Tuesday, November 11, 2008

Spesifikasi Couple

a) Awek cun + balak hensem

Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Orang lain pun senang melihat meleka.

b) Awek cun + balak tak hensem

Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila perhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak tak kelaka mau kasi tambat hati aweknya itu (tapi itu awek
jarang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.



c) Awek tak cun + balak hensem

Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yanghensem tak mau kasik lepas. Wa pun tak apa hal. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity problem..

d) Awek tak cun + balak tak
hensem


Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

e) Group of girls + 1 guy

Selalunya berlaku di kedai makan.. Seorang lelaki di kelilingi kawan-kawan perempuan nya. Sungguh seronok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil mereka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 perempuannya mesti ketawa jugak)
d) Awek cun berpakaian seksi

Akan ramai orang melihat awek ini. Tetapi awek ini tak kisah sebab besar kemungkinan dia sudah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak ramai kerana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada kereta cantik ke, lumah besar ke, jam baru ka mesti kasik orang tengok, so boleh perasaan ada happy. ini awek pun sebegitu
jua.


e) Awek tak cun berpakaian seksi

Hoiyoooo ini manyak keji punya perempuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"...
Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..

Bijirin

Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Udin yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan-ikan di dalam aquarium. Tepat ketika Udin nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.
Si ibu: "Udin, jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan. Nanti ikan semuanya akan mati".

Dengan wajah pucat Udin menjawab, "Habis tue, kenapa Ibu bagi bijirin
ini kepada saya?".

Si ibu: Bertuah punya anak!!

'P' mana

Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....

POLIS: Pakcik,'P' mane?

PAKMAT: Pi balik kedah.

POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?

PAKMAT: Ape
yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.

POLIS: Saya kate
'P' mane...?


PAKMAT: Skarang
sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan
orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.


POLIS: (selepas puas mendengar
ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.


PAKMAT: Asallamualaikum.

POLIS: Waalaikummusallam.

Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata.. " Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang
ada..!!Cepat..!!"


Sorang pekerja kilang tu membalas.. " ..tapi..kami tak bawak barang kemas
kalau gi keja..duit pun sikit je.."


Perompak berfikir seketika.. "Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata.. " Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri.. " Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

Ayang VS Abang.....Sape Yang Salah?(Surat Untuk Abang)

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung.
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung
musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang
baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru
abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan
kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang
tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan
kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu
lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..
cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?


Tiap-tiap pagi
abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss
g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam
aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun
susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah
100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua
kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh
sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh
abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta?
abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri
elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang
balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG
TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN
PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,

ayang

Ayang VS Abang.....Sape Yang Salah?(Surat Untuk Ayang)

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

Sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hospital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang
ketawa...hahahhahahahahha

Motor Baru

Pak Pandir baru sahaja membeli motosikal baru. Dengan rasa bangga Pak Pandir pun bersiar-siar di pekan. Sampai di depan lampu isyarat, Pak Pandir berhenti kerana lampu merah. Apabila lampu hijau, semua kenderaan mula bergerak tetapi Pak Pandir masih tetap tidak berganjak dari tempatnya. Lalu datang seorang polis dan bertanya pada Pak Pandir.

Polis: Kenapa tak jalan lagi? Kan lampu hijau tu?

Pak Pandir: Maaf encik, belum ada warna lampu yang saya suka lagi. Bila sudah keluar warna yang saya suka, saya jalan. (tersenyum)
Polis: Mampus kalau macam ni! (mengetuk dahi)

Petai Punya Hal

Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan
seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah
mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan
ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".

"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas
dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga".

Ujian Darah

Sebaik sahaja mengambil tempat
duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis
teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin :
Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari
saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh,
kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air
kencing...

Kisah Semasa Dating

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik,memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya
satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
Ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah.
Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru keretaSameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke
pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.

Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?

...JANGAN BIARKAN BULU
HIDUNG ANDA PANJANG

kuang...kuang. .kuang...

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merahpadam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan
memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org
kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua
dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok
tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi
kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai
menambah utang

Peristiwa Di Twin Tower KLCC

Ini ada satu cerita dari seorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office
dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m.Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu
kesah.

Thank You Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat,sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji
kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat
salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )

Seman Si Mat Rempit

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja
ke telinga Seman,
"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecutmeninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..." Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidakdiendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikantangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la
sorang-sorang..."


Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Mulakan Yang Terhenti

Sejarah silam tidak dapat aku lupakan. Roy telah meracuni hidup aku. Adakah lelaki itu semua jahat dan kejam? Adakah kaum wanita sering menjadi mangsa. Mungkin salah kaum wanita kerana tidak berfikir menggunakan akal. Tetapi kenapa kaum lelaki sering melukai kaum wanita. Apakah mereka tidak mengetahui pahala dan dosa? Andai kata nasib sepertiku menimpa kepada ahli keluarga lelaki tersebut,bagaimana? Mengapa mereka tidak berfikir begitu? Patutkah kaum wanita ditindas dengan begitu kejam? Merosakkan gadis-gadis yang wujud di muka bumi Tuhan…? Ah..! nasi sudah jadi bubur. Wanita insan lemah. Namun aku teruskan hidup dan jadikan kisah itu terpendam dengan dalam dan sebagai pengajaran.


Hari-hari aku seakan-akan gelap. Aku tidak dapat melihat dunia ini memiliki cahaya. Oh Tuhan, berikanlah aku sinar cahaya dan hidayahmu. Aku meneruskan perjuangan aku untuk terus hidup. Membina hidup baru dengan lebih bermakna. Lelaki? Aku tidak mahu memikirkannya lagi. Mungkin lebih aman aku hidup begini. Tidak perlu memikirkan masalah lain.


Aku sering ke pantai apabila mempunyai masa lapang. Di situ aku sering kenangkan kembali kisah-kisah silam yang aku memang tidak mampu lupakan. Petang itu angin bertiup kencang. Tudung yang aku simpulkan dengan gaya ala-ala wardina ditiup angin mengikut rentak tiupan angin. Sapu tangan yang seringku bawa sentiasa di dalam peganganku. Sejak di bangku sekolah aku memamg gemar membawa sapu tangan. Mungkin aku mudah tersentuh dan menitiskan air mata di mana-mana. Sebab itu sapu tangan sentiasa berada dalam peganganku.


Angin yang kencang itu telah membuatkan sapu tangan aku itu terlepas dari peganganku. Aku berlari untuk mendapatkannya. Tiba-tiba aku tersungkur kerana terpijak kain baju kurung yang aku sarungkan ke tubuhku. Kelihatan sepasang kaki sedang berdiri di depanku. Ah! Malunyaaa….!! Aku cepat-cepat membetulkan kedudukan aku.


“Jauhnya lari? Nah, sapu tangan awak” entah siapa gerangannya memulangkan sapu tangan aku tersebut.


“Terima kasih….” Aku mengucapkan dengan penuh ikhlas sambil tertanya-tanya siapakan jejaka kacak yang ala-ala ‘Chinese look’ itu. Fasih pula dia cakap Melayu.


“Just call me Daus….” Laki itu memperkenalkan dirinya tanpa disuruh.

“Firdaus?” Aku menyoal kembali.

“Wah, pandai juga awak meneka nama saya ye?” Lelaki itu seolah-olah memerliku.

“la… Melayu ke… Aku ingat Cina tadi” Bisik hati kecilku.


Aku terbaring di atas katil yang empuk di dalam bilikku. “Just call me Daus” Tiba-tiba aku tersentak. La…mimpi rupa-rupanya. Aku terus bangkit dari katil dan bersiap untuk ke pejabat. Hari itu aku ada ‘meeting’ dengan klien dari China berkenaan dengan lukisan grafik yang telah menarik perhatianku untuk menjadikan syarikatnya sebagai salah satu syarikat kongsi di syarikat aku.


Setibanya di bilik mesyuarat semua ahli lembaga sudah bersedia. Tiba-tiba mataku memandang tepat ke wajah seorang lelaki dengan penuh terkejut. Setelah habis mesyuarat tersebut aku bertemu dengan jejaka itu.

“Have we meet this before?” aku menyoalnya.

“Rasanya ini pertemuan kita yang pertama Encik Farina” kenapa muka laki ni macam muka laki dalam mimpi aku huh? Pelik-pelik…

“Terima kasih kerana sudi menjadi salah satu rakan kongsi di syarikat kami Encik Firdaus…” eh,apasal aku panggil dia Firdaus…?

“Rasanya saya tidak bagi tahu nama saya lagi. Macam mana Encik Farina tahu ye?” Tanya Firdaus kehairanan.

“Oh, tadi assistant saya bagi tahu” Aku mencari alasan untuk menetupi ‘kesalahan’ aku itu.

Sekali lagi insan bergelar lelaki muncul dalam hidupku saat itu. Sejak hari itu kami menjadi mesra. Mungkin kerana aku telah melantik dia sebagai pereka grafik di syarikat aku.

“Aku ingin menjadi pasangan hidupmu, Rina….” Setelah 2 tahun kami bekerja di bawah bumbung yang sama Firdaus melafazkannya.

“Maaf Fir, aku tak mahu dilukai sekali lagi. Dan engkau pasti menyesal memilihku untuk menjadi temanmu”. Entah kenapa dengan tenang aku menerangkannya dan terasa hangat air mataku membasahi pipiku.

“Rina, aku dipertemukan dengan kau bukan kerana aku ingin bertemu dengan kau. Tetapi semua ini telah ditentukan oleh Tuhan, Rina”

“Tapi Fir, kau tak faham!” Tiba-tiba suaraku meninggi dan Firdaus memandang tepat ke anak mataku dengan penuh serius.

“Apa yang aku tidak faham tentang kau Rina? Kenapa? Kau masih teringat kisah silam kau? Lupakan Rina… Past is past… How about your future?”

Hah! Apa yang dia tahu tentang kisah silam aku?

“Sejak pertama kali aku melihat kau hanya satu yang bermain dalam fikiran aku. Kau milikku…”

“Apa maksud kau Fir?”


“Roy… dia bukan sengaja meninggalkan kau begitu Rina, Roy tu abang sepupu aku. Aku tahu segala-galanya tentang kalian. Sebelum Roy memejamkan matanya dia berpesan kepadaku untuk mencari kau. Dia amat menyayangi kau Rina. Teramat sangat. Dia memohon maaf darimu kerana tidak dapat menjadikan kau teman hidup semati dengannya”


“Tapi kenapa Fir? Kenapa baru sekarang kau bagi tahu aku? Apa dah jadi dengan Roy?” Hatiku menjadi resah.


“Roy menghidap barah hati. Dia terpaksa menghilangkan diri. Dia tidak mahu kau mengetahui kesakitan yang dialaminya kerana dia amat menyayangi kau dan dia berpesan kepadaku untuk menjaga kau, Rina”


Ya, Allah… ampunkan la dosaku kerana telah menyalah anggap tentang orang yang pernah mendiami dalam hatiku ini. Cucuri rahmat ke atas rohnya”


Sejak hari itu aku mula rasa tenang menjalani kehidupan seharian aku. Roy, kau sungguh baik sekali. Semoga kau tergolong dalam golongan yang mulia ye. Harap-harap kita akan bertemu lagi dan memulakan apa yang telah terhenti suatu ketika dahulu. I love you!”

Surat Cinta Seorang Hacker

Seandainya hatimu adalah sebuah system, maka aku akan scan kamu untuk mengetahui port mana yang terbuka Sehingga tidak ada keraguan saat aku c:\> nc l-o -v -e ke hatimu,tapi aku hanya berani ping di belakang anonymouse proxy, inikah rasanya jatuh cinta sehingga membuatku seperti pecundang atau aku memangpecundang sejati whatever!

Seandainya hatimu adalah sebuah system, ingin rasanya aku manfaatkan vulnerabilitiesmu, pake PHP injection Terus aku ls -la; find / -perm 777 -type d, sehingga aku tau kalo di hatimu ada folder yang bisa ditulisi atau adakah free space buat aku?. apa aku harus pasang backdor "Remote Connect-Back Shell"jadi akutinggal nunggu koneksi dari kamu saja, biar aku tidak merana seperti ini.

Seandainya hatimu adalah sebuah system, saat semua request-ku diterima aku akan nogkrong terus di bugtraq untuk mengetahui bug terbarumu maka aku akan patch n pacth terus,aku akan jaga service-mu jangan sampai crash n aku akan menjadifirewallmu aku akan pasang portsentry, dan menyeting error pagemu " The page cannot be found Coz Has Been Owned by Someone get out!" aku janji gak bakalan ada macelinious program atau service yang hidden, karena aku sangat sayang dan mencintaimu.

Seandainya hatimu adalah sebuah system, jangan ada kata "You dont
have permission to access it" untuk aku, kalau ga mau di ping flood Atau DDos
Attack jangan ah....! kamu harus menjadi sang bidadari penyelamatku.

Seandainya hatimu adalah sebuah system, ...?

Tapi sayang hatimu bukanlah sebuah system, kamu adalah sang bidadari impianku, yang telah mengacaukan systemku! Suatu saat nanti aku akan datang n mengatakan kalau di hatiku sudah terinfeksi virus yang Menghanyutkan, Ga ada anti virus yang dapat menangkalnya selain ...kamu.

Cerita Ayam Yang Macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semuaayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda : Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua,
aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam
jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]



Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Kentut Yang Tak Boleh Ditahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah
makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa
gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.
Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"

Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit
kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas
kamu!"

Wantan Mee

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Mat & Ah
Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.... maka
terjadilah perbualan ini:-


PELAYAN : nak minum
apa encik?


MAT : bagi saya milo
ais satu.


A CHONG : Saya mau
minum itu sirap limau....


PELAYAN :
ok.....makan cik?


Mat : Saya nak nasi
goreng satu...telur mata kerbau satu..


AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"

maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian
dia datang semula.....lalu berkata:


PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau
yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada
sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak
makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak
cukup la cik........


MAT & AH CHONG :
???????????????????????

Bilik No. 27

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu
apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.

"Bagus sekali!" kata lelaki tersebut.
"Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"

Salah Tafsiran

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam
kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu
semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain
simpanan...".

3 Anak Pengusaha Minyak

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku
adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : "??????"

5 tips dalam berpasangan

1. Saling Mempercayai

Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segipercakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?


2. Saling Memahami

Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.


3. Bertolak Ansur

Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser.
Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.


4. Kejujuran

Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidakkisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta,tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangananda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?


5. Kesetiaan

Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan
ucapan cinta.


Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan
sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya
.

:)

Tips Untuk Berkenalan Rapat Dengan Seseorang



Jangan Terburu-buru…

Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.

Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.

Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.

Be Gentleman…

Yup! Be gentleman… Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya…

Usik-usik la sikit…

Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…

Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.

Mulut kena manis…

Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.

Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap
membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.
Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “E…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.

Biar dia rindu…

Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.

Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.

Jadi…begitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk artikel
kali ini. Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ada tips yang lagi bagus
lagi, sila la berkongsi . Boleh kita bantu rakan-rakan kita yang nak approch girl nanti.

Deraian Cinta


Titis-titis air hujan bersatu dengan manik airmata yang kian lebat. Tak tahu mengapa dan apa yang membuatkan dirinya menangis. Yang pasti, saban hari dirinya meratapi. Walhal, dia tahu apa yang terjadi tak mungkin dapat diulangi. Mungkin dahulu dia sudah terlalu bosan membelek novel cinta. Sama ada suka ataupun duka pada akhirnya. Tapi, bila terkena batang hidung sendiri, betapa hancurnya perasaan. Bayu memberhembus membawa sama memori semalam.


Resah memikirkan kehendak ibunya. Zul berjalan mengelilingi taman mini belakang rumah. Mati aku. Kalau iyapun tunggulah panas sikit kerusi Pengurus Besar tu aku duduk. Ni tidak, apa entah yang digesakan sangat ibu.


Majlis pertunangannya akan diadakan lebih kurang seminggu lagi. Bakal tunangannya adalah pilihan pertama ibunya. Perfect sangat ke perempuan tu agaknya, sampaikan ibu kata pilihan pertama dan terakhir. Malas mempersoalkannya lagi. Andai ini satu suratan…


Nadzirah Anisa kelihatan begitu ayu dengan baju kurung Johor polos warna peach. Ramai yang memuji kecantikannya. Padan sungguh jika digandingkan dengan Zulhairy Adham.


Datin Rohana, ibu Zulhairy menyarungkan cincin pertunangan di jari Nadzirah. Dalam satu keadaan yang begitu memaksa, dia terpaksa senyum ke arah para tetamu yang hadir.


Selesai upacara, Nadzirah lekas-lekas menukar pakaian dan mengelap mekapnya yang tercalit di wajahnya.


“Hai, tak dapatlah tengok engkau pakai make-up lama-lama, ya,” giat Nini yang masih belum pulang.


“Rimaslah, Cik Nini oiii… Sabar ajelah kau ni,” ujar Nadz sambil mengelap saki baki pewarna pada matanya.

“Okeylah, jangan lupa kad jemputan kahwin nanti,” sengaja Nini mengusiknya lagi. Nadz malas melayan. Dibiarkan sahaja Nini berlalu. Makin dilayan makin menjadi. Nadz termangu seorang diri.


Apa pula yang bakal ditempuhinya selepas ini? Berharap dan terus berharap agar segala impian menjadi nyata walaupun sedar, harapannya bagai mencurah air di tanah tandus. Kering sepanjang musim.


Ukiran indah kad itu dipandangnya.

Nadzirah Anisa Zulhairy Adham


Ada lambang hati di antara keduanya. Apa maknanya? Tiada. Perkahwinan yang dibina nanti adalah berdasarkan satu paksaan semata.


Tawar… hambar…


Majlis perkahwinan Nadz dan Zul disambut penuh kemeriahan. Maklumlah, telah tercipta satu hubungan antara mereka yang sekadar mengikat hubungan kekeluargaan. Nadz dan Zul setia memberikan senyuman seadanya pada kamera. Keduanya bersikap sporting ketika beraksi depan kamera.


Selepas selesai, mereka bertungkus lumus mengemas rumah.

“Nadz nak kemas sikit bilik tu, la mama. Bersepah sangat, ” ujar Nadz, manja.

“Hm… yalah, suruh Zul tolong sekali,”

“Takpelah mama, Nadz boleh buat sendiri,” cepat sahaja dia berlalu dari situ. Lepas kemas hadiah, bolehlah rehat-rehat sikit, rancang Nadz.


Ketika mengangkat sebuah hadiah yang agak berat, Nadz sememangnya tak perasan kehadiran Zul. Begitu juga sebaliknya.

Prang…

Bunyi itu yang pasti kedengaran setelah keduanya berlanggar.

” AAduhh…. sakitnya mama!!!” jerit Nadzz.

“Oh my God! I’m really sorry.Tak perasan,” riak muka Zul tampak cemas.Dia cuba membantu.

” Ah, takpe…takpe. Saya still boleh jalan lagi,” keras Nadz. Baru dia cuba hendak bangun, tubuhnya rasa tak seimbang. Pantas Zul menyambut. Tiada suara keluar. Mama sibuk mencari kotak First Aid.


Bahasa mata banyak memainkan peranan. Jangan ingat kau dah selamatkan aku, aku terhutang budi kat kau! Harap kau dapat terima aku seadanya dan aku harap hubungan kita berkekalan, Nadz ! Dua hati berbicara sendiri.


Senyuman & tawamu mengusik kalbuku!


Kenapa Nini kata aku terlalu ego kerana tak mahu menerima Zul? Biarlah dia. Aku punya sebab yang tersendiri. Desis Nadz. Perkahwinan yang terjalin selama sebulan itu tak menunjukkan apa-apa perubahan positif. Hari ini Zul cuba memancing minatnya dengan mengajaknya pergi ke Cameron Highlands.


Mahu tak mahu, Nadz turuti juga kehendak Zul. Bas yang mereka naiki tiba pada pukul 11 malam dan bertolak kira-kira pukul 11.30 malam.


Sepanjang perjalanan, tiada apa yang mereka bualkan. Sekali-sekala, menjeling antara satu sama lain.Lama-lama berada dalam bas itu membuatkan Nadzz rasa sejuk yang teramat. Dia menggosokkan kedua belah tangannya.


“Sejuk?” tanya Zul penuh prihatin. Anggukan sahaja jawapannya. Lantas, tangan Zul melingkari tubuh Nadz. Dibiarkan sahaja. Beberapa ketika, mereka berhenti di hadapan sebuah traffic light. Kelihatan beberapa kutu rayap melambaikan tangan pada Nadz. Nadz tersenyum sambil melambai mereka kembali.


“Hm… layan juga awak orang macam tu,” bisik Zul pada telinga Nadzz.

“Em… bukan mereka kenalpun,” nak tak nak sahaja jawapannya.


Sepi terus mencengkam hingga bas berhenti di perhentian Tapah, perhentian terakhir mereka sebelum bas mendaki Tanah Tinggi Cameron.

“Saya nak pegi tandas. Tumpang lalu,” ujar Nadz.

” Jom la, ” Zul menarik tangan Nadz.

Mereka berpisah di simpang yang memisahkan tandas lelaki dan perempuan.

Selepas itu, mereka bertemu kembali.

“Jom gi beli makanan dan air sket,” ajak Zul.

” Hm… jomlah,” Nadz mengikuti langkah Zul ke kedai berdekatan.

“Pilihlah apa yang awak nak,” Zul terus menuju ke fridge dalam kedai itu.


Nadz pula sibuk membeli coklat dan snek tak lupa juga asam untuk menghilangkan rasa pening dan mabuk perjalanan. Zul membayar semua barang yang mereka beli setelah bergaduh kecil dengan Nadz.


Nadz menaiki bas semula dengan wajah yang agak mencuka. Zul tetap tenang menghadapi kerenah Nadz yang degil.

” Hm… chocolate sesuai meredakan marah seseorang,” ujar Zul separuh berbisik sambil membuka bungkusan coklat Cadbury. Disuakan coklat itu ke mulut Nadz. Nadz berpaling.

“Tak ada apalah, tak mabuk punya kalau makan coklat nie. Kalau selalu marah-marah, boleh kena serangan jantung tau. Tak elok tu. Muka pun nampak cam tak bermaya aje,” nasihat Zul.

Nadz senyum Entah apa-apa aje lelaki nie lah. Zul ceria kerana dapat melihat senyuman Nadz buat pertama kali dalam hidupnya. Coklat itu dipatahkan dan disuapkan untuk Nadz. Nadz membuka mulutnya perlahan dan mengunyah coklat itu sambil tersenyum memandang suaminya. Bas bertolak kemudiannya.

Nadz tak sedar bila dia tertidur dan terlentok di bahu Zul. Sedar-sedar dia terhantuk kepala Zul dan bas yang mereka naiki bergerak ke kiri dan ke kanan.Nadz ngeri melihat cerun bukit itu. Mesti sebelum ni, dah ada orang mati jatuh gaung. Hei… minta dijauhkan. Tanpa sedar, dia memaut kuat lengan Zul.

Zul kasihan melihat Nadz yang mesih lena. Diangkat tubuh isterinya masuk ke dalam apartmen sewaan mereka. Selepas itu, Zul memindahkan pula barang-barang mereka. Nadz yang tersedar kemudiannya kasihan melihat suaminya yang terlena di sofa panjang. Kesejukan yang mengejutkannya benar-benar meresap dalam seluruh urat saraf. Dikejutnya Zul yang terlena.

“Awak, bangun. Sejuk kat sini. Bilik tu ada selimut tebal,” Zul bangun sambil memisat-misat matanya.

“Jomlah. Bas tu bertolak pukul 2 petangkan?” ujar Zul lalu menarik Nadz sama.

“Sedap tak ? Selimut nie tebal betul,” Zul memeluk Nadz di sebelahnya. Nadz menggeliat kecil lalu tersenyum.


“Saya ingat saya dah tak dapat terima awak lagi. Tak sangka awak sebaik dan semulia nie,” Nadz mengeratkan pelukannya, merasai kehangatan yang mulai meresapi tubuhnya. Sayangnya, Zul sudah belayar terlebih dahulu ke lautan mimpi. Alangkah indahnya jika Zul mendengar butir bicara Nadz seterusnya.


Musim sejuk, London.


Zul menikmati sepenuhnya panorama indah kota London. Kota tempat dia membawa suka dukanya kehilangan kepercayaan seluruh ahli keluarganya termasuk isterinya yang amat dicintai.


Mengakui sesuatu yang tidak dilakukannya adalah sesuatu yang mustahil. Apatah lagi dituduh merosakkan anak dara orang. Kasihan Nadzirah. Rindukah dia di sana sepertimana aku merinduinya?


Deritakah dia di sana? Sihatkah ? Gembirakah ? Tiada jawapannya.


Musim bunga, Jepun.


Nadz termangu sendiri melayan perasaan. Tak terduga olehnya Zul sanggup mengakui satu kenyataan yang hakikatnya palsu semata! Tahukah dia betapa aku cinta dan rindu padanya ? Terseksa batin tatkala mengakui yang Zul berlaku khianat padanya. Perut yang kini berisi janin cantuman kasihnya dengan Zulhairy diusap perlahan.


Ummi pasti papa akan ketemu kita juga satu hari nanti,sayang. Sabar,ya.


Cameron Highlands, musim panas.


Zul berehat-rehat dibangku tempat dia dan Nadz meluahkan rasa hati masing-masing. Terasa bagai semalam terdengar suara halus Nadz membisikkan kata cinta. Serentak itu, dia menjerit kuat nama Nadzirah, permaisuri hatinya.


Nadz yang memerhati sejak tadi turut melaungkan nama Zulhairy. Tak tersangka mereka akan bertemu dalam waktu itu.


“Zul, maafkan Nadz sebab tuduh Zul yang bukan-bukan,” lirih suara Nadz pada pendengaran Zul.


“Nadz tak pernah buat salah apa-apa, sayang. Zul yang bersalah. Biarkan Nadz dan baby kita sendiri. Zul rasa berdosa sangat. Maafkan papa ya, sayang,” luah Zul sambil mengusap perut Nadz yang kian memboyot.Zul terus berlalu meninggalkannya. Membawa semua caci maki manusia sekembalinya dari London. Terus menyepi.


EPILOG YANG BERTERBANGAN…


Tangisan bayi lelaki bernama Zul Elmy Hariz mematikan lamunan. Bayi itu didodoi penuh kasih. Peristiwa 6 bulan lalu sudah lama menjadi sejarah. Tapi, harapannya pada Zul tetap mekar dan hidup selagi ada nafas anaknya.


Tiba-tiba, pintu apartmen diketuk orang. Nadz membukanya perlahan. Betapa terkejutnya dia melihat lelaki yang berada dihadapannya.


Lelaki yang menanggung segala tohmahan dan fitnah teman. Lelaki yang memiliki cinta dan rindu Nadzirah. Lelaki yang menjadi bapa kepada Zul Elmy Hariz. Harapannya terlaksana dalam igauan 4 musim. Sebuah deraian cinta yang terhalang bercantum kembali .


Nadzirah Anisa & Zulhairy Adham bahagia akhirnya…

You Are Not Alone -Micheal Jackson