah2 dirinya ada lah lelaki pada pandangan ku.. Perhubungan ini kurahsiakan.. Mulanya aku beranggapan, aku cuma sekadar melepaskan rasa sepi dan kekosongan jiwaku… Tapi kini, sudah 3 tahun aku bersamanya…anggapan aku hanya sekadar melepaskan kesunyian bertukar menjadi sayang.. Lebih2 lagi teman lelaki ku jarang menghubungiku, walaupun tiap kali dia menghubungiku, masih terselit ungkapan rindu dan sayang..

Untuk pengetahuan kalian, aku pernah mengucapkan kata putus dengan teman lelaki ku hanya kerana ‘kapel’ ku. Ini kerana, pada malam itu aku terkantoi, bila teman lelaki ku menghubungiku masa kami makan bersama. Waktu itu ‘kapel’ ku yang menjawab panggilan itu.. Aku sanggup katakan pada ‘kapel’ ku dia hanya lah bekasku.. Bayangkan kalian, betapa kejam nya aku. Sehingga sanggup aku katakan pada teman lelaki ku agar jangan mengganggu ku lagi dihadapan ‘kapel’ ku.. Ya Allah, kejamnya aku…masih terngiang2 lagi di telingaku kata2 rayuan teman lelaki ku.. Aku terpaksa demi menjaga hati ‘kapel’ku biarpun aku telah melukakan hati teman lelakiku. Betapa kejamnya aku.

Seminggu kemudian, aku cuba menghubungi teman lelaki ku, namun gagal. Setelah puas mencuba, akhirnya dapat… Mulanya dia hanya mendiamkan diri, setelah jenuh aku merayu dan memohon maaf, barulah dia bersuara, dan menyatakan kelukaannya.. Waktu itu, sekali lagi aku berbohong, aku katakan, aku terlalu tertekan pada malam itu dan terkeluar perkataan sedemikan. Aku katakan padanya, aku tidak mampu lagi menanti dan terus menanti..sekali lagi aku terpukul dengan kata2 tajamnya. Dia buka kembali paduan janji kami untuk setia walau apa yang berlaku… menitis airmataku mendengar pengakuannya. Terlalu jujur dia menyintaiku.. Waktu itu, aku katakan padanya, jika benar2 dia masih perlukan aku, dia harus datang menemuiku.. waktu itu sudah hampir empat tahun kami tidak berjumpa, hanya berhubung melalui telefon.

Seminggu selepas itu, aku sekali lagi terpukul bila adikku mengatakan teman lelaki ku sudah ada dirumah menantiku..(perhubungan aku dan si dia di restui keluarga. semua ahli keluargaku mengenali teman lelaki ku). Ya, Allah… pengorbanan apa kah kali ini.. Aku terpaksa berbohong dengan kapel ku untuk tidak menemuinya pada beberapa hari kerana ada hal keluarga.. Hari itu, terlerai rindu yang terpendam.. Namun, panggilan dari kapel ku menyebabkan aku mati akal untuk bertindak. Teman lelakiku hanya sempat bermalam semalam di rumahku.. Bayangkan, aku berbohong lagi padanya, mengatakan aku terpaksa di panggil bertugas, sedangkan masa itu adalah hujung minggu.. Ya Allah berdosanya aku.. Aku menghantarnya kelapangan terbang dengan penyesalan di hati. Hendak ku tarik kata2 ku, ianya sudah terkeluar. Hanya airmata mengiringi kepulangannya.. Teman lelakiku masih berlagak tenang, biarpun aku tidak temakan pujuk rayunya untuk membatalkan urusanku. pada pemergiannya, sempat lagi dia mengukir janji dan apa yang aku terkejut, dia meminta aku untuk menantinya sedikt masa lagi untuk di ijabkabulkan.. Aku hanya tersenyum..

Setelah menghantarnya, aku bergegas menemui ‘kapel’ku.. Sepanjang perjalanan masih bersisa lagi perasaan bersalah ku pada teman lelaki ku… Sehingga sekarang aku dan teman lelaki ku masih berhubung seperti biasa, walaupun seperti chipsmore, dan perhubungan ku dengan kapel ku berjalan seperti biasa. Kini aku di belennggu oleh perasaan bersalah yang teramat sangat. Bukan kerana aku bersalah merahsiakan perhubungan ku dengan kapel ku dari teman lelaki ku, tetapi juga sebaliknya. Aku merasa bersalah dengan teman lelaki ku dan kapel ku. Aku berada dalam di lema, kerana jika aku berterus terang dengan kapel ku, aku bimbang sesuatu akan terjadi, kerana dia pernah bertindak bodoh bila pernah sekali aku cuba untuk meninggalnya, walaupun pernah dia suarakan hatinya, jikalau aku berkahwin nanti, dia tidak akan cuba menghalang jodoh ku.. Tetapi… aku kini masih berada dalam dilema…….. Aku menangis di dalam hati…… meraung pun, tiada sesiapa yang mendengar..

You Are Not Alone -Micheal Jackson