Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009.. Welcome 2010

Pejam celik dah abih 2009.. terlalu banyak perkara yang berlaku tahun ni.. saya fikir yang fositif je sbb kta wajib bersyukur ke atas ape pun yang terjadi ke atas kita.. kerana hidup ini sangat singkat untuk perkara yang negatif.. tah -tah esok lusa kita di panggil olehNYA.. alhamdulillah.. semakin ramai pengunjung blog saya yang tak seberapa ni.. saya harap lebih ramai lagi yang akan sudi untuk berkunjung ke blog ini.. walaupun jarang saya update kerana sibuk dengan ebay dan affiliate.. alhamdullilah.. semuanya ok dan bertambah baik.

Betul la .. tekanan kerja bagi saya waktu ini amat membebankan.. saya alami.. saya berada dalam situasi ini, dan nekad yang terbaik jika saya tidak lagi di sini adalah menubuhkan business sendiri.. kerja bebas,tiada arahan yang membosankan dari majikan, dan bila2masa saja saya oleh lakukannya..sgt bebas kerana itu hak milik kita..dan buat benda ni side je.. kalau stop kat sini full time la.. hehe Bye ICC Sdn Bhd..kira balas dendam la ni..

Kini baru saya faham adalah amat bernilai dalam kehidupan ini mempunyai aset sendiri.. sape2 yang ada tanah sendiri tolong usahakan dengan baik..memang la peringkat permulaan susah .. tapi lihat hasilnya kemudian nanti anda mampu tersenyum kerana hasil aset anda memberi keuntungan dan pulangan kepada anda..tak kira nak buat cucuk tanam dan penternakan asalkan dia akan bagi pulangan balik.

Nak kerja dengan org? jangan harap la..sampai bila? pertama sekali.. mesti mengalami tekanan .. tak kira dari segi emosi dan pemikiran..kedua dari segi masa keluar pagi balik petang..cuti pun hanya hujung minggu.. ujung minggu sgt sibuk.. nak pegi sini sana, nak kemas umah, walaupun ia remeh ia sgt membebankan.. tension..!! itulah yg dialami.. bukan org lain tapi saya sendiri..

Kini saya dapat rasa pemahaman saya tentang business internet, ia menepati apa yang kita inginkan sebagai manusia, bebas dan tiada tekanan.Utamanya daripada majikan.. kadang2 dia saje nak bebankan kita, macam la kita ni ada masa nak keje bawah dia 24 jam.. cuti umum pun kena keja.. sgt teruk.. dah tu cerewet tak kena itu dan ini, sampai bila nak kena camtu.. dia tak ade hak nak wat camtu.. dan kita sebagai pekerja berhak diberi kebebasan cuti dan menikmati kehidupan..

Akhir sekali hidup ini sangat singkat untuk menderita, bergaduh dan melakukan hal yang remeh dan buang masa. Isi masa dengan perancangan yang teliti dan yang penting "kerja"kan perancangan itu.. dan jangan lupa tingkatkan ibadah anda setiap hari wajib dan sunat, isi masa dengan kerja yang berfaedah .. tawakal dan bersyukur.. ape pun saya sgt bersyukur kerana masih diberi nafas untuk bekerja sampai hari ini dan berpeluang merancang untuk kehidupan yang lebih baik..

Ape pun usaha mesti diteruskan.. mesti usaha dan buat!

You Are Not Alone -Micheal Jackson