Thursday, November 20, 2008

Susu Lembu

Di dalam sebuah kelas,seorang guru bertanya,

"Apakah cara yang paling baik untuk mengelakkan susu lembu daripada masam dan tahan lama ?,"

Berdiri seorang murid dengan penuh keyakinan menjawab soalan gurunya tadi

"Mudah jer cikgu, Biarkan susu itu berada di dalam perut lembu."

Perang Dunia Ke-3

Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada pelayan “Bukankah itu Bush dan Powell?”.

Pelayan itu menjawab “Iya, itu memang mereka.”

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
“Hello, apa yang sedang kamu berdua bincangkan?”

Bush menjawab, “Kami sedang merancang perang dunia ke-3.”

Jawab lelaki, “Perang dunia ke-3? Apa yang akan terjadi?”

Bush menjawab, “Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal”

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut
“Penjual Basikal?”

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata,
“Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang ISLAM tu kan?”

Belajar Bersama Mamat

Dalam kelas matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

“Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?”

Adik Mat angkat tangan dan jawab, “Kosong cikgu”.

“Kenapa kosong Mat?” tanya cikgu.

“Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu.”

“Hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2..

Tapi cikgu suka cara kamu berfikir.. kreatif ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya..

“Cikgu.. ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?”..

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, “Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot..”

“Salah cikgu.. yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin… Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir”.. kreatif..

hehehe… Mat Mat

Penawar Kasih

” Dia hanyalah anak angkat adik Mak Long. Itulah istilah yang lebih lembut daripada anak pungut. Adik Mak Long tak pernah anggap dia anak pungut sebab adik Mak Long memang mahukan dia. Cuma emak kandungnya tak mahu beri dia pada adik Mak Long sekiranya tak diberi duit…”

Aku mengetap bibir. Ada simpati yang bertandang jauh di sudut hatiku.

” Mak dia cuma nak duit sebanyak RM500…” tambah Mak Longku lagi. Melongo aku memandang Mak Long. Meminta kepastian akan kebenaran itu. Takkan sekecil itu nilainya seorang bayi?

” Betul… Cuma RM500! Sebab dah terlalu kepingin nakkan anak, adik Mak Long tu ikut saja. Tapi di mata adik Mak Long tu, nilainya terlalu tinggi. Hampir 20 tahun, adik Mak Long bela dia. Tapi umur adik Mak Long tu tak panjang. Dan tak sampai sebulan adik Mak Long meninggal, suaminya nak kahwin baru.

Dia tak lagi dipedulikan. Dan dia juga tak mahu mak baru. Kebetulan, dia memang rapat dengan Mak Long. Sebab tu, mak Long bela dia sekarang ni. Lagipun, dia dah kerja. Dia cuma mahukan kasih sayang Mak Long. Itu saja…”

Bicaraku mati. Dan pandanganku lama singgah pada seraut wajah milik Idzrul Nadwan yang sedang bermain game yang terdapat dalam Nokia 3230 miliknya. Cerita ibu saudaraku tadi benar-benar melahirkan simpati dalam hatiku.

Tidak aku menyangka seraut wajah ceria yang menyambut kepulanganku lewat petang itu rupanya menyimpan seribu satu cerita duka. Tidak aku sedari kerana aku sendiri tidak pernah bertingkah bicara dengannya. Hanya senyuman yang menjadi penghubung antara kami bila saja pandangan kami bertaut.

Padanlah pandai benar dia membawa dirinya. Mungkin dia sedar akan siapa dirinya. Makannya tidak pernah berkira. Apa sahaja yang terhidang, itulah yang akan dijadikan pengalas perutnya.

Begitu juga tidurnya. Tiada rungutan bila sahaja bilik yang sebelum itu diduduki olehnya diambil alih olehku. Senang sahaja matanya terlelap walau sekadar berlapikkan sehelai tilam nipis dan sebiji bantal kabu juga sehelai selimut nipis di ruang tamu rumah kampung itu.

Teko berisi teh aku bawakan ke ruang makan. Lantas, aku menyusun beberapa cawan ke dalam dulang lalu menuangkan teh O panas itu ke dalamnya. Sedang aku leka dengan kerjaku, Idzrul Nadwan menghampiriku. Beg plastik merah berisi bungkusan nasi lemak diletakkan di atas meja.

Selepas itu, dia melangkah ke kabinet berisi pinggan lalu mencapai beberapa biji pinggan dan juga sudu. ” Abang Wan beli apa?” soal Nazmir, anak bongsu Mak Long sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Idzrul Nadwan.

” Hari ni, abang Wan beli nasi lemak sambal sotong. Alah, favourite Amir tu,” ujarnya sambil membuka bungkusan nasi lemak lalu diberikan pada Nazmir. Hah! Nasi lemak sambal sotong! Alamak… mati aku. Mau bengkak satu badan ni.

” Kenapa wak?” soalnya padaku pula. Ni first time dia tegur aku. ” Takde apa-apalah. Saya okay jer…” balasku menutup kelemahan diri. Ahh… lantaklah. Apa nak jadi, jadilah! Pantas aku mencapai bungkusan nasi lemak itu.

” Ehh… awak! Kan awak elergi sotong. Jangan la makan sambal sotong ni. Ni hah… saya dah belikan nasi lemak sambal ayam. Makan yang ni…” balasnya sambil menyerahkan bungkusan nasi lemak sambal ayam itu padaku. Eh… mana dia tahu aku ni elergi sotong. Apa dah dicop kat dahi aku ke?

” Mak Long bagi tahu ek?” serkapku pula. Dia tersenyum. ” Buat penat jer kalau kak Leeya dok fikir hal tu. Abang Wan ni istimewa sikit. Dia boleh tahu apa yang boleh and tak boleh pada seseorang tu,” sampuk Nazmir.

Hah! Biar betul?

” Kak Leeya tak percaya ke?”

Aku ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan itu. Bimbang ianya akan menguris luka dalam hatinya. Dan tertanya-tanya juga aku, apakah ini anugerah Allah swt pada insan bernama Idzrul Nadwan? Insan yang nilainya hanyalah RM 500! Ya Allah… indahnya kurniaanMu ini.

Dalam kejutan, aku hadiahkan juga sekuntum senyuman untuknya. ” Leeya nak ikut mak Long tak?” sapa mak Long yang datangnya entah dari mana.

” Ke mana?” soalku pula.

” Rumah Tok Teh kamu. Nak mengurut kakinya yang terseliuh tu…”

” Kalau tak ikut takpe ke?” balasku lambat-lambat.

” Ikut kamu la. Mak Long tak apa-apa. Lagipun, Nazmir dan Nazmirah pun ada kat rumah.”

Aku tersenyum. Bukannya apa, aku cuma keletihan. Tiga hari di Pantai Teluk Cempedak membuatkan aku betul-betul penat. Penat menguruskan perkhemahan anjuran tempat kerjaku. Dan alang-alang dah sampai sini, aku sengaja singgah ke rumah Mak Long. Mahu menghilangkan lelah dan penat kerana cutiku masih berbaki tiga hari.

Pintu rumah kuselak perlahan. Tiada kelibat Idzrul Nadwan. Begitu juga dengan Nazmir dan Nazmirah. Pak Long dan mak Long pun tiada. Pantas, aku membawa pucuk paku yang kukutip berhampiran sungai ke dapur.

Membersihkannya dan seterusnya memotongnya untuk dibuat pucuk paku goreng belacan. Yang lainnya sudah tersedia. Masak lemak cili api dan juga ikan masak singgang untuk Nazmir.

Usai memasak, aku segera mengemas dapur. Namun, irama lagu My Heart dari telefon Nokia 3230 milikku membuatkan kakiku laju melangkah untuk mendapatkannya. Apa tidaknya… buah hatiku di hujung talian.

Sedang berbual di hujung talian, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku segera minta diri dan memutuskan talian sebelum cepat-cepat membuka pintu. Namun, langkahku mati bila sahaja terpandang empat orang lelaki berkopiah putih. Bulat mataku bila saja terpandang kelibat Idzrul Nadwan di belakang mereka. Yang pasti reaksinya sepertiku jugak. Alamak! Bala apakah ini?

Desiran bayu laut menampar lembut pipiku. Mataku pula menyongsong ke arah laut. Sesaujana mata memandang. Dan pandanganku tertancap pada kelibat camar putih yang terbang sebebasnya. Serentak itu, mutiara jernih menitis perlahan di pipi gebu. Ya Allah, beratnya dugaanMu untuk kutempuh! Mataku terpejam rapat. Cuba menghentikan titis-titis hangat itu. Namun aku gagal. Yang ada dalam bayangan hanyalah wajah bengis ibu dan ayahku dan juga wajah sayu Mak Long.

” Sampai hati Leeya buat ibu dan ayah macam nie… Ibu percaya Leeya. Tapi Leeya dah musnahkan kepercayaan ibu. Ibu takkan percayakan Leeya lagi! Leeya dah lukakan hati ibu…”

Bait demi bait terdengar jelas di telingaku. Sungguh, peristiwa dua hari lepas masih menghantuiku. Dan hari ini aku di sini. Membawa sekeping hatiku yang luka. Sudahlah aku ditangkap dengan tuduhan berkhalwat. Kini, Azmir pula pergi meninggalkan aku. Arrggghh.. kenapa semua orang tak nak percayakan aku dan Nadwan. Sungguh! Kami tak buat apa-apa!

Masih jelas di mataku pandangan suram Nadwan ke arahku seusai saja kami dinikahi malam itu juga. Dan malam itu juga menjadi malam terakhir aku melihatnya bila aku bertindak membawa diri. Tak siapa tahu aku di sini baik Nadwan yang jelas telah menjadi suamiku sendiri. Cuma harapku agar dia mengerti tindakan aku ini. Aku perlukan masa untuk semua ini. Moga aku masih dalam redha seorang suami.

Namun, tepukan di bahuku mengejutkan aku. Pantas aku berpaling. Idzrul Nadwan! Benarkah dia?

” Kenapa muka Leeya macam tu? Terkejut tengok abang kat sini?” tegurnya perlahan. Mimik mukanya selamba saja. Aku mengangguk. ” Errrm… boleh abang duduk sini?” pintanya lagi.

Aku memandang ruang kosong disebelahku. Dia suamiku dan dia ada hak untuk duduk di situ sekalipun tanpa keizinanku. ” Duduklah… nie kan tempat awam.”

” Memang tempat awam… tapi abang risau jugak. Maklumlah, yang kat sebelah abang nie perempuan. Manalah tahu kot-kot tak sudi ke… kang ada jugak mengamuk sebab pasal abang, buah hatinya lari,” ujarnya dengan riak serupa. Apa maksud kata-katanya itu?

” Dah memang lari pun…” Entah dari mana kekuatan… lancar sahaja ayat itu kuatur. Riak wajahnya berubah. Dan aku pula kelu! Kesal dengan kelancangn mulutku. Aku tak patut berkata begitu.

” Maaf…”

” Bukan salah Leeya. Salah abang!”

Aku makin tak mengerti. Lantas wajahnya kupandang. Mengharap penjelasan yang pasti.

” Abang tahu Leeya ada kat rumah waktu tue… Cuma abang tak jangka yang dia akan buat abang macam nieh…”

Belum sempat dia menyudahkan bicara, amarahku kembali. ” Dah tahu kenapa balik? Kenapa libatkan Leeya dalam hal nie?” marahku.

” Maaf… Kalau pada Leeya, ini adalah pemusnah kebahagiaan Leeya. Tapi pada abang… inilah permulaan kebahagiaan abang…”

Aku makin tak mengerti. Apa pulak yang dia mengarut nie…

” I love you since first time I see you!”

” Wan!”

” Abang tahu cara abang salah. Tapi satu jer yang abang nak Leeya tahu. Abang dah jelaskan segalanya pada ibu dan ayah. Mak long dan Pak Long jugak. Dan mereka dah terima penjelasan abang. Sebab tu abang ke sini… tengok Leeya dan kalau boleh abang nak bawak Leeya balik dengan abang. Tapi abang tak boleh paksa… terpulang pada Leeya. Take your time! Abang tahu susah untuk Leeya terima… Abang akan balik pagi esok. Check out pukul 9. Kalau Leeya rasa Leeya dah maafkan abang… Leeya tunggu abang kat lobi esok pagi. Maaf sebab abang ganggu Leeya. Abang balik dulu…”

Dari jauh aku memandang susuk tubuh lelaki itu dari jauh. Lantas aku larikan pandangan pada jam di tanganku. 10.10 pagi. Melihat dia masih di situ, aku semakin yakin dengan hatiku. Ya Allah, permudahkanlah jalanku.

” Assalamualaikum…”

Pandangannya jatuh ke wajahku lantas dia tersenyum. ” Waalaikumsalam…”

” Kata check out jam 9… buat ape lagi kat sini?” tanyaku.

” Abang tahu Leeya tak akan biarkan abang balik seorang. Betul tak?”

Aku mula tak tentu arah.

” So… nak balik ke tak nie?” tanyaku kalut. Tanpa sedar aku telah tersilap bicara. Dan aku nampak segaris senyuman di bibirnya.

” Mestilah nak! Beg mana?” ujarnya dengan tawa. Aku ketap bibir. Geram dengan perlakuannya. Sengaja mahu mengundang merah di wajahku.

” Beg? Takde…” jawabku pendek.

” Marahkan abang… lari sehelai sepinggang jer ek…”

Aku tersipu malu. Pantas, dia mencapai tanganku lantas mengatur langkah menuju ke kereta. Dan aku pasti, langkahku kini membawa bahagia.

10 Resepi Cinta

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.


2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.


3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.


4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.


5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.


7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang , kenapa kamu menunggu?


8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.


9. Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..


10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.


Cinta Sejati Langit Dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..


Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.


Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.


Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

Cikgu Berlagak

Sekumpulan pelajar sedang berlatih bola sepak di padang sekolah di bawah pengawasan cikgu sukan yang baru menerima ijazahnya.

Murid : Cikgu, hujan dah turun.Tapi hujan renyai-renyai saja.Kami "continue" jelah cikgu ye. Dengan nada berlagak cikgu itu marah pelajarnya.
Cikgu: Apa nak "continue" sambung jelah.Bukannya hujan lebat pun.Kamu semua ni mengadalah.
Murid : La betul la, "continue" tu sambung dalam Bahasa Melayu.
Cikgu : Opps..iyelah saya lupa.Dalam nada perli murid tersebut berkata :
Murid : baiklah kami "sambung" tak "continue" ok,cikgu.
Cikgu : ???

Berus Gigi

Alkisah macam ni,Pada suatu pagi yang indah,seorang ayah memanggil anaknya,Si ayah tu tanya kat anak dia;

Ayah: Kalau Man marah kat ayah,Man buat apa?
Anak: Man akan cuci jamban.
Ayah: Kanapa pula Man cuci jamban?
Man : Sebab Man cuci jamban pakai berus gigi ayah yang dah hampir 5 tahun ayah guna..

Alat kelamin

Uda dan Dara telah berkenalan hampir 15 tahun dan bakal melansungkan perkahwinan minggu depan.Satu malam mereka bersembang hampir enam jam melalui telefon

Uda : Dara, aku mahu membuat satu pengakuan
Dara : Apa dia Uda, cakaplah.Aku sedia mendengar.
Uda : Tapi aku malu.Takut kau tak dapat menerima diriku lagi.
Dara : Aku berjanji akan menerinamu tak kira apa.
Uda : Baiklah,alat kelaminku bermasalah
Dara : Apa???
Uda : Ya! Masalah dia aku nak terkencing sangat dah ni.Enam jam dah tahan

Telefon

Dua org sahabat sedang bersembang di tepi jalan,salah seorang daripada mereka bernama Ali bertanya kepada kawannya nombor telefon rakannya yang lain bernama Amat.

Ali : Abu kau tau tak nombor telefon si Amat
Abu : Apalah bangang sangat kau ni,kau telefon lah dia tanya nombor telefonnya.Lepas tu kau telefonlah dia
Ali : Susah bercakap dengan orang yang tak cukup sekolah.

Asma : Asas Sainstifik

Sistem pernafasan manusia membekalkan oksigen ke seluruh badan.Ia juga laluan untuk mengeluarkan gas karbon dioksida yang tidak diperlukan

Sistem Respirasi manusia terdiri daripada :

a) Hidung-pintu masuk udara persekitaran yg mengandungi oksigen dan juga pintu keluar bagi karbon dioksida

b) Saluran udara-laluan sebelum udara memasuki peparu dan selepas udara dilepaskan dari peparu.Saluran ini mengandungi banyak cabang yang dikenali sebagai bronkus dan bronkiol (bronkus yg lebih kecil)

c) Paru-paru-Berlaku pertukaran antara oksigen yg disedut dengan karbon dioksida dari dalam darah

Mereka yg menghidap asma memiliki saluran udara yg sangat sensitif dan mudah terdedah kepada pencetus asma tertentu,semasa serangan asma berlaku, saluran udara mengalami beberapa perubahan ,termasuklah :
-Bronkoplasma (otot licin dari dinding bronkus mengalami kekejangan/plasma)
-Penghasilan mukus yg berlebihan
-Keradangan atau inflamasi.Proses ini memburukkan lagi penyempitan saluran udara.

Perubahan ini mengurangkan pengaliran udara dan menghasil bunyi ronkus.Penghidap asma akan terasa seperti tercekik .Mereka termengah-mengah untuk menyedut udara,tetapi apabila udara telah masuki ke paru-paru,udara ini akan terperangkap disebalik mukus dan amat sukar untuk dihembus keluar. Serangan asma boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam bergantung kepada keterukan penyakit yang dihidapi.

PENYEBAB

Asma alahan disebabkan :

- alergen (pencetus alergi).Biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas.Saluran udara yg begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem pernafasan melalui hidung.

- Debunga,kulat dan hama adalah antara elergen yang selalu hadir di udara.Kadangkala seseorang yang alah atau elergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.

-Untuk Asma bukan alahan,pencetusnya tidak ada kaitan dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen.Contoh 2 pencetus bukan alergen ialah :

a) Agen bawaan udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap (wap dan asap).Agen atau bahan yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan diluar rumah .Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan.Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.

b)Jangkitan pada sistem pernafasan-terutamanya demam dan selesema.Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut.

Virus Trojan Curi Maklumat Akaun Bank

Sejenis Virus Didakwa mencuri lebih 500,000 maklumat akaun bank secara dalam talian termasuk kad kredit dan debit dalam kes jenayah yang disifatkan sebagai antara jenayah paling canggih yang pernah dicipta


Virus trojan jenis Sinowal itu berjaya dijejaki oleh Bahagian Keselamatan Perbandanan EMC (RSA) yang seelum ini membantu menyelamatkan sistem rangkaian 500 syarikat yang termasuk dalam senarai majalah Fortune.


Kesan Virus tersebut akan merebak ke seluruh dunia kepada lebih 2000 nama domain.Ia merupakan insiden serius bagi skala yg muudah dilihat dan kita akan melihat peningkatan jumlah virus Trojan dan juga kepelbagaian variannya terutamanya di Kanada dan Amerika Syarikat(AS).


Makmal Kajian Tindakan Penipuan RSA mendakanvirus tersebut yang pertama kali dikesan ialah Windows Sinowal Trojan,pada Februari 2006.


Sejak itu,lebih 270,000 maklumat dalam akaun bank dan 240,000 maklumat kad kredit dan debit telah dicuri daripada institusi kewangan dalam negara termasuk di AS,Britain,Australia,dan Poland.

Komunikasi Rumah Tangga

RUMAH tangga yang bahagia dan ceria sering dikaitkan dengan keupayaan pasangan dalam berkomunikasi.


Ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.


Bukanlah menghairankan antara isu yang timbul akibat kurang komunikasi termasuklah kecurangan, pergaduhan, saling tidak mempercayai dan salah sangka.


Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri. Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.


Dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati. Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia.


Allah berfirman yang bermaksud: 'Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat' - Surah as-Syuara' :214. Dalam kehidupan manusia, ada dua cara untuk berkomunikasi sama ada secara lisan atau melalui isyarat bukan lisan.


Pepatah Melayu menyebut Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dalam hal ini, kita boleh fahami bahawa kata-kata amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan, tambahan pula kesannya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Jadi, kita harus berhati-hati dalam setiap perkataan yang kita ungkapkan apatah lagi interaksi antara suami isteri.


Dalam setiap masa dan ketika sebelum mengeluarkan sebarang perkataan, kita mestilah berfikir dahulu sama ada kata-kata itu boleh merosakkan hubungan. Apakah kata-kata yang kita ungkapkan sebagai sesuatu yang berguna, membina atau boleh mengeruhkan hubungan?


Dalam agama Islam, ucapan salam seharusnya dijadikan satu kebiasaan. Membudaya salam dalam kehidupan seharian boleh mengukuh hubungan kasih sayang. Rasulullah menegaskan: 'Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak beriman sehinggalah kamu saling cinta mencintai. Mahukah kamu, kalau aku khabarkan satu perkara yang jika kamu melakukannya kamu akan saling cinta-mencintai? Maka sebarkanlah ucapan salam sesama kamu' - Hadis riwayat Muslim.


Amalan salam boleh dilakukan ketika sampai ke rumah atau sebelum memasuki rumah. Daripada Anas, katanya: 'Rasulullah telah bersabda: Apabila kamu hendak memasuki rumah mu, ucapkanlah salam supaya kamu dan ahli rumah mu mendapat keberkatan' - Hadis riwayat al-Tarmizi.


Apakah amalan yang baik untuk mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga? Amalan makan bersama ahli keluarga dengan memulakan doa adalah satu amalan berjemaah. Apabila mahu meninggalkan ahli keluarga untuk keluar rumah, kita boleh biasakan dengan ucapan selamat tinggal. Bertambah erat pula jika isteri atau suami dan anak mengiringi sehingga ke muka pintu. Begitu juga sambutan dengan senyuman ketika kembali ke rumah.


Bermasam muka dan tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga merupakan saat yang pahit dan membosankan. Islam melarang kita sesama Muslim memutuskan hubungan. Sabda Rasulullah s.a.w: 'Tidak halal bagi seseorang Muslim itu tidak menyapa (menegur) saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya bertemu yang seorang memalingkan mukanya ke sini dan seorang memalingkan mukanya ke sana. Orang yang lebih baik di antara keduanya ialah yang memulai memberi salam' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Marah bila ditegur?


Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Teguran dan kritikan boleh menyebabkan hati berasa sakit. Apa yang penting, suami isteri mestilah sentiasa berfikiran terbuka dan rasional. Kesilapan kecil dan remeh temeh mudah kita maafkan.


Sementara itu, kesilapan besar perlu dibetulkan dari semasa ke semasa. Teguran untuk mendidik dan mencernakan rasa sayang boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan penuh hikmah yang sesuai dengan masa dan ketika. Teguran boleh dianggap sebagai kata perangsang dan dorongan.


Keharmonian hidup dalam sebuah rumah tangga bahagia amat bergantung pada sejauh manakah tahap kelancaran komunikasi yang berlaku dari semasa ke semasa.

Awas Cinta Ke-2

SETIAP insan mempunyai penghayatan berbeza tentang maksud cinta kali kedua. Tetapi ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk mengenali cinta yang datang lagi itu. Hakikatnya, cinta kedua boleh memberi ruang kepada anda untuk mengenali seseorang yang ingin dicintai lagi dengan lebih teliti.


Saat putus cinta dahulu memanglah perit untuk ditelan terutama dalam menempuh cabaran untuk memulihkan hati yang terluka. Kala itu, hati berderai bak ombak menghempas pantai, sehingga tak terdaya melawan arus lautan yang ganas.


Ketika luka lama masih terasa pedih, ada insan lain cuba mencuri perhatian kamu untuk kali yang kedua, walaupun pada hakikatnya kamu belum bersedia menerima cinta baru di dalam hidup kamu.


Ikuti peraturan penting yang perlu dipatuhi saat kamu ingin bercinta lagi, agar diri kamu tidak teraniaya di dalam kancah percintaan. Jangan pula menyalahkan diri sendiri sekiranya kamu menerima cinta baru, walaupun dia lebih baik berbanding bekas kekasih yang dianggap hipokrit.


Dalam menjalin hubungan cinta kedua, jangan sesekali menyamakan dia dengan bekas kekasih yang telah memusnahkan kepercayaan kamu. Ingat, walaupun kamu tergila-gilakan teman baru, jangan terburu-buru menyerahkan seluruh hatimu kepadanya.


Oleh itu, sebelum menjalin hubungan baru, perhatikan beberapa kategori lelaki yang layak bertakhta di hatimu. Sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat kamu untuk menyintainya dan berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Berikut, perkara yang perlu kamu beri perhatian sebelum menerima cinta baru.


1. Teman hidup baru

* Cara mengenalinya:
Belum apa-apa lagi, dia sudah menceritakan tentang sikap curang kekasihnya dahulu dengan lelaki lain. Dia seolah-olah meminta simpati daripada kamu. Malah, dia mengatakan tidak sabar untuk mendengar cerita mengenai putusnya hubungan kamu dengan bekas kekasih. Sikap ini menunjukkan dia seorang yang pemarah.

* Mengapa dia menggoda:
Kamu berhadapan dengan musuh yang sama iaitu dia menyerupai bekas kekasihmu yang dulu. Dari segi sikap 'panas' si dia, itu akan membuatkan kamu berasa 'bersimpati' terhadapnya.


* Tinggalkan:
Teman baru kamu (yang juga baru putus hubungan) selalunya akan menyalahkan bekas kekasihnya. Dia tidak sesekali memberitahu keburukan dirinya kepada kamu, takut kamu menolak cintanya bulat-bulat. Kebiasaannya, dia adalah orang yang paling bermasalah dalam perhubungan dan belum bersedia untuk menjalin hubungan baru.


2. Sahabat dan bekas kekasih

* Cara mengenalinya:
Dia tidak tertarik mengenai perbicaraan lain kecuali membicarakan hal berkaitan bekas kekasihnya.

* Mengapa dia menggoda:
Sudah jelas terbukti dia inginkan kamu memberi kuasa peralihan atau tumpuan kepada dirinya.

* Hindari:
Tetap menjaga hubungan baik dengan sahabat, tentu tiada salahnya. Tetapi, apabila dia selalu berbicara mengenai bekas kekasihnya, seolah-olah tiada insan yang lebih sempurna berbanding kekasihnya dulu. Ini bererti, dia masih mencintai dan masih ingin kembali kepada kekasihnya yang dahulu. Tinggalkan sahaja dia.


3. Jenis berpengalaman

* Cara mengenalinya:

Dia seorang yang tertutup, memakai sepatu mahal, sentiasa ingin tampil rapi dan selalu menghindari perbincangan bersifat peribadi.

* Mengapa dia menggoda:
Seperti permainan tenis, jika kamu seorang pemain profesional berganding dengan pemain yang tidak pengalaman, kamu akan merasakan seolah-olah berada di peringkat baru hendak belajar. Demikianlah juga halnya dengan lelaki berpengalaman. Ini bermaksud, dia pandai membuatkan kamu berasa nyaman, relaks dan aman.

Neraka Seburuk-Buruk Kediaman

DARI segi bahasa Arab, neraka disebut an-nar manakala dalam istilah ilmu teologi disebut tempat menerima azab sengsara daripada Allah yang diberikan kepada orang yang ingkar perintah-Nya.

Azab yang akan diterima sangat dahsyat. Kepanasan apinya lebih 70 kali ganda kepanasan api terpanas di dunia.


Setiap orang yang dimasukkan ke dalamnya akan menerima azab yang sangat pedih. Mereka tidaklah diringankan daripada seksaan melainkan terhadap Abu Talib.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seringan-ringan azab penduduk neraka ialah Abu Talib, dia dibakar menerusi sepasang seliparnya yang menyebabkan otaknya bergelegak." (Hadis riwayat Muslim)

Sebagaimana syurga mempunyai aneka kelebihan dan keindahan, neraka pula mempunyai beraneka keseksaan.

Dalam satu riwayat yang diceritakan Saidina Umar al-Khattab: "Telah datang Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w bukan pada waktu biasa ia datang, Rasulullah lalu berdiri mendapatkan dan berkata: "Hai Jibril, kenapa saya lihat warnamu berubah?

Jibril menjawab: Aku diperintahkan Allah untuk menerangkan semburan api neraka. Berkata Rasulullah: Terangkanlah kepadaku keadaan neraka dan perihal Jahanam?

Berkata Jibril: "Sesungguhnya Allah memerintah agar api Jahanam dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga warna apinya berubah menjadi merah, lalu diperintahkan menyalakan apinya selama 1,000 tahun lagi, sehingga warna apinya berubah menjadi hitam, hitam yang gelap sehingga tidak bersinar lagi gejolakannya dan tidak padam bakarannya.

"Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau dibukakan Jahanam itu sebesar lubang jarum, akan terbakarlah bumi ini serta segala isinya kerana panasnya.

"Dan, demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika seorang daripada penjaga neraka itu didatangkan ke bumi oleh Allah, akan matilah seluruh manusia di bumi ini kerana keburukan rupa dan kebusukannya.

"Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran jika satu lingkaran dari rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung di dunia ini, akan tembuslah gunung itu sampai ke dasar bumi yang paling bawah.

Maka, berkata Rasulullah s.a.w: Untunglah ya Jibril...jantungku tidak sampai pecah sehingga aku mati mendengar keteranganmu."

Begitulah dahsyatnya tempat yang akan diduduki orang yang derhaka dan kafir. Dalam keadaan mereka dibakar sebagai kayu api neraka, mereka dihidangkan pula air tembaga yang mendidih, air nanah menjijikkan, air besi, air timah yang menggelegak serta pohon zaqum berduri sebagai minuman serta makanan mereka.

Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menceritakan kengerian neraka. Antara ayat al-Quran yang boleh kita rujuk ialah ayat 29 surah al-Kahfi, maksudnya:

"Katakanlah: Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, sesiapa yang beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang kufur, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami sediakan bagi orang zalim itu api neraka yang meliputi mereka dan jika meminta minuman, mereka diberi minum air seperti tembaga cair yang membakar muka, amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang."

Dalam surah al-Waqiah, ayat 51-55, menceritakan: "Kemudian sesungguhnya kamu wahai orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat).

" Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum. Maka kamu akan memenuhi perut kamu daripada pokok (yang pahit buahnya) itu. Selepas itu kamu akan minum pula daripada air panas yang menggelegak. Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas."

Neraka juga mempunyai pelbagai gelaran dan jenisnya, malah ada ahlinya yang tersendiri akan menghuninya.

Menurut al-Quran, neraka itu ada disebut dengan pelbagai nama, seperti Jahanam, Hutamah, Sa'ir, Saqar, Jahim dan Hawiyah.

Contohnya dengan nama al-Hutamah, yang dapat dilihat pada surah al-Humazah, maksudnya: "Kecelakaan besar bagi setiap pencaci, pengeji. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Al-Hutamah.

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia Al-Hutamah itu? (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintah-Nya). Yang naik menjulang ke hati. Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang palang yang melintang panjang."

Antara ahli neraka ialah orang yang mendustai hari kiamat, orang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsu semata-mata, penyembah berhala, orang musyrik (orang mempersekutukan sesuatu selain Allah), orang zalim (suka membuat aniaya kepada orang lain) dan orang derhaka kepada perintah Allah (golongan yang ingkar).

Begitu juga dengan orang makan harta orang lain secara batil seperti mencuri, merampas dan merompak harta orang atau menggunakan taktik tertentu seperti menipu dan sebagainya untuk mendapatkan hak orang. Mereka ini akan diseksa di neraka.

PKLN ATAU PKBN?

Pak Mat suka menyakat budak-budak.Kalau ada cucu2nya tengah gembira bermain, dia mesti kacau.Suatau hari dia menegur cucunya,Hamid yang baru lepas SPM sedang bersiap hendak memancing.

Pak Mat : Pergilah memancing puas-puas.Lepas ni jangan harap la nak bersantai.
Hamid : Kenapa pula
Pak Mat : Yelah.Masuk Khidmat Negara,PLKN tu,kena pakai uniform,berkawad.
Hamid : Tuk pun kena pergi PKBN kan?
Pak Mat : Apa pula tu?
Hamid : Ala..perkuburan.Ada uniform juga.Cuma baring je.

Susu Terapi Minda

Jika anda marah dan berasa jiwa tidak tenang dan sudah puas mencuba pelbagai petua serta menghabiskan ribuan ringgit untuk mengatasinya,mengapa tidak mencuba satu cara murah dan enak ?

Hanya dengan minum susu dapat membantu mengatasi masalah itu.Selain susu, apa sahaja makanan yang kaya dengan kalsium berupaya menenangkan fikiran.Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu marah.Makanan yang mengandungi kalsium bukan jawapan mutlak untuk merdakan kemarahan , tetapi kajian sains membuktikan kalsium mempunyai kesan terhadap sistem saraf manusia, iaitu merehatkan otak.

Sudah terbukti kalsium mempunyai kebolehan menenagkan jiwa .Malah kajian mendapati antara faktor menyebabkan kemarahan ialah kekurangan kalsium.

Perhatikan bayi selepas minum susu,mudah tidur lena.Begitu juga dengan org yang mempunyai masalah tidur,antara petuanya ialah minum susu supaya mudah mengantuk.

Wanita yang sedang haid sering dikatakan mudah cepat marah dan dari segi sains, keadaan ini berlaku kerana ketika itu keperluan kalsium meningkat,tetapi tidak dipenuhi.

Keperluan kalsium amat penting termasuk untuk mengurangkan rasa sakit dan wanita yang hendak bersalin digalakkan minum susu untuk mengurangkan rasa sakit , manakala golongan tua perlu mengambil kalsium yang cukup untuk mengelakkan pereputan tulang.

Pada usia tua, kalsium banyak digunakan untuk tugasan lain menyebabkan kekurangan penyerapan bahan itu menyebabkan tulang menjadi berongga dan keadaan fizikal seperti bongkok boleh berlaku.

You Are Not Alone -Micheal Jackson