Friday, January 1, 2010

KristalKarisma.net

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Penah dengar tak nama kat atas.. mungkin ada yang penah atau pun tak pernah.. saya dengar dah lama sal syarikat ni.. ia merupakan syarikat yang buat duit dengan wang pos.. sekarang ni banyak dah web yang cite sal benda ni tapi yang terawal saya dapat tau ni la dia nama syarikat yang gunakan wang pos untuk tambah pendapatan.

program ni memerlukan kita beli pakej yang desediakan oleh syarikat ni pakej a, b dan c, so setiap pakej ni adalah nilai dia bape kita nak beli wang pos tersebut di samping kena cari kawan2 yang berminat nak join.. setakat hari ni mmg sambutan amat menggalakkan sgt2 sbb sal duit kan sape tak nak join? saya masih dalam kajian nak join ke tak benda ni sbb nak fikirkan mmg cara express dapatkan duit tapi kena cari la ahli bawah kita.. ala cam main kutu..pakej A kena cari sekurangnya 8 orang ahli pastu kena daftar dengan program ni.. so bila dah daftar dia akan tempatkan kita bawah 8 org ni .. kita yang bawah sekali sbb baru join.. pastu gi pejabat pos beli wang pos 8 ( termasuk nak kirim kat syarikat kristal karisma ) masukkan nama ahli2 kita tu, dan bila siap masukkan dalam sampul surat pos laju yang kecil, tak yah tulis nama. kemudian beli sampul surat yang besar sekali dan tulis nama Syarikat Kristal Karisma ni..dan pos semua sekali. so bila dah tiba sana nanti, syarikat tersebut akan pos balik wang pos tadi mengikut nama ahli2 yang dalam kumpulan kita tadi, so dapat balik la duit tu..

nak fikir balik sebenarnya duit tu pusing je.. cuma perlukan ramai ahli supaya dapat lebih banyak duit.. satu malaysia dah join tak kira tua muda miskin kaya.ada yang pangkat nenek pun boleh wat income sampai 100 ribu.. hebat sgt sal penangan duit ni..

Bagi saya kalau nak join tak salah .. sgt digalakkan kerana berani mencuba.. so sesiapa yang nak tau lebih lanjut lagi sila layari www.kristalkarisma.net.

Namun jika di kaji dan di lihat di blog2 atau forum ada juga yang kate sistem ni haram.. dia gunakan istilah "derma". Benda ni plak untuk masyarakat melayu saje, tapi kalau derma nape nak minta balasan.. saya pasti yang join benda ni mesti nak duit. mereka nak balik pusingan wang mereka kalau
cam tu benda ni bukan menderma dengan ikhlas tapi mengharapkan ramai orang join dan mendapat pulangan yang besar.. ape pun terpulanglah pada pendapat sendiri dan yang paling penting mesti berhati-hati agar tidak tertipu.

You Are Not Alone -Micheal Jackson