Thursday, November 13, 2008

Kisah Aku

Hye….

Di sini aku ingin kongsikan kisah aku dengan anda semua. Bukan beerti untuk meraih simpati, mahupun bukan untuk di kata oleh pembaca sekalian.. Cuma, kini aku tiada teman untuk aku meluahkan apa yang aku pendamkan sekarang. Mungkin dengan cara ini aku dapat melepaskan sedikit tekanan dan perasaan bersalah yang ada dalam diriku…

Sebelum itu ingin aku katakan, bukan pintaku jadi begini, cuma mungkin kerana ianya kesilapanku dalam mengatur corak hidupku…Terus terang ku katakan pada kalian, aku kini berkawan dengan sesama jenis. Tetapi tidaklah sampai ketahap lesbian ataupun pengkid. Pemulaan aku terjebak dengan hidup sebegini, bila aku rasa kesepian, kesunyian. Ya! mungkin anda memikirkan tindakan aku terlalu bodoh. Jujur aku akui, aku juga seperti kalian semua, seorang hamba Tuhan yang perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang insan yang bergelar kekasih.

Bagaimana harus ku mulakan ya?… huh… Aku mempunyai teman lelaki. Tapi jarak memisahkan kami untuk terus berhubung ataupun terus bersama. Aku menjalinkan perhubungan dengan teman lelakiku dari tahun 1997 sehingalah sekarang.. Pemulaan perhubungan kami seperti biasa.. Aku mengenalinya di sebuah daerah yang berlainan dariku. Untuk kesana memerlukan masa selama 15 jam untuk menaiki bas. Dan kalau menggunakan kapal terbang selama 1 jam. Aku mula berkenalan dengan teman lelaki ku sewaktu aku berpindah sekolah, dan menetap di daerah itu selama setahun bersama family ku. Sehabis saja tingkatan lima, aku berpindah balik ke tempat asalku.. Yang berjuta2 batu jauhnya. Perhubungan kami tergantung seketika. Setelah dua tahun tiada khabar, teman lelaki ku menghubungi aku melalui telefon. Waktu itu, telefon dirumahku di tukar nombor, dan oleh kerana itu kami loose contact. Masa itu barulah dia menceritakan bagaimana dia mendapat nombor ku. Ya! baru aku teringat aku pernah mengutuskan surat buatnya mengatakan pertukaran nombor telefon rumahku.Bermula dari detik itu kami akrab kembali. Waktu itu perhubungan kami ibarat biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tiada… Dia jauh di perantauan dan bertugas demi negara. Dia seorang angkatan tentera. Kadang2 sampai berbulan dia tidak menghubungiku kerana terpaksa bertugas di luar negara atau masuk hutan. Kadangkala sampai setengah tahun kami tidak berhubung. Namun ianya tidak mematahkan sedikit perasaanku padanya. Kerana kami telah patrikan janji bersama….

Sehinggalah…. aku merasa kesunyian, kerana selama bertahun2 bercinta kami hanya keluar sekali sekala, itupun kiranya dia balik bercuti… Aku faham dengan tugasnya, dan dia sentiasa mengharapkan aku sentiasa memahami.. Namun tahun demi tahun aku semakin sunyi… Sehinggalah pada suatu hari tahun 2005 aku di perkenalkan dengan seorang tomboy. Jujur aku akui, aku sering bergaul dengan golongan sebegini, hanya sekadar kawan.Pada mulanya aku dan ‘kapel’ aku hanya kawan, sehinggalah pada satu ketika dia menyatakan perasaannya padaku. Aku menolaknya dengan cara baik, kerana perasaan cintaku masih pada teman lelaki ku
.
Tapi entah mengapa aku terkulai jua di padang cintanya. sikap ambil berat, dan entah apa2 lagi membuatkan aku semakin dekat dengan ‘kapel’ ku. Aku mula menerimanya. Mula menyayanginya, seolah2 dirinya ada lah lelaki pada pandangan ku.. Perhubungan ini kurahsiakan.. Mulanya aku beranggapan, aku cuma sekadar melepaskan rasa sepi dan kekosongan jiwaku… Tapi kini, sudah 3 tahun aku bersamanya…anggapan aku hanya sekadar melepaskan kesunyian bertukar menjadi sayang.. Lebih2 lagi teman lelaki ku jarang menghubungiku, walaupun tiap kali dia menghubungiku, masih terselit ungkapan rindu dan sayang..

Untuk pengetahuan kalian, aku pernah mengucapkan kata putus dengan teman lelaki ku hanya kerana ‘kapel’ ku. Ini kerana, pada malam itu aku terkantoi, bila teman lelaki ku menghubungiku masa kami makan bersama. Waktu itu ‘kapel’ ku yang menjawab panggilan itu.. Aku sanggup katakan pada ‘kapel’ ku dia hanya lah bekasku.. Bayangkan kalian, betapa kejam nya aku. Sehingga sanggup aku katakan pada teman lelaki ku agar jangan mengganggu ku lagi dihadapan ‘kapel’ ku.. Ya Allah, kejamnya aku…masih terngiang2 lagi di telingaku kata2 rayuan teman lelaki ku.. Aku terpaksa demi menjaga hati ‘kapel’ku biarpun aku telah melukakan hati teman lelakiku. Betapa kejamnya aku.

Seminggu kemudian, aku cuba menghubungi teman lelaki ku, namun gagal. Setelah puas mencuba, akhirnya dapat… Mulanya dia hanya mendiamkan diri, setelah jenuh aku merayu dan memohon maaf, barulah dia bersuara, dan menyatakan kelukaannya.. Waktu itu, sekali lagi aku berbohong, aku katakan, aku terlalu tertekan pada malam itu dan terkeluar perkataan sedemikan. Aku katakan padanya, aku tidak mampu lagi menanti dan terus menanti..sekali lagi aku terpukul dengan kata2 tajamnya. Dia buka kembali paduan janji kami untuk setia walau apa yang berlaku… menitis airmataku mendengar pengakuannya. Terlalu jujur dia menyintaiku.. Waktu itu, aku katakan padanya, jika benar2 dia masih perlukan aku, dia harus datang menemuiku.. waktu itu sudah hampir empat tahun kami tidak berjumpa, hanya berhubung melalui telefon.

Seminggu selepas itu, aku sekali lagi terpukul bila adikku mengatakan teman lelaki ku sudah ada dirumah menantiku..(perhubungan aku dan si dia di restui keluarga. semua ahli keluargaku mengenali teman lelaki ku). Ya, Allah… pengorbanan apa kah kali ini.. Aku terpaksa berbohong dengan kapel ku untuk tidak menemuinya pada beberapa hari kerana ada hal keluarga.. Hari itu, terlerai rindu yang terpendam.. Namun, panggilan dari kapel ku menyebabkan aku mati akal untuk bertindak. Teman lelakiku hanya sempat bermalam semalam di rumahku.. Bayangkan, aku berbohong lagi padanya, mengatakan aku terpaksa di panggil bertugas, sedangkan masa itu adalah hujung minggu.. Ya Allah berdosanya aku.. Aku menghantarnya kelapangan terbang dengan penyesalan di hati. Hendak ku tarik kata2 ku, ianya sudah terkeluar. Hanya airmata mengiringi kepulangannya.. Teman lelakiku masih berlagak tenang, biarpun aku tidak temakan pujuk rayunya untuk membatalkan urusanku. pada pemergiannya, sempat lagi dia mengukir janji dan apa yang aku terkejut, dia meminta aku untuk menantinya sedikt masa lagi untuk di ijabkabulkan.. Aku hanya tersenyum..

Setelah menghantarnya, aku bergegas menemui ‘kapel’ku.. Sepanjang perjalanan masih bersisa lagi perasaan bersalah ku pada teman lelaki ku… Sehingga sekarang aku dan teman lelaki ku masih berhubung seperti biasa, walaupun seperti chipsmore, dan perhubungan ku dengan kapel ku berjalan seperti biasa. Kini aku di belennggu oleh perasaan bersalah yang teramat sangat. Bukan kerana aku bersalah merahsiakan perhubungan ku dengan kapel ku dari teman lelaki ku, tetapi juga sebaliknya. Aku merasa bersalah dengan teman lelaki ku dan kapel ku. Aku berada dalam di lema, kerana jika aku berterus terang dengan kapel ku, aku bimbang sesuatu akan terjadi, kerana dia pernah bertindak bodoh bila pernah sekali aku cuba untuk meninggalnya, walaupun pernah dia suarakan hatinya, jikalau aku berkahwin nanti, dia tidak akan cuba menghalang jodoh ku.. Tetapi… aku kini masih berada dalam dilema…….. Aku menangis di dalam hati…… meraung pun, tiada sesiapa yang mendengar..

No comments:

You Are Not Alone -Micheal Jackson