Thursday, January 22, 2009

Menjaga Kesihatan Badan

Salam Ceria Semua,

Hari ni saya nak kongsi lagi beberapa petua berkaitan kesihatan kita.. untuk memiliki kehidupan yang baik dan ceria kesihatan haruslah dijaga.. berikut adalah artikel yang berguna dikongsi bersama :

a)Empat Perkara Menguatkan tubuh

- Makan Daging

-mencium haruman

-Selalu mandi

- memakai pakaian daripada kapas

b) Empat perkara yang melemahkan tubuh

- Terlalu kerap bersetubuh

-Terlalu banyak bersedih

-Terlalu banyak mereguk air liur

-Suka makan asam-asam

c) Empat Perkara Yang Menajamkan Penglihatan

-Duduk menghadap kaabah

-Mencelak mata setiap malam

-Memandang Hijau-Hijauan

-Membersihkan tempat duduk

d) Empat perkara yang mengaburkan mata

-Lihat Benda-benda kotor

-Lihat orang yang disalib

-Lihat kemaluan wanita

-Duduk membelakangkan kaabah

e) Empat perkara menambah kekuatan akal

-Meninggalkan berkata sia-sia

-Amalkan bersugi

-Sering menghadiri majlis orang-orang soleh dan majlis para ulama.

f) Lima perkara mencelakakan orang.

-Orang kaya yang kedekut.

-Hilangnya rasa kasih sayang.

-Tertanamnya sifat iri hati.

-nasihat yang tidak punya pengaruh lagi.

-Orang-orang bodoh yang mentertawakan orang2 yang pintar.

Petua kurangkan rambut gugur

Ambil kan lidah buaya,campurkan lendirnya bersama daun dan bunga raya putih,blender dengan sedikit air, sapukan ramuan kepada rambut anda.pastikan ia kena keseluruhan kulit biar selama 30 min kemudian mandi dan bilas seperti biasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur,syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut,hasilnya membanggakan sebaik sahaja ia mengering.Anda pasti selesa selepas itu.

Petua Lain Mengatasi Masalah keguguran Rambut

1) Sapu Minyak bijan di akar rambut/kulit kepala sebelum tidur.Paginya bersyampu dan bilas seperti biasa.

2) Lendir daun rambutan ..lakukan seperti penggunaan lidah buaya bersama bunga raya putih..Insyallah kalau buat selalu berkesan.

Itu saja buat kali ini..selamat mengamalkan petua ini untuk kesihatan.


You Are Not Alone -Micheal Jackson