Tuesday, November 25, 2008

Tips Keselamatan Untuk Perjalanan Jauh

Periksa dan servis kenderaan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Periksa komponen enjin seperti minyak enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek, minyak brek dan brek tangan serta penggilap cermin


* Rancang perjalanan anda. Kenal pasti laluan yang bakal dilalui serta lokasi untuk anda berehat ketika perjalanan itu


* Pastikan rehat yang cukup sebelum memandu jauh. Elakkan memandu ketika lewat malam atau awal pagi yang sebenarnya waktu tidur dan rehat bagi tubuh badan.


Memandu selepas makan terlalu banyak atau bekerja untuk tempoh yang panjang akan menyebabkan anda kepenatan dan keletihan yang seterusnya akan mengganggu tumpuan pemanduan


* Elak minum minuman keras atau ubat yang menyebabkan rasa mengantuk atau mengganggu tumpuan memandu. Hindari daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula terlalu tinggi kerana ia mudah menyebabkan letih dan mengantuk


* Elak perasaan negatif seperti rasa marah sebelum memandu. Kemarahan akan menyebabkan anda tidak menghiraukan peraturan lalu lintas hingga memandu melebihi had laju dan memandu secara berbahaya


* Sebelum mula memandu, pastikan tempat duduk pemandu berada dalam kedudukan yang memberikan anda penglihatan yang maksimum


* Simpan sebuah kotak ubat dalam kenderaan serta alat pemadam kebakaran kecil sebagai langkah berjaga-jaga sama ada untuk kenderaan sendiri serta boleh membantu orang lain ketika diperlukan


* Sentiasa bawa bersama minyak enjin dan air dalam tong simpanan.

No comments:

You Are Not Alone -Micheal Jackson