Friday, July 17, 2009

Kesalahan pertama kali bertemu

Apakah sembilan kesalahan yang perlu anda berikan perhatian saat pertama kali bertemu dengan si dia?
HATI-HATI dengan pertemuan pertama anda dengan si dia. Kemungkinan kesilapan pertama yang anda lakukan itu sedikit sebanyak mendatangkan impak kepada diri sendiri.

Misalnya, anda mungkin salah memilih pakaian. Pastikan penampilan anda sesuai dengan situasi dan perjumpaan itu.

Elakkan menyarung sepatu tumit tinggi dengan baju yang seksi, apabila si dia mengajak anda ke taman bunga.

Jadikan pertemuan pertama anda itu sebagai sejarah awal percintaan anda berdua. Sekiranya si dia tidak menepati apa yang anda inginkan, jangan sesekali memberi harapan untuk pertemuan kali kedua.

Namun, jika si dia yang selama ini yang anda carikan, pastikan anda ingin segalanya berjalan lancar.

Bagi memastikan anda masih berpeluang berjumpa dengannya buat kali kedua dan seterusnya, hindarilah beberapa kesalahan yang sering berlaku pada pertemuan kali pertama ini. Antaranya ialah:
1. Datang lewat
Lewat lima minit tidak bererti si dia dapat menerima alasan yang diberikan. Kelewatan anda itu akan mempengaruhi imej dan kepercayaannya terhadap anda walaupun pada pertemuan pertama.
Bayangkan, untuk berjumpa dengan anda, pelbagai perkara bermain di fikirannya, inikan pula kelewatan yang anda sendiri lakukan. Si dia mungkin merasakan kemungkinan anda akan mengulangi kelewatan itu pada pertemuan-pertemuan akan datang.
2. Buat keputusan sebelum keluar bersama
Pastikan anda dan si dia merancang destinasi yang dituju. Ini untuk mengelakkan anda berdua saling bertanya destinasi tersebut pada hari pertemuan itu nanti. Ingat, perbincangan pada saat akhir akan membuatkan anda berdua terpaksa pergi ke tempat yang membosankan. Mengetahui lokasi pertemuan juga membolehkan anda merancang pakaian yang sesuai.

3. Jauhi perbicaraan berunsur keyakinan
Elakkan perbincangan yang melibatkan hal-hal keagamaan politik, muzik mahupun industri filem. Mengapa? Sewaktu anda dan si dia mengetahui bahawa masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza, pertemuan pertama itu akan berakhir dengan debat yang serius. Ada baiknya jika pertemuan itu dihabiskan dengan bertukar-tukar pendapat. Namun, bukankah lebih baik jika anda dan si dia mencapai tahap kesederhanaan sebelum berdebat?

4. Mata keranjang
Hari ini, bukan lelaki saja yang yang bersikap mata keranjang, segelintir wanita juga begitu. Begitu juga dengan anda, ketika bersama si dia elakkan mencuri pandang ke arah lelaki lain. Ini seolah-olah memberi isyarat kepadanya agar mencari wanita lain.

5. Mengajak teman
Mungkin anda baru mengenali si dia dan menyimpan perasaan takut dan berhati-hati sebelum ditipu atau dianiaya si dia. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengajak rakan menemani anda bertemu si dia. Membawa teman sewaktu kali pertama bertemu dengan si dia memperlihatkan anda seorang yang tidak matang.

Jadi, pada saat anda membuat temu janji untuk berjumpa dengannya, anda harus bertanyakan kepada si dia adakah pertemuan yang akan berlangsung itu hanya anda berdua sahaja atau melibatkan kehadiran orang ketiga. Cara sebegini adalah untuk memastikan bahawa si dia tidak akan membawa teman-temannya yang lain.

6. Terlalu agresif
Kawal emosi anda walaupun ia adalah pertemuan yang pertama dan anda begitu teruja. Elakkan daripada terlalu menunjuk-nunjuk. Misalnya, dengan menyentuh si dia pada bahagian-bahagian tertentu di khalayak.Cara ini menunjukkan anda seolah-olah seorang wanita yang mudah menyerah
7. Kurang agresif
Jangan hanya berdiam diri dan mengharap si dia yang akan memulakan bicara. Sekiranya anda terus berdiam dan tidak banyak memberi tindak balas, si dia pula akan memikirkan bahawa anda tidak dapat menerima dirinya
8. Batal pada saat-saat terakhir
Elakkan membatalkan pertemuan pada saat-saat terakhir kecuali anda berdepan dengan situasi genting seperti kematian, keluarga sakit dan sebagainya. Ini kerana, mungkin si dia sudah bersiap sedia untuk ke destinasi tersebut.

9. Menguasai perbicaraan
Ucapkan kata-kata anda dengan tenang. Berikan si dia peluang untuk berbicara dan mengutarakan pendapatnya. Elak memesan makanan atau minuman untuknya, melainkan si dia menyuruhnya

Tuesday, July 14, 2009

Solat Dan 5 Jenis Manusia

Salam Sejahtera Semua..
Hari ini saya ingin kongsikan satu artikel berkaitan solat yang menjadi kewajipan kepada setiap umat islam.. pada zaman ini sebenarnya ramai yang tidak bersolat bahkan lebih teruk lagi ada segelintir golongan yang tak tahu bersolat .. berikut adalah solat dan 5 Jenis manusia yang melakukannya.. sama-sama kita muhasabah diri kita temasuk di golongan mana dan sama-samalah kita memperbaiki diri agar kita menjadi umat dan hamba Allah yang cemerlang..
a) Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza
b)Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
c) Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solaitu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
d) Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
e) Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh. Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan. Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah. Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dalam menjalani kehidupan di bunia yang fana ini..

You Are Not Alone -Micheal Jackson