Thursday, December 25, 2008

Jiwa Gelora? Apa ubatnya?

PERNAHKAH anda rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila dimarahi ketua juga marah apabila disisihkan rakan sepejabat? Sekiranya anda seorang pelajar, barangkali rasa malu menyelinap diri apabila dileter guru. Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila perniagaan merudum atau rakan sekerja kurang memberikan kerjasama hingga menyebabkan pelbagai masalah lain melanda.Ketikaberdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?

Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat,kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.

Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.Untuk menghilangkan marah,
cuci hati dengan beristighfar.

Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk.Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan di akhir bulan dan seumpamanya

Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi
lebih bersemangat.Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.

2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.Dengar ceramah motivasi menggunakan alat
MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling.Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang
sangat kuat.

3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati. Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.

4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.

5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.

H.Metro-26/12/2008

Wednesday, December 24, 2008

9 Petua Doa dimakbulkan

Salam Ceria buat Semua.

Hari ni saya nak kongsi petua dimana doa merupakan senjata bagi umat islam dalam memperjuangkan hidup bagi mendapat kekuatan menempuhi dunia yang fana ini..tanpa doa kita sebagai manusia yang lemah ini akan mudah berputus asa lebih-lebih lagi apabila ditimpa sesuatu musibah dalam kehidupan..

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa
mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan
dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Harian Metro-25/12/2008

Sunday, December 21, 2008

Bulan Terbesar

Bulan boleh dilihat dalam beberapa bentuk seperti ketika bulan sabit, bulan penuh serta gerhana bulan.
Bagaimanapun gambar yang dirakamkan di Forth Worth, Texas semalam menunjukkan bulan pada saiznya yang terbesar di lihat dari jarak terdekat dengan bumi pada tahun ini.
Menurut NASA, saiz bulan dari jarak berkenaan adalah 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang berbanding ketika bulan penuh.

Pergerakan bulan sangat penting kepada bumi dan ia membuat pusingan lengkap mengelilingi bumi selama 27.3 hari. Kejadian pasang surut air laut juga ada kaitan dengan bulan apabila ia berlaku disebabkan tarikan graviti bulan.

Utusan-22/12/2008

Friday, December 19, 2008

Tiram-Peransang Agen Seksual

Assalamualaikum dan salam ceria..
Kali ni saya nak cite pasal tiram adakah anda kat luar sana sukakan tiram ? jika ye jawapan anda anda sebenarnya antara golongan yang memang beruntung.kenapa saya kata begitu,ini adalah kerana tiram atau osyter adalah hidupan eksotik marin yang jarang diperkatakan..
Tetapi tahukah anda??
Tiram mengandungi nutrien zat besi, kalsium, fosforus, zink, magnesium dan kuprum.serta kaya dengan vitamin A,B1 (thianin),B2 (ribofavin),B3(niacin),C (asid askorbik ) dan D (kalsiferol).
Ada beberapa kenyataan mengaitkan tiram dengan prestasi seksual berikutan tiram mengandungi afrodisiak yang merupakan agen untuk merangsang keseronokan seks dan meningkatkan mood dan prestasi seksual seseorang . Zink diperlukan untuk hormon testosteron , dan kandungan asid amino yang baik mencetuskan peningkatan ke atas hormon seks.
Selain itu tiram dapat mengatasi penyakit anemia.ia punya nilai yang tinggi untuk mengatasi masalah anemia atau kekurangan darah,jauh lebih baik dari kerang-kerangan lain. Ambillah diet tiram selama lapan minggu,pertumbuhan hemoglobin pasti berlaku.Kandungan kuprum dalam tiram adalah hasil tindakbalas ke atas pertumbuhan itu.
Tiram juga menghasilkan nacre. Apa benda nacre tu ? ia adalah sejenis komposit bahagian dalam cengkerang tiram selain mutiara.Ia menawarkan rawatan untuk sakit osteoporosis artritis dan sesetengah penyakit kulit.Dan yang lebih menarik tiram berkongsi kapasiti untuk pembaikan diri.Contohnya tulang manusia boleh retak dan sembuh begitu juga cengkerang tiram .Sebab itulah isi tiram atau kulitnya digunakan untuk rangsang pertumbuhan tulang manusia..wow hebatkan
Proses biominaralisation tiram telah dipraktikkan manusia ratusan tahun dulu.Puak maya kat Amerika gunakan nacre untuk gigi palsu memandangkan kulit itu sangat keras dan tahan lama,dapat bayang tak camne rupenyer?
Kat China dan Mesir plak sebatian nacre digunakan sebagai krim kecantikan..Kesimpulannya tiram kehidupan eksotik yang mengandungi pelbagai manfaat yang sangat berguna kepada kita ..selalu makan campuran sos tiram dalam masakan sendiri pun ok gak kan?kalau harganya tinggi bagi sesetengah hotel dan tempat exclusive..

Monday, December 15, 2008

Lagi-Lagi Petua

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.. hari ini saya nak cerita atau berkongsi beberapa lagi petua yg boleh digunakan oleh anda semua bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dalam masakan anda..

Antaranya yang saya nak kongsi adalah..

1) Ikan tak hanyir
Ee..kalau ikan hanyir selera makan tak? tentu ia akan mengganggu kita yang berselera nak makan walaupun perut lapar..tapi selera hilang sebab ikan hanyir..cara nak hilangkan hanyir ikan nie senang je ..ramas ikan tersebut dengan asam jawa sebelum digaul bersama garam dan kunyit..biarkan seketika baru lah ia digoreng.

2) Bagaimana mengatasi Gatal Keladi
Bagi penggemar Keladi ia sememang enak bila kena dengan cara masakan nya, namun seperti mana kita maklum keladi akan menyebabkan rasa gatal pada tangan ketika anda ingin memasaknya.. bagi mengatasi masalah ini anda hendaklah lumurkan tangan anda dengan minyak masak.. gatal akan berkurangan.

3) Mematikan Ikan Keli
Bagi surirumah yang mempunyai masalah dengan ikan keli yg fresh lagi..maksudnya ketika kita beli tu kan.. ikan tu tak mati lagi..camne nak bagi dia mati dengan cara tidak rosakkan isi ikan tersebut? kalau ketuk je kepala dia gerenti isi ikan tu rosak kan.. jadi nak senang kasi dia mati masukkan secamca garam kasar dalam bekas ikan
tersebut pastu biar lah dalam 15 minit ..ikan tu akan mati.

4) Menanggalkan kerak.
Kadang2 susahnya nak tanggalkan kerak nasi, bila gunakan berus besi pun nak cuci masih ada kesan lagi,so apa nak buat? anda semua boleh gunakan kulit kentang ,rebus bersama kerak nasi tersebut,tunggu air panas,kerak tersebut akan tanggal sendiri..

5) Harumkan Tumis Bawang
Bawang sangat penting dalam masakan tanpa bawang masakan tidak enak dan makanan jadi tawar..jadi untuk harumkan bawang putih ketika menumis,pastikan bawang itu dicincang dahulu, Bagi bawang merah pula masukkan sedikit garam ketika menumis.

6)Meranggupkan kentang goreng.
Ramai yang meminati kentang goreng.. sedap kan? tapi camne nak bagi kentang tu rangup lagi bagi menambah selera apabila dimakan? caranya ialah gaul kentang yang dipotong dan dibasuh secukupnya dengan garam hingga rata,pastu tu toskan kentang hingga kering. Kemudian goreng kentang menggunakan minyak yang banyak di atas api yang sederhana agar betul2 ranggup.

Cukup ler kot tuk ari nie kalau bagi banyak2 petua pun tak amal nak wat ape kan ?

Selamat Mencuba.. ada sape2 nak kongsi tips dan petua bleh le hantar kan
ke aries_cute2102@yahoo.com.. perkongsian ilmu dari anda sangat dihargai.

Monday, December 8, 2008

Alia Areena

Kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki juga tak semestinya dicintai. Tapi kalau cinta itu ikhlas dan suci berbekalkan restu Yang Maha Mencintai, kita akan memiliki apa yang kita cintai dan kita akan dicintai oleh yang memiliki. Jadi seharusnya kita ikhlas dalam mencintai jua memiliki.
“Aku terima nikahnya Alia Areena binti Ahmad Abdan dengan mas
kahwinnya RM100 tunai”Dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar
isteri kepada Adam Harris bin Luqman Hakeem. Menitis mutiara jernih dari tubir
mataku. Terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air
sembahyang.
Majlis persandingan berlangsung dengan sangat meriah. Semua
sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka.
Walaupun letih yang teramat sangat,tapi ku dapat lihat betapa gembiranya ibu dan
ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan
keluarga yang baik keturunannya. Gembira benar mereka kerana yakin kebahagiaanaku pasti terlakar nanti.
Malam itu, aku dan Adam Harris, solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hanya sebagai abang dan adik angkat.Aku menjadi anak angkat umi dan abi, gelaran buat kedua orang tua abang Adam Harris semasa aku melanjutkan pelajaran di Johor Bahru 2 tahun lepas. Lantaran terlalu lama bersama dan terlalu sayang pada aku, umi dan abi mengambil keputusan menjadikan aku menantu kepada anak kedua mereka,putera tunggal keluaraga Tan Sri Luqman Hakeem.

********************
Aku perasan yang abang Adam leka memerhati aku menyisir rambut. Rambut ikal dan lebat melepasi bahu. Terasa janggal pula bila kali pertama tak betudung depan abang Adam. Belum pernah aku membiarkan lelaki yang bukan muhrimku melihat rambutku.“Pertama kali lihat rambut Alia. Cantik sangat. Inilah untungnya suami yang memiliki isteri bertudung.” Bicara abang Adam sambil menutup malu kerana perasan perbuatannya ditangkap.Aku juga hanya tersenyum. Menutup janggal.“Abang Adam tidurlah atas katil tu, biar Alia tidur atas sofa.” Sambil mengeluarkan selimut dari dalam almari.“Takpelah, Alia tidur atas katil, biar abang yang tidur atas sofa.”Terkesima aku mendengar abang Adam membahasakan dirinya ‘abang’. Sebelum ini kami berbahasa menggunakan ‘abang Adam’. Sekali lagi kejanggalan menerjah diri.
“Tempat yang terbaik hanyalah untuk suami, sekarang abang Adam suami Alia, jadi abang Adam tidur atas katil, biar Alia tidur atas sofa.” Balasku. Belum selesa hendak memanggilnya ‘abang’.“Tapi Alia..”

“Dahlah abang Adam,baik kita tidur. Nanti kalau ibu atau yang lain dengar, lain pula
jadinya. Biar Alia padamkan lampu, abang Adam tidurlah ya. Assalamualaikum.”
“Waalaiakumusalam Alia..” balas abang Adam perlahan.

********************
Sebelum keluarga umi hendak masuk meminang, aku pernah berbincang dengan abang Adam Harris tentang apa yang direncanakan. Aku tak nak kami tersalah langkah, tak nak kami menyesal dikemudian hari.“Alia setuju dengan apa yang umi rancangkan??” Tanya abang Adam Harris perlahan.“Entah..” jawabku ringkasKami senyap tanpa bicara. Hilang kata-kata. Terasa lain benar petang ini.“Keluarga umi dah terlalu baik pada Alia, begitu juga abang Adam sendiri. Alia tak nak lukakan hati siapa pun, itu sebab Alia ajak abang Adam bebincang. Alia tahu abang Adam dah ada pilihan hati, Kak Zulia kan??” Tanyaku sambil tersenyum.“Zulia??” Tanya abang Adam kehairanan.“Alia dah tahu masa kali pertama abang Adam bawa kak Zulia jumpa Alia. Walaupun abang Adam dan kak Zulia tak bagitahu Alia, Alia boleh baca dari raut wajah abang Adam dan kak Zulia” jelasku.
Sekali lagi kami senyap tanpa bicara.“Alia juga tahu yang abang Adam bukan seorang anak yang suka membantah kata-kata umi dan abi, jadi kalau abang Adam tak setuju, biar Alia saja yang beritahu umi dan abi.Biar Alia beritahu yang Alia dah ada pilihan hati.”“Tapi..” balas abang Adam dalam nada serba salah.“Tak apa, Alia tak kisah. Apa yang penting kita tak tersalah membuat keputusan hidup.”Balasku sambil tersenyum. Agar dapat menghilangkan rasa bersalah yang bersarang di hati abang Adam mungkin. Juga menenangkan hati sendiri. Penipu.

“Tapi umi pasti sangat-sangat kecewa dengan keputusan Alia. Abang Adam pula akan rasa bersalah seumur hidup. Abang Adam tak mahu jadi anak yang menyebabkan air mata umi mengalir, dan membiarkan Alia menanggung semuanya seorang diri.” Balas abang Adam.“Bukan abang Adam yang menyebabkan umi
kecewa tapi Alia. Abang Adam tak perlu rasa bersalah. Alia tak kisah pun.” Balasku memujuk abang Adam.“Dan kecewa umi pasti tak lama. Bila abang bawa kak Zulia jumpa umi nanti, pasti umi akan terima. Dan waktu tu,umi pasti dah tak ingat pada Alia lagi. Alia yakin kerana Kak Zulia baik peribadinya. Umi akan terima. Percayalah pada Alia.” Sambungku lagi.“Tak Alia. Abang Adam tetap
akan rasa bersalah dengan umi dan Alia. Abang Adam terima Alia sebagai pilihan
umi.” Sambil memandang tepat ke arah ku.“Apa?? Abang Adam jangan main-main”
Balasku terperanjat. Pelik.
“Kita akan teruskan impian umi dan abi. Kita akan bernikah dan berkahwin seperti pasangan lain. Tapi hanya pada nama.” Henti abang Adam disitu.
“Maksud abang??” Aku semakin pelik dan hairan dengan bicara abang Adam.
“Kita berkahwin seperti biasa, dan abang akan lepaskan Alia selepas beberapa bulan kita kahwin. Kita cari alasan yang paling sesuai tanpa melukakan mana-mana pihak. Tidak umi, tidak abi,tidak abang Adam juga tidak Alia.”
“Apa?” hampir luruh jantungku mendengar bicara abang Adam.
“Alia tak perlu risau. Abang Adam tidak akan menyentuh Alia. Abang Adam akan lepaskan Alia sepertimana abang Adam mengambil Alia. Abang Adam janji.” Jelas abang Adam lagi. Penjelasan yang cukup menghancurkan hatiku.
“Selepas tu?” Tak sabar rasanya ingin mendengar butir perancangan abang Adam seterusnya.
“Selepas tu??” Tanya abang Adam semula. Lama juga abang Adam senyap sebelum dia meneruskan bicara seterusnya yang semamngnya tak pernah terlintasdifikiranku.
“Selepas tu Alia boleh bersama dengan Izhar. Abang tahu yang Alia sukakan Izhar. Izhar pun sebenarnya sukakan Alia, dia ada bagitahu abang Adam yang dia nak jadikan Alia teman istimewa dia.Tapi dia belum berkesempatan untuk meluahkan kepada Alia.” Lancar bicara abang Adam.Doktor Ikham Izhar. Sahabat baik abang Adam. Pernah merawat aku ketika kemalangan setahun lepas.
Kami memang rapat, tak sangka pula keakraban kami disalah erti. Bukan sahaja
oleh abang Adam tetapi juga Izhar.“Izhar??” tanyaku.
“Ya, Izhar. Abang Adam akan terangkan segala rancangan kita pada dia. Hanya kita bertiga sahaja yang tahu.” Balas abang Adam.
“Jadi maksud abang Adam kita hanya berpura-pura sebagai suami isteri?” tanyakumendapatkan kepastian.
“Ya..Tapi abang Adam tak paksa Alia untuk turut berlakon dalam drama yang mengarut ni. Abang Adam cuma menyatakan pendapat abang Adam sahaja. Abang Adam tak mahu ada hati yang terluka dengan keputusan kita nanti terutama umi dan abi. Kalau Alia rasa akan terbeban, kita lupakan sahaja.” Jawab abang Adam tenang tapi sayu.
“Alia setuju.Alia juga tak mahu kecewakan umi dan abi.” Entah kenapa begitu mudah aku bersetuju. Sedangkan aku tahu dalam hal ini akan ada hati yang terluka.

Aku....
********************
Malam pertama bergelar isteri aku tidur bertemankan air mata. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang setuju dengan keputusan ini. Tiada sesiapa yang memaksa.
Hampir 4 bulan melayari bahtera rumahtangga. Kami tinggal bersama umi dan abi. Tiada cacat cela dalam hubungan kami pada pandangan umum. Aku menjadi isteri yang paling solehah dan Adam Harris menjadi suami yang paling mithali. Kami sembahyang berjemaah, ke pejabat bersama, makan pakainya aku sediakan tanpa terbiar walau seinci pun. Dan dia memberiku nafkah zahir yang cukup sempurna. Walaupun aku memiliki pendapatan sendiri, tapi perbelanjaanku tetap ditanggung. Kami dikatakan pasangan yang paling sempurna. Ber ‘abang’ ‘sayang’ dalam bicara. Tapi itu semua hanya di luar kamar tidur.

Kami kembali menjadi ‘Alia’ dan ‘abang Adam’ sekembali ke kamar tidur. Aku di
sofa dan dia di katil. Plastik.“Alia rasa dah sampai masa kita hentikan
semua lakonan ini.” Bicaraku pada abang Adam selesai solat Terawih. Pertama kali
aku bakal berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri.
“Maksud Alia?” Tanya abang Adam bagaikan tak mengerti.
“Alia tak mahu sambut Aidilfitri dengan semua ni. Kalau boleh biar kita akhiri semua ini sebelum Aidlfitri tiba “ Jawabku sambil mengawal perasaan yang bergelodak.
“Tapi macamana kita nak biarkan semua ini berlalu tanpa ada yang kecewa. Abang belum merancang. ” balas abang Adam.
Abang Adam benar. Kami terlalu sibuk ‘berlakon’ sehingga lupa
memikirkan rancangan perpisahan terbaik tanpa melukakan hati mana-mana pihak.
Sibuk sehingga kadang-kadang aku rasakan aku bukan lagi ‘berlakon’. Sibuk.
“Umi dan abi dah mula bertanya bila mereka boleh mendapat cucu
daripada kita. Alia dah tak tahu nak jawab apa lagi.Alia rasa bersalah dan
berdosa sangat pada umi dan abi.” Tak dapat kubendung lagi air mata dari
mengalir.

Abang Adam datang menghampiriku dan mengelap air mata ku.
“Abang janji kita akan selesaikan semua ini secepat mungkin. Maafkan abang.” Pinta
abang Adam sambil mengucup tanganku. Terharu.“Tak, abang tak salah. Alia
yang setuju dengan semua ini. Tiada siapa yang harus minta maaf dalam hal ini.”
Balasku tanda bersalah. Bersalah membuatkan suami tercinta momohon ampun padaku sedangkan semua ini kehendak kami berdua. Kehendak aku sendiri.

********************
“Alhamdulillah. Selesai sudah ibadat Ramadhan hari pertama. Ujian Ramadhan hari pertama adalah ujian terbesar sepanjang Ramadhan.” Bicara abi dalam perjalanan pulang dari solat Terawih.“Adilla katanya akan pulang raya ni. Adilla pun akan beraya disini. Tahun lepas dah beraya di rumah Ikram.” Cerita umi gembira.
Adilla Harissa. Puteri sulung pasangan Tan Sri Luqman Hakeem dan Puan Sri Hanum. Sudah berkahwin dengan Ahmad Ikram dan memiliki 2 orang cahaya mata. Hanis dan Haris. Kini menetap di Kuala Lumpur. Adirra Harrisa. Masih belajar di Seol, Korea. Jurusan seni bina tahun terakhir.
“Wah!! Meriahlah rumah umi tahun ni.” Abang Adam turut gembira.Aku hanya mampu tersenyum. Tak mampu untuk melibatkan diri. Fikiranku jauh melayang memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan. “Ya Allah, bantulah hambaMu ini”.
Malam itu sebelum bangun menyediakan juadah untuk bersahur aku sempat menunaikan solat hajat. Memohon petunjuk dan jalan daripada Yang Maha Merencana.“Ya Allah, ku pohon padaMu agar Kau beriku petunjukMu.Bantulah aku dalam menyelesaikan semua ini. Sesungguhnya Ya Allah, seandainya dia tercipta sebagai teman hidupku, Kau perpanjangkanlah jodoh kami..seandainya dia bukan untukku, Kau berilah kami jalan terbaik dalam menempuhi kehidupan ini. Sesungguhnya, hanya padaMu aku bermohon Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin Ya Rabbul A’lamin.”

********************
Aku menunggu abang Adam pulang dari solat
terawih dengan penuh debaran. Malam ini aku tidak ikut sama kerana masalah
wanita. Aku yakin abang Adam pasti setuju dengan rancangan aku nanti.
“Cepat balik terawih hari ni? ” Tanya aku sebaik sahaja abang Adam melangkah masuk ke dalam bilik.
“Cepat? Tak adalah. Macam biasa. Alia tak ikut itu yang Alia
rasa cepat.” Seloroh abang Adam.Sebaik sahaja abang Adam melabuhkan punggung
di atas sofa, aku terus menghampirinya.“Sebenarnya Alia dah ada rancangan.”
Bicara ku tanpa membuang masa.“Rancangan? Rancangan apa pula ni? ” Tanya abang Adam pelik.“Macam ni, pagi tadi Alia dapat tawaran kenaikan pangkat.
Dengan syarat Alia perlu mengambil kursus di Jepun.”Pagi tadi aku ditawarkan
kenaikan pangkat. Tetapi dengan syarat aku harus mengambil kursus di Jepun
selama 6 bulan. Mungkin ini petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana untuk aku
menyelesaikan semua ini.
“Jepun!!” jerit abang Adam.
“Perlahanlah suara tu, nanti umi dengan abi di luar tu dengar.” Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.“Ya, Jepun. Alia ingat kita bagitahu umi dan abi yang Alia tak boleh beri abang zuriat. Alia izinkan abang kahwin satu lagi. Alia akan cadangkan kak
Zulia sebagai menantu umi. Bila semuanya selesai Alia akan terus ke Jepun.Kalau
boleh kita selesaikan semua ini dalam bulan Ramadhan ni juga. Sebab Alia diminta
ke Jepun pada raya ke 7.” Cadangku pada abang Adam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku bila memikirkan semua ini. Tapi inilah yang harus aku
bayar atas segala perbuatanku.“Apa!!! Alia nak bagitahu umi yang Alia tak
mampu mengandung?? Alia dah gila ke?? Abang tak setuju. Banyak lagi cara lain.
Bukan ini caranya. Dan Alia akan pergi ke Jepun tinggalakan kami semua?? Itu
lagi abang tak setuju!!!” Marah abang Adam. Belum pernah aku lihat abang Adam
marah begitu sekali.“Abang Adam dengar Alia. Hanya ini sahaja jalan yang
kita ada. Hanya ini sahaja peluang yang kita ada. Alia tak sanggup nak teruskan
lakonan ini lagi. Dan Alia tak mahu jadi penghalang cinta abang Adam. Kak Zulia
terlalu baik orangnya, Alia tak mahu abang Adam kehilangan dia.Tolonglah setuju
dengan Alia untuk kali ini sahaja. Alia tak pernah minta apa-apa dengan abang
Adam, hanya ini yang pertama dan terakhir. Kita hentikan semua ini.” Rayuku pada
abang Adam. Tak mampu lagi untukku tahan air mata dari mengalir.
Abang Adam bangun meninggalkan aku sendirian. Tiada keputusan yang dicapai. Tapi aku nekad. Walaupun tanpa abang Adam, aku tetap akan meneruskan semua rancangan ini.

********************
Sambil membantu umi mencantas pokok bonsai kesayangannya, aku memulakan bicara tetang apa yang sudah aku rancangkan.“Umi, Alia nak mintak ampun dengan umi dari hujung rambut sampai hujung kaki.Maafkan segala salah dan dosa Alia selama Alia bersama keluarga umi.” Bicaraku tersekat.“Kenapa tiba-tiba Alia minta maaf pulak ni??” tanya umi hairan dengan sikapku.“Tiada apa yang perlu umi maafkan. Alia anak yang sangat baik. Tiada salah satu pun yang Alia pernah lakukan.Kenapa ni sayang??” tanya umi lagi sambil mengusap belakangku.“Maafkan Alia umi, Sebenarnya,Alia tak mampu berikan abang Adam zuriat. Alia tak mampu berikan umi dan abi cucu.

Maafkan Alia.” Bicaraku dalam ketar.Hanya Allah yang tahu betapa berdosanya aku
terhadap insan yang ku panggil umi. Yang tiada bezanya dengan ibuku
sendiri.“Ampunkan Alia kerana menipu umi. Ampunkan aku Ya
Allah.”“Astargfirullahhalazim!!Apa yang Alia cakapkan ni?? Umi tak faham
lah.” Tanya umi tak percaya.“Alia tahu. Umi pasti tak percaya. Tapi itulah
hakikatnya. Alia tak mampu. Alia tak boleh. Maafkan Alia umi.” Jelasku dalam
esak tangis. Bukan tangisan lakonan, tapi tangisan kerana menipu seorang insane
bergelar ibu. “Berdosa aku Ya Allah.”“Tak sayang. Tak. Sekarang ni banyak
teknologi canggih. Kita usaha ya. Umi yakin anak yang baik macam Alia akan
dikurniakan cahaya mata yang baik juga. Kita usaha ya sayang. Umi yakin, pasti
akan ada cara. Kalau tak boleh cara moden kita cuba cara kampung ya.Allah itu
Maha Kuasa sayang.” Pujuk umi. Aku tahu umi kecewa sangat-sangat. Terlalau
kecewa. Tapi umi bijak mengawal perasaan dan dikuatkan dirinya demi aku. Itulah
umi.
“Tak umi. Alia dengan abang Adam dah cuba macam-macam cara. Baik moden
mahupun cara kampung. Pelbagai usaha dah kami ikhtiarkarkan.” Bohongku pada
umi.“Kami dah buat keputusan. Alia izinkan abang Adam kahwin lain.”
Beritahuku pada umi.“Apa!! Apa yang Alia mengarut ni?? ” Marah umi.
“Alia tak mengarut umi. Kami dah setuju. Alia juga dah ada calon yang paling sesuai
menggantikan tempat Alia disisi abang Adam dan juga untuk keluarga ini.” Jelasku
pada umi. “Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui.”
“Tak!! Umi tak setuju. Kalau betul Alia tak boleh beri zuriat pada Adam. Kita ambil anak angkat. Umi tak mahu orang lain sebagai menantu umi selain Alia. Umi tak setuju!!” Tegas umi.
“Umi, Alia nak abang Adam ada zuriat dia sendiri. Anak dia sendiri.
Keturunan dia sendiri. Darah daging dia sendiri.” Jelasku dalam tangis yang tak
dapat dibendung lagi. “Umi jangan bimbang. Alia janji, isteri abang adam nanti lebih baik daripada Alia. Dia akan jadi isteri yang paling solehah,menantu yang paling hebat dan juga ibu yang paling sempurna kepada anak-anak abang Adam. Percayalah pada Alia umi. Alia pohon pada umi. Percaya Alia untuk sekali ini sahaja umi.” Rayuku. Aku yakin umi akan setuju. Aku kenal umi.
“Alia, jangan buat umi macam ini sayang. Alia tahu kan umi sayang Alia lebih daripada umi sayang Adam. Kenapa mesti macam ini sayang??” Tangis umi, kali ini umi tidak lagi dapat mengawal perasaanya. Tapi aku yakin ini adalah yang terbaik. Terbaik buat insan yang aku cintai.

********************

“Berbuka puasa tadi umi lain macam sahaja. Solat Terawih pun umi tak ikut. Alia tahu tak kenapa?” tanya abang Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pulang solat Terawih.“Alia dah
bagitahu umi.” Jawabku pendek.
“Bagitahu umi?? Maksud Alia??” Tanya abang Adam dengan nada terperanjat. Kamibelum capai kata sepakat, tapi aku dah memulakan rancangan. Siapapun di tempat abang Adam akan terperanjat.“Alia dah bagitahu umi yang Alia tak boleh mengandung. Alia juga dah ceritakan pada umi tentang kak Zulia sebagai pengganti Alia. Dalam masa terdekat ni boleh lah kita pergi meminang kak Zulia. Kalau boleh raya pertama abang dengan kak Zulia dah boleh disatukan.” Bicaraku lancar tanpa memandang abang Adam. Takut aku
kehilangan kekuatan.“Apa yang Alia mengarut ni??!! Kita belum pun setuju
dengan rancangan tu.” Marah abang Adam.“Nampaknya Alia tak sabar nak
tinggalkan abang ya. Bersungguh-sungguh benar Alia ingin dilepaskan.Baiklah,
kalau itu keputusan Alia. Hujung minggu ni kita pergi pinang Zulia. Alia suka
kan?? Puas hati Alia sekarang??”Belum sempat aku jelaskan abang Adam terus
keluar. Dihempasnya pintu bilik. Belum pernah aku lihat abang Adam seberang itu.
Aku meraung sekuatnya dibibir katil.“Bukan ini yang aku mahu Ya Allah. Kalau
boleh aku tak mahu dilepaskan walau sesaat pun. Kalau aku berdaya aku akan
merayu supaya dakaplah aku seeratnya. Paut bahuku serapat mungkin. Jangan
biarakan aku walau senafas sekalipun. Tapi aku terlalu lemah untuk itu. Terlalu
lemah. Aku tak berdaya.”

********************
Deringan jam loceng benar-benar membuat duniaku berpusing. Kepalaku terlalu sakit bagai dihempas batu yang sangat berat. Tapi aku harus kuatkan diri. Keperluan suami tercinta harus aku siapkan. Abang Adam hanya akan bersahur jika aku yangmasak. Bukan umi mahupun Mak Jah,tukang masak keluarga Tan Sri Luqman Hakeem sejak belasan tahun yang lalu.Aku berjalan ke bilik mandi sambil berpaut pada dinding, berat sungguh rasa kepalaku. Keluar dari bilik mandi aku mencari abang Adam, tapi tiada. Kemana pula hilangnya?? Peristiwa malam tadi menerjah kotak fikiranku. Aku terus tertidur di birai katil kerana teruk menangis. Dan abang Adam keluar ke mana??
Segera ku ke bilik bacaan. Biasanya kalau ada masalah, abang Adam
akan ke bilik bacaan. Dia sukakan buku.Telahan ku benar. Dia tidur di sofa
panjang di dalam bilik bacaan.“Maafkan Alia.” Manik jernih mula menitis kebumi.
Ku tinggalkan abang Adam terus lena sementara aku turun hendak menyiapkan juadah bersahur.

********************
“Alia dah sedar.” Suara umi bagaikan bergema.
“Alia dah sedar sayang.. Syukur Alhamdulillah.” Bicara umi sambil mengucup dahiku.Kepalaku ligat memikirkan apa yang terjadi. Kenapa semua orang ada di sini?? Ibu dan ayah dari Perlis pun ada. Kenapa aku boleh berada di atas katil hospital?? Kenapa kepalaku berbalut?? Apa yang sebenarnya semua ini??
Adakah aku sekadar bermimpi?? Dan mana abang Adam??“Alia sayang, Alia jatuh
pengsan masa turun tangga sahur kelmarin. Kepala Alia berbalut pula sebab Alia
terhantuk pada anak tangga. Dua hari Alia tak sedarkan diri. Itu sebab kami
telefon ibu dan ayah Alia.” Jelas abi bagaikan mengerti persoalan yang bermain
di mindaku.Tapi mana abang Adam?? Marah benar dia padaku sampaikan tak sudi
melihatku disini.Melihatkan aku yang senyap dan muram, ibu bagaikan mengerti
bahawa aku perlu bersendirian.“Doktor beritahu tekanan darah Alia terlalu
rendah dan Alia terlalu letih. Itu sebab Alia pengsan. Alia perlu banyak
berehat. Kami semua keluar dulu, esok pagi kami datang lagi. Alia rehat ya.”
Pesan ibu sambil mengucup dahiku.“Terima kasih ibu.” Bisikku perlahan.
Umi tidak mahu meninggalkan aku seorang. Tapi setelah dipujuk ibu,
akhirnya umi mengerti. Sebelum keluar, ayah,ibu,umi dan abi mengucup dahiku dan
berdoa supaya aku lekas sembuh. Mengalir air mataku tak tahan sebak di dada.
Ternyata aku dikelilingi mereka yang penuh dengan kasih sayang.Malam terasa
sungguh kosong. Aku gagahkan diri bangun dari katil mencari kerusi tolak. Aku
perlu keluar, aku tak mahu terbiar keseorangan dalam bilik ini. Aku mahu mencari
ketenangan di kedinginan malam.Aku duduk di suatu sudut sambil merenung
malam. Aku tak berani memandang bulan kerana aku akan menangis jika
terpandangkan bulan. Terasa betapa sunyi dan sedihnya sang bulan.Dingin
malam mencengkam sampai ke tulang. Tiba-tiba ada kain yang diletakkan
dibahuku.“Maafkan abang sayang.” Lafaz abang Adam sambil menggenggam erat
jemariku.Tiada apa yang mampu aku luahkan. Hanya air mata yang mengalir
mamberitahu segalanya.Malam itu aku diam tanpa sepatah kata pun. Begitu juga
abang Adam. Kami sama-sama merenung malam. Memikirkan apa yang telah terjadi dan akan terjadi.

********************
“Sayang dah bangun?? Cepatnya. Nak makan apa-apa tak?? Doktor pesan sayang tak boleh berpuasa hari ini.” Jelas abang Adam sebaik sahaja menjengah masuk.
“Malam tadi abang tolak sayang masuk bilik. Tak mahu kejutkan sayang, abang pun angkatlah sayang naik atas katil. Berat juga isteri abang ni ya.” Seloroh abang Adam.
Tapi sedikit pun tidak berjaya membuat aku tersenyum. Aku masih tak mengerti. Kenapa abang Adam tiba-tiba berubah. Kenapa mesti ber’abang’ ‘sayang’ sedangkan tiada siapa pun disini.
“Laa, kenapa senyap je ni??marah sebab abang tinggalkan sayang seorang?? Sorry lah, abang pergi solat subuh kat surau sebelah.” Jelas abang Adam sambil tersenyum.
Dia bangun dan menuangkan air, lalu disuap ke mulutku. Kemudian dia membetul-betulkan bantal dan selimutku. Bimbang kalau aku tidak selesa. Tak cukup itu, dia duduk dibirai katil sambil mengulus lembut jemariku.“Abang sayangkan Alia. Lebih daripada segalanya. Lebih daripada nyawa abang sendiri. Mencintai Alia adalah anugerah terhebat daripada Yang Maha Mencintai kepada abang. Memiliki Alia walau tidak sepenuhnya adalah hadiah terbesar sepanjang hidup abang.”
“Dan sekiranya abang terpaksa kehilangan Alia, abang lebih rela kehilangan nyawa abang. Abang terlalu cintakan Alia. Terlalu. Terimalah cinta abang sayang.”
“Tapi…” Pintasku. Tapi belum sempat aku menghabiskan ayatku, abang Adam cepat meletakkan jari telunjuknya dibibirku.
“Sebenarnya abang terlalu cintakan Alia. Sejak pertama kali abang lihat Alia di rumah umi 2 tahun lepas, hati abang dah terpaut pada Alia. Abang sentiasa berdoa agar Alia menjadi suri dalam hidup abang. Menjadi menantu kepada umi. Dan ibu kepada anak-anak abang. Allah Maha penyayang, Dia hadiahkan Alia untuk abang, tapi bukan sepenuhnya.” Bicara abang Adam sayu. Dan air mataku mula mengalir.
“Kenapa abang tak berterus-terang dengan Alia??” balasku dalam sendu.
“Bila Alia cakap tentang Zulia, abang rasakan Alia tak mahu bersama abang. Abang tak pernah cakap yang abang ada perasaan pada Zulia. Tambahan pula Izhar pernah bercerita pada abang tentang perasaannya pada Alia. Dan Alia juga ada cakap yang Alia akan beritahu umi bahawa Alia tidak setuju dengan perkahwinan kita. Itu sebab abang buat keputusan gila dengan setuju berkahwin dengan Alia. Bagi abang, biarpun abang tidak memiliki Alia sepenuhnya, tapi abang tetap berhak ke atas Alia. Dan abang yakin suatu hari abang akan berjaya memiliki cinta Alia. ”“Tapi kenapa baru sekarang abang beritahu semua ni??kenapa tak dari dulu??”
“Abang tak mahu tergesa-gesa. Abang perlu benar-benar sedia. Dan yang sebenarnya abang takut. Takut kalau abang terpaksa kehilangan Alia.”
“Kalau betul abang cintakan Alia, kenapa abang tak ada masa Alia dihantar ke hospital?? Abang tahu tak, masa tu Alia lebih rela jika Alia mati. Alia benci pada doktor yang menyelamatkan Alia.” Tangisku semakin menjadi-jadi.
“Jangan cakap macam tu sayang.” Pujuknya sambil mengesat air mataku..
“Alia buat abang benar-benar kecewa bila Alia tiba-tiba beritahu umi
tentang rancangan yang abang langsung tak setuju. Abang ingat nak luahkan
segalanya pada Alia malam tu,tapi ternyata Alia lebih dulu minta dilepaskan.
Ternyata cinta abang tak berjaya menambat hati Alia. Abang kecewa sangat-sangat.
Sebab tu abang halang diri abang dari melawat Alia. Tapi ternyata cinta abang
lebih kuat dari marah abang pada Alia. Abang tak berjaya halang diri abang dari
bertemu Alia. Abang tak sanggup berpisah dengan Alia.” Jelas abang Adam tentangapa yang berlaku.Tiada kata yang mampu aku luahkan. Kami saling berpelukan. Seerat mungkin. Bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kami saat
itu.

“Maafkan abang sayang. Maafkan abang atas segala penderitaan Alia selama
ini. Maafkan abang kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Maafkan
abang kerana leka dengan perasaan Alia. Maafkan abang sayang.” Rayu abang Adam
sambil mencium-cium jemariku. Terasa bahangnya airmata abang Adam yang
mengalir di jemariku.
Aku yakin cinta Adam Harris tulus dan ikhlas buat diriku Alia Areena. Dan aku yakin inilah petunjuk daripada Yang Maha Merencana. Aku bersyukur yang teramat sangat.Terlalu bersyukur.

********************
“Selamat hari raya Aidilfitri sayang.” Bisik abang Adam ke telingaku.
“Selamat hari raya Aidilfitri??” Tanyaku pelik.
“Ya, selamat hari raya Aidilfitri” ulang abang Adam lagi.Terasa
liat sungguh mataku untuk dibuka. Baru aku teringat, malam tadi aku tidur lewat
sangat. Bantu umi, kak Adilla, Adirra dan Mak Jah membuat persiapan akhir
menjelang raya. Siapkan pakaian raya lagi. Hampir pukul 4 pagi baru aku berjayameletakkan badan disisi suami tercinta.“Dah pukul berapa ni?” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata.“Dah subuh. Bangunlah mandi. Busuklah.” Seloroh abang Adam.
Selepas solat subuh aku terus ke dapur membantu mana yang patut. Umi memang akan menyiapkan semuanya sebelum pergi solat Aidilfitri. Balik sembahyang
boleh terus makan. Tak perlu nak kelam kabut. Hehehe..
Pulang dari sembahyang, kami semua menuju ke kubur datuk dan nenek abang Adam. Pertama kali buatku. Selesai membaca surah Yassin, al-Fatihah dan sedikit doa, kami terus pulang kerumah.

********************
“Abang, ampunkan dosa dan salah silap Alia selama bergelar isteri abang. Halalkan segala makan pakai Alia. Ampunkan Alia ye bang.” Menitis air mataku tatkala mencium tangan suami tercinta. Terharu diberi peluang oleh Yang Maha Mengasihi memiliki insan yang sangat aku cintai.“Alia tak pernah bersalah pada abang. Abang halalkan segalanya. Dan abang harap, Alia pun sudi maafkan segala kesalahan abang pada Alia.” Sambil mengucup lembut dahiku. Terasa hangatnya kucupan seorang suami.
Selesai semua bermaaf-maafan, kami menjamu selera dengan semua juadah yang tersedia. Meriah sungguh Aidilfitri kali ini. Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang suami yang sangat aku cintai.

********************
“Assalamualaikum.” Suara orang memberi salam sambil menekan loceng pintu.
“Waalaikumusalam.” Jawab abi dari dalam rumah.Keluarga Ikham Izhar memang tetamu wajib keluarga abi dan umi. Datuk Arsyad dan Datin Siti Nuraidah, ibu bapa Izhar merupakan sahabat umi dan abi semasa belajar puluhan tahun dahulu.
Melihatkan Izhar aku rasakan seribu kesalahan telah aku lakukan padanya.Risau apa yang akan dikata nanti bila aku dan abang Adam masih suami isteri. Risau di wajahku dapat di baca oleh suami tercinta.
“Sayang tak perlu risau. Izhar tak tahu apa-apa pun. Abang tak
pernah beritahu dia apa pun yang terjadi antara kita.” Bisik abang Adam ke
telingaku.“Maksud abang??!!” tanyaku terperanjat.
“Ya, bila abang cakap yang hanya kita bertiga sahaja tahu, sebenarnya tak, hanya abang dan Alia sahaja yang tahu. Mustahil abang akan lepaskan Alia kepada orang lain.hehehe” Jelas abang Adam sambil ketawa sinis.
“Owh..main-mainkan Alia ye.” Balasku sambil
mencubit pinggang abang Adam.“Aduhh!!” jerit abang Adam. Semua yang ada di
ruang tamu memandang tepat kearah kami. Senyap.
“Kenapa Adam??” tanya umi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja abang Adam menjerit.“Tak ada apa umi.
Semut gatal gigit pinggang Adam.” Jelas abang Adam sambil tersenyum
simpul.Semua yang ada tergelak di buat dek abang Adam. Riuh rendah rumah
besar ini di buatnya.

********************
Ya Allah, bahagianya hidup ini. Aku bersyukur teramat sangat hanya padamu Ya Allah..
Terima kasih atas bahagia yang Engkau anugerahkan Ya Allah. Sesungguhnya setiap recanaMu adalah yang terhebat dari mana-mana rencana di dunia ini.
Mungkin kehidupan tak seindah kisah cinta kami. Tapi kehidupan juga tak sedasyat yang kita bayangi. Kerana itulah ia di gelar kehidupan.

Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh
saudari Siti Rahmah.

Friday, December 5, 2008

Mengapa Yassin "Jantung Al-Quran?"

Pada artikel kali ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai Surah Yassin yang amat besar fadilatnya dan ganjaran pahala yg diperolehi daripada pengamalan nya... semua umat islam baca Yassin..tahu mengenai Yassin.. tetapi cube try tanya kat diaorg.. apa itu Yassin? ia cerita tentang apa?...ada berapa kisahkah dalam Yassin ini yg diceritakan.. mesti jawapan mereka ini..tidak panjang lebar dan yg paling parah lagi... tak tau.. malunya..! Sebagai umat islam yg sejati.. KITA HARUS TAHU SEMUANYA BERKAITAN AL-QURAN DAN SUNNAH..cerita mengenainya,kisah didalam danpenghayatan serta pengajaran melalui kisah tersebut.


Baiklah .. secara ringkasnya pembacaan dan pengamalan Yassin dengan cara yg betul akan memberikan kesan yg sangat jelas kepada kita seperti lapangnya dada, dipermudahkan urusan dan apa yg kita buat hari tu tenang ,mudah dan sentiasaselamat,walaupun ia nampak sukar dan menyusahkan..jika kita sedih dengan kehilangan sesuatu,sedih dengan kematian,ditinggalkan oleh pasangan... dan pelbagai lagi masalah duniawi ini bacalah yassin niat dalam hati agar kesedihan ini dihilangkan dan hidup lebih bersemangat..


Berbalik kepada perkataan jantung tadi,sepertimana yg kita tahu,jantung adalah suatu organ yg sangat penting dalam tubuh manusia, Kenapa Rasullulah memanggil Yassin "jantung Al-Quran ia mengandungi pelbagai ilmu yg merangkumi segala aspek di dunia dan akhirat.


Pertama Sekali kita rujuk pada Ayat (1-4),yg menerangkan tentang ilmu kenabian Nabi Muhamad SAW. Ia menerangkan tentang perihal Rasullulah yg dilantik oleh Allah SWT tentang bagaimana bermulanya ia dipilih ,dilantik, dan seterusnya ditugaskan berdakwah untuk mengbarkan ajaran islam.


Kedua Surah Yassin pada Ayat (33) menerangkan tentang ilmu pertanian.Tuhan Jadikan panas dan hujan sebagai saling melengkapi untuk mewujudkan pertanian di dunia...apabila kemarau..tuhan turunkan hujan sebagai penyubur tanaman,maka subur dan tumbuhlah kembali tanaman tersebut.


Dalam ayat (34) pula ilmu yg dimaksudkan ialah ilmu falak.iaitu mengenai kajian siang dan malam, matahari dan bulan, tugasan mereka memakmurkan dunia Allah dengan kehendakNya.lihat lah betapa unik nya kejadian Allah dan sebagai manusia kita harus mensyukuri segala nikmat kurniaan nya..


Seterusnya dalam ayat (41) Surah Yassin-ia menerangkan tentang ilmu laut,Segala isi di dalam laut,Kapal Nabi Nuh, khazanah laut yg sangat berharga haruslah diterokai dan digunakan sebaiknya oleh manusia untuk sesuatu kebaikan ,bukan lah ia dicemari dan dikhianati oleh sesetengah manusia berdasarkan apa yg kita lihat sekarang.


Ayat Surah Yassin (71) pula menerangkan tentang ilmu ternakan/binatang kepada manusia khususnya,kenapa tuhan jadikan binatang,kenapa setiap satunya berbeza.hasil ciptaan binatang ternakan ini jugalah yg menjadi punca pendapatan dan rezeki kepada manusia itu sendiri..


Dalam ayat (77), diterangkan oleh Allah ilmu ciptaan manusia yang sangat unik dan diterangkan tugas manusia itu sendiri sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Tetapi malangnya manusia itu sendiri yang ingkar dan lupa tentang dirinya yg diutus ke dunia ini.


Dan akhir sekali ayat (48) menerangkan ilmu akhirat..bagaimana manusia dimatikan, kejadian berlaku di alam kubur, kejadian kiamat,kehidupan selepas mati, ganjaran pahala dan syurga,dosa dan neraka.itu lah yang sebenar-benarnya kehidupan.


Daripada penjelasan sy yg serba sedikit mengenai artikel ini,maka jelaslah Ilmu di dalam yassin itu merangkumi segala aspek iaitu tentang kenabian Rasul,ilmu pertanian,ilmu falak,ilmu laut,ilmu ternakan,ilmu ciptaan manusia,dan ilmu akhirat.


Cuba renungkan ilmu apakah yang tiada dalam surah Yassin ?

Tuesday, November 25, 2008

Menghindar Keletihan Ketika Bekerja

Ada ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat. Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.


Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua. Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.


Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:


- Bersifat positif terhadap pekerjaan:


Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.


- Bersantai sejenak:


Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.


Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.


- Nikmati humor dan ketawa:


Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar
bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.


- Bekerja secara sistematik:


Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.


- Banyak minum air mineral:


Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.


- Lakukan aktiviti fizik:


Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.

Tips Keselamatan Untuk Perjalanan Jauh

Periksa dan servis kenderaan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Periksa komponen enjin seperti minyak enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek, minyak brek dan brek tangan serta penggilap cermin


* Rancang perjalanan anda. Kenal pasti laluan yang bakal dilalui serta lokasi untuk anda berehat ketika perjalanan itu


* Pastikan rehat yang cukup sebelum memandu jauh. Elakkan memandu ketika lewat malam atau awal pagi yang sebenarnya waktu tidur dan rehat bagi tubuh badan.


Memandu selepas makan terlalu banyak atau bekerja untuk tempoh yang panjang akan menyebabkan anda kepenatan dan keletihan yang seterusnya akan mengganggu tumpuan pemanduan


* Elak minum minuman keras atau ubat yang menyebabkan rasa mengantuk atau mengganggu tumpuan memandu. Hindari daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula terlalu tinggi kerana ia mudah menyebabkan letih dan mengantuk


* Elak perasaan negatif seperti rasa marah sebelum memandu. Kemarahan akan menyebabkan anda tidak menghiraukan peraturan lalu lintas hingga memandu melebihi had laju dan memandu secara berbahaya


* Sebelum mula memandu, pastikan tempat duduk pemandu berada dalam kedudukan yang memberikan anda penglihatan yang maksimum


* Simpan sebuah kotak ubat dalam kenderaan serta alat pemadam kebakaran kecil sebagai langkah berjaga-jaga sama ada untuk kenderaan sendiri serta boleh membantu orang lain ketika diperlukan


* Sentiasa bawa bersama minyak enjin dan air dalam tong simpanan.

Tip Urus Duit Selepas Raya

Barangkali selepas cuti Aidilfitri, ada antara kita tidak berani melihat baki wang simpanan dalam akaun bank. Kenyataan yang perlu dihadapi mungkin tidak akan menenangkan hati - sama ada baki wang tidak mencukupi untuk bertahan hingga akhir bulan atau lebih menakutkan, tiada langsung baki simpanan.


Begitulah impak Aidilfitri yang hadirnya setahun sekali. Ramai pada mulanya sakan menyambut Hari Raya penuh bergaya. Sejak bulan puasa lagi hingga berlarutan kepada beberapa minggu pertama Syawal, wang tidak putus-putus keluar dari dalam dompet. Pengguna lazimnya tidak begitu memikirkan soal perancangan kewangan pada musim perayaan. Disebabkan itulah perbelanjaan menjadi tidak terkawal atau berlebihan pada musim begini.


Oleh kerana wang simpanan makin menipis, ramai mula risau nasib diri serta memikirkan bagaimana hendak menjalani kehidupan dengan baki simpanan yang tidak seberapa itu.


Tidak hairanlah timbulnya jenaka sinis menyindir segelintir orang yang dikatakan terpaksa berpuasa semula selepas Aidilfitri kerana sudah ‘berhabisan’ ketika beraya.


Tidak dinafikan, ramai memilih untuk berpuasa seawal minggu kedua Syawal iaitu selepas kembali bekerja. Golongan ini bukan saja ingin menunaikan puasa sunat tetapi juga kerana keadaan kewangan yang memaksa mereka berbuat demikian. Bagi mereka, baiklah berpuasa sementara menanti gaji seterusnya.


Jika tidak berpuasa pun, anda sebenarnya boleh berjimat dengan membawa bekalan makanan dari rumah ataupun mengurangkan belanja membeli makanan ketika bekerja. Rasanya, tidak terlalu sukar untuk anda melakukannya kerana kita baru saja selesai menunaikan ibadat berpuasa.


Minggu ini, XY - Ikon Lelaki berkongsi tip ‘diet perbelanjaan’ bagi mereka mengalami sindrom ‘kering’ selepas raya. Jika berdisiplin dalam mengamalkan diet ini, tidak mustahil kedudukan kewangan anda akan kembali stabil selepas musim perayaan.


Pertama sekali, mulakan diari kewangan anda sendiri. Keluarkan semua penyata bank, resit pembelian dan bil berkaitan serta semak perjalanan keluar masuk wang anda setiap bulan. Apabila anda mempunyai rekod penggunaan wang, lebih mudah bagi anda mengesan jumlah wang yang sering dibazirkan. Melihat jumlah wang yang dapat dijimatkan dalam setahun juga dapat mendorong anda meneruskan diet perbelanjaan ini.


Walaupun agak ‘sesak’ sekarang, tanggungan hutang tidak boleh diambil ringan. Hadapi hutang anda dengan memberi tumpuan kepada bahagian tertentu dalam perbelanjaan yang boleh anda baiki. Ini termasuk hutang kad kredit yang lama tertunggak hingga kadar faedah terkumpul. Lebih lama anda menangguhnya, lebih banyak kadar faedah yang dikenakan. Ini tentunya menambah masalah kewangan anda kelak.


Jika anda pemegang insurans, pastikan bayaran bulanan anda didahulukan berbanding perbelanjaan lain. Ini kerana, sesetengah syarikat insurans akan menamatkan perlindungan insurans jika terdapat tunggakan. Ini agak berisiko kerana anda mungkin tidak memiliki sumber kewangan lain jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.


Penting juga untuk anda mengurangkan penggunaan telefon atau internet yang dicaj mengikut kadar guna. Anda harus tentukan penggunaan yang perlu serta yang tidak penting. Sebab itulah ada baiknya anda melanggan perkhidmatan yang membolehkan anda berjimat


Selain itu, amalkan jimat-cermat dalam menggunakan kuasa elektrik dan air di rumah. Sekurang-kurangnya, jumlah tanggungan bil anda dapat diringankan.


Mungkin pada waktu kesempitan wang begini, anda boleh menangguhkan sementara perbelanjaan aktiviti riadah seperti bayaran gimnasium, yuran bulanan kelab rekreasi dan sebagainya. Anda boleh menyambungnya semula apabila keadaan sudah mengizinkan.


Seperkara lagi, jangan lupa, biarpun keadaan kewangan anda agak tidak stabil selepas hari raya, anda masih perlu menyimpan sedikit daripada pendapatan yang diterima. Ia memang berguna pada saat kecemasan nanti.


Apapun, anda wajar berfikir setiap kali hendak membelanjakan wang untuk sesuatu perkara. Elak membeli barang tidak perlu atau bermewah-mewahan tanpa sebab.


Tetapkan juga tahap mana atau secepat mana anda mahukan kedudukan kewangan anda kembali pulih. Juga tentukan jumlah wang harus ada dalam akaun simpanan anda dalam sesuatu tempoh. Bila berbuat demikian, anda akan lebih disiplin dalam mengikut perancangan atau ‘diet perbelanjaan’ yang sudah disenaraikan.


Tip diet perbelanjaan

  • Rekodkan penggunaan wang membabitkan pengaliran wang masuk dan keluar.
  • Utamakan pembayaran hutang walaupun dalam keadaan terdesak. Hutang bertampuk menambah kekusutan ekonomi anda.
  • Kurangkan penggunaan telefon bimbit dan internet jika anda mampu lakukan.
  • Kurangkan aktiviti riadah bersama teman seperti mengunjungi pusat hiburan karaoke atau melepak tanpa tujuan.
  • Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air.
  • Simpan sedikit gaji bulanan untuk waktu memerlukan.
  • Tentukan jumlah wang perlu ada setiap bulan sebagai simpanan waktu sesak.
  • Petua Elak Cepat Beruban

    Kebanyakan orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri. Tetapi apabila tumbuh uban samada ketika remaja atau tua, anda kelihatan lebih tua dari usia. Bagaimanapun, ada juga individu yang mempunyai rambut hitam walaupun dalam usia emas.


    Petuanya ialah:


    Ambil segenggam biji betik (banyak pun tak apa) yg sudah masak. Kemudian jemur biji betik tersebut.


    Biji betik yg kering digoreng tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk sampai lumat sebelum dimasak dgn semangkuk santan pekat hingga menjadi minyak.


    Minyak inilah yg boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian. InsyaAllah mujarab.

    Petua Musnahkan Anai-Anai

    Makhluk perosak seperti anai-anai amat ditakuti krn jika dibiarkan ia bukan sahaja merosakkan tanaman, malah rumha juga akan ranap. Cara mudah mengatasi masalah anai-anai ialah dgn menggunakan air sabun. Buatkan sedikit air sabun di dalam baldi, kemudian jirus pada anai-anai tadi. Lakukan 3 kali seminggu. InsyaAllah, kesemua anai-anai akan mati. Selamat mencuba!

    Petua Tradisi Mengharumkan Air Mani Isteri

    Bahan:-

    - seketul gula batu
    - limau nipis saiz biasa 1 biji
    - air suam setinggi seruas jari (disukat dlm gelas biasa)

    Cara penyediaannya:-

    - tumbuk gula batu hingga lumat
    - masukkan kedalam gelas air suam
    - perah limau nipis ke dalam gelas ramuan tadi
    - kacau hingga sebati
    - selawat 3 x sambil niat moga ramuan ini menjadi ubat yg mujarab dengan izin Yang Maha Esa
    - minum hingga abis

    Ianya boleh diminum sama ada pagi atau malam ikut kesesuaian.

    Petua ini juga boleh melangsingkan badan isteri .

    Selamat Mencuba!

    Tips mengelak kerosakan rambut

    1. Jangan terlalu kerap mewarna rambut.
    2. Pastikan pewarna tidak mengenai akar rambut kerana ia boleh merosakkan keadaan rambut sedia lemah.
    3. Dapatkan nasihat pakar sebelum mewarna rambut.
    4. Membaca arahan ditetapkan sebelum mewarna jika ingin melakukannya di rumah.
    5. Jika ingin mewarnakan rambut di rumah, pastikan anda membaca arahannya terlebih dulu. Jika perlu dapatkan bantuan rakan, bagaimanapun mewarnakannya di salun lebih selamat.


    Langkah rawat rambut berwarna


    1. Kenal pasti jenis masalah rambut.
    2. Cuci rambut menggunakan syampu khas bagi rambut berwarna.
    3. Urut kepala bagi melancarkan aliran darah di kepala.
    4. Cuci rambut sehingga bersih bagi memastikan tidak ada sabun tertinggal di kepala yang akan menyebabkan kelemumur.
    5. Ratakan ubat khas membuang kimia di seluruh kepala dengan berhati-hati.
    6. Bungkus kepala dengan plastik supaya ubat itu menyerap dengan baik pada rambut.
    7. Cuci rambut sehingga bersih.
    8. Letak dan ratakan serum di seluruh rambut bagi memperbaiki struktur rambut.


    Faktor rambut gugur


    Genetik atau keturunan.


    Umur.


    Perubahan hormon dalam badan, terutama selepas bersalin.


    Alahan terhadap ubat-ubatan.


    Serangan kulat dan bakteria.


    Tekanan emosi dan diet mengejut dengan mengetepikan makanan berprotein, karbohidrat dan vitamin.


    Gangguan kesihatan seperti demam panas yang mengiringi penyakit lain iaitu radang paru-paru misalnya, boleh menyebabkan rambut gugur, manakala hipertirodisme menyebabkan rambut beransur-ansur nipis.


    Kesan sampingan rawatan perubatan iaitu kemoterapi bagi barah.


    Pengambilan vitamin A berlebihan.


    Ubat mengandungi kokain dan steroid anabolik boleh menyebabkan rambut nipis atau gugur.


    Faktor persekitaran iaitu amalan mewarna, mencelup, melurus atau mengeriting rambut menggunakan cara yang kasar, salah serta terlalu berlebihan merosakkan rambut dan menyebabkannya gugur.


    Penjagaan harian

    Bagaimana merawat atau menjaga rambut setiap hari, membantu mengekalkan warna, selain rambut tampak lebih sihat:


    Guna syampu khas untuk rambut berwarna.


    Jangan lupa guna pelembap sesuai ira rambut.


    Guna barangan mesra rambut yang berpelembap untuk mendapatkan gaya pilihan.

    Tips Solekan Mata Kucing

    PERHATIKAN solekan mata selebriti Hollywood seperti Angelina Jolie, Kate Moss atau Amy Winehouse ketika ini. Kelihatan seperti berada di zaman Firaun dan fesyen itu digelar solekan mata kucing.


    Tampak versatil dan penuh gaya apabila dipadukan dengan busana retro atau palitan gincu bibir tona merah menyala. Ia juga mampu menyerlahkan kesederhanaan pada gadis muda yang tidak mahu kelihatan matang sebelum waktu.


    Tapi bagaimana ingin mendapatkan wajah dengan solekan mata kucing? Bagi wanita dan anak gadis yang tidak mahu ketinggalan dalam arus fesyen terkini, di sini disediakan panduan untuk anda ikuti.


    1. Sapukan seluruh kelopak mata dengan pembayang mata neutral.


    2. Sapukan warna coklat pada bahagian bawah tulang kening bagi menyerlahkan bentuk kelopak mata.


    3. Lukis garisan sederhana tebal pada bahagian atas kelopak mata menggunakan pensil mata dari gerakan dari dalam membawa ke hujung mata. Pada bahagian hujung mata, lorek sedikit lekukan ke atas membentuk seperti segi tiga pada hujungnya.


    4. Kemaskan lorekan dan tambah garisan menggunakan warna yang sama pada bahagian bawah mata. Pastikan palitan pensil mata pada bahagian atas dan bawah bersambung di penghujungnya bagi memastikan ia kelihatan kemas.


    5. Akhiri dengan sapuan maskara jika ingin mata bundar anda kelihatan lebih galak.


    Cuba lukis garisan pada mata berulang kali bagi memastikan anda benar-benar mahir mengawal pensil mata. Latihan yang dibuat juga membolehkan hasil lorekan mata kucing kelihatan kemas. Pilihan warna bergantung pada anda sama ada biru gelap, coklat atau hitam. Atau jika anda inginkan kesan tampak dramatik sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri, boleh gunakan pensil warna metalik yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna memukau. Selamat mencuba.

    Teknik Bersolek

    Bersolek bermaksud mendandan diri dengan kemas agar kelihatan ceria dan tampil menawan. Ada yang menggunakan alat mekap yang ringkas, malah ada juga yang menggunakan pelbagai warna dan jenama mahal yang sesuai dengan kulit dan warna muka.


    Bersolek bukan sekadar menepek alat mekap pada wajah tetapi dengan pemilihan warna yang betul, anda bukan saja kelihatan cantik tetapi secara tidak langsung anda juga yakin dengan penampilan diri.


    Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.


    Nancy Tan, dari Nu Skin berkata, solekan bermula dengan membasuh wajah sebelum menyegar dan melembab. Kemudian bedak asas disapukan mengikut kesesuaian kulit si pemakai.


    “Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan,” katanya.


    Memakai bedak asas juga kata Nancy memerlukan berus atau span yang sesuai bukan menempeknya dengan tangan.


    “Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering,” jelasnya.


    Tambah Nancy, dalam bersolek jangan sesekali menggunakan jari sama ada mencampurkan warna atau mengambil warna dari bekasnya kerana ia akan tidak akan membantu mencantikkan wajah.


    Teknik Bersolek

    Langkah satu:

    Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (walau sebenarnya dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu.

    Kata Nancy, mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.

    Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.


    Langkah dua:

    Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata.

    Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.

    “Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul,” katanya.


    Langkah tiga:

    Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis ‘shimmer’.

    “Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang,”katanya.


    Langkah empat:

    Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.

    Secara teorinya kata Nancy, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.


    Apa patut tahu

    Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak

    Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah

    Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai

    Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.

    Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.

    Petua Menjaga Kuku.

    1. Amalkan penjagaan kuku yang rapi dengan kerap membasuh, mengering dan melembapkan kuku tangan serta kaki dengan krim rawatan dan losen.

    2. Kerap mengurut bahagian kutikel supaya kuku tangan tumbuh dengan baik, tidak mudah rapuh dan patah serta sentiasa kuat. Kuku kaki pula perlu disental untuk membuang kulit keras.

    3. Jangan memotong kuku terlalu pendek atau mengorek cekam.

    4. Elakkan tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku.

    5. Sesekali belanjakan wang dan masa untuk melakukan rawatan spa agar kuku sentiasa sihat dan kuat.

    6. Bagi wanita Muslim yang tidak mewarnakan kuku, boleh mengilatkan saja kuku untuk lebih menawan.

    12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

    Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kpd pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

    1) Berani berinisiatif

    Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.

    Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

    2) Menghias Diri

    Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

    3) Rapikan Kamar Tidur

    Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami utk bercinta dgn anda.

    4) Bersifat Aktif

    Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..

    Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

    5) Penuhi Kehendaknya

    Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

    6) Tidak Statik

    Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.

    7) Bersikap Sopan

    Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami utk bercinta.

    8) Tidak Mengungkit Kelemahannya

    Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

    9) Tidak Mengeluh
    Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

    10)Jangan Banyak Berbual
    Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.

    11) Bersifat Terbuka
    Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta, katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah semangat suami dlm bercinta.

    12) Beri Pujian

    Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

    Selamat mencuba

    Tips Elak Suami Atau Isteri Curang

    Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.


    1) Selalu Berpenampilan Menarik


    Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

    Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.


    2) Kehidupan Seks Yang Sihat


    Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.


    3) Persamaan


    Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.


    4) Waspada


    Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.


    5) Waktu Hanya Berdua


    Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.


    6) Mencari Kaunselor


    Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
    Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

    7) Menghargai Pasangan

    Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.


    8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan


    Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

    7 Langkah Cegah bau kaki


    Hari nie saya nak bagipetua sikit bagaimana untuk cegah bau kaki..ye lah kalau dibiarkan ia boleh mengganggu penampilan kan?


    1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh

    2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut

    3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.

    4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.

    5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.

    6. Pilih kasut jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut

    7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur

    Friday, November 21, 2008

    Ribut Petir

    Ribut petir adalah sistem ribut yang hadir bersama kilat dan petir yang dihasilkan awan kumulonimbus,selain hujan atau hujan batu.

    Ribut Petir adalah ribut yg paling lazim berlaku di dunia. Menurut Encyclopedia Britannica,purata tenaga yg dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt/jam,bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton.Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat.

    Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja dengan kawasan kutub sebagai kawasan paling kurang mengalami ribut petir dan kawasan beriklim khatulistiwa sebagai kawasan kerap mengalami ribut petir.



    Thursday, November 20, 2008

    Susu Lembu

    Di dalam sebuah kelas,seorang guru bertanya,

    "Apakah cara yang paling baik untuk mengelakkan susu lembu daripada masam dan tahan lama ?,"

    Berdiri seorang murid dengan penuh keyakinan menjawab soalan gurunya tadi

    "Mudah jer cikgu, Biarkan susu itu berada di dalam perut lembu."

    Perang Dunia Ke-3

    Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada pelayan “Bukankah itu Bush dan Powell?”.

    Pelayan itu menjawab “Iya, itu memang mereka.”

    Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
    “Hello, apa yang sedang kamu berdua bincangkan?”

    Bush menjawab, “Kami sedang merancang perang dunia ke-3.”

    Jawab lelaki, “Perang dunia ke-3? Apa yang akan terjadi?”

    Bush menjawab, “Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal”

    Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut
    “Penjual Basikal?”

    Bush menoleh ke arah Powell dan berkata,
    “Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang ISLAM tu kan?”

    Belajar Bersama Mamat

    Dalam kelas matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

    “Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?”

    Adik Mat angkat tangan dan jawab, “Kosong cikgu”.

    “Kenapa kosong Mat?” tanya cikgu.

    “Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu.”

    “Hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2..

    Tapi cikgu suka cara kamu berfikir.. kreatif ..tambah cikgu tu lagi

    Ketika waktu rehat, cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya..

    “Cikgu.. ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?”..

    Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, “Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot..”

    “Salah cikgu.. yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin… Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir”.. kreatif..

    hehehe… Mat Mat

    You Are Not Alone -Micheal Jackson