Thursday, January 22, 2009

Menjaga Kesihatan Badan

Salam Ceria Semua,

Hari ni saya nak kongsi lagi beberapa petua berkaitan kesihatan kita.. untuk memiliki kehidupan yang baik dan ceria kesihatan haruslah dijaga.. berikut adalah artikel yang berguna dikongsi bersama :

a)Empat Perkara Menguatkan tubuh

- Makan Daging

-mencium haruman

-Selalu mandi

- memakai pakaian daripada kapas

b) Empat perkara yang melemahkan tubuh

- Terlalu kerap bersetubuh

-Terlalu banyak bersedih

-Terlalu banyak mereguk air liur

-Suka makan asam-asam

c) Empat Perkara Yang Menajamkan Penglihatan

-Duduk menghadap kaabah

-Mencelak mata setiap malam

-Memandang Hijau-Hijauan

-Membersihkan tempat duduk

d) Empat perkara yang mengaburkan mata

-Lihat Benda-benda kotor

-Lihat orang yang disalib

-Lihat kemaluan wanita

-Duduk membelakangkan kaabah

e) Empat perkara menambah kekuatan akal

-Meninggalkan berkata sia-sia

-Amalkan bersugi

-Sering menghadiri majlis orang-orang soleh dan majlis para ulama.

f) Lima perkara mencelakakan orang.

-Orang kaya yang kedekut.

-Hilangnya rasa kasih sayang.

-Tertanamnya sifat iri hati.

-nasihat yang tidak punya pengaruh lagi.

-Orang-orang bodoh yang mentertawakan orang2 yang pintar.

Petua kurangkan rambut gugur

Ambil kan lidah buaya,campurkan lendirnya bersama daun dan bunga raya putih,blender dengan sedikit air, sapukan ramuan kepada rambut anda.pastikan ia kena keseluruhan kulit biar selama 30 min kemudian mandi dan bilas seperti biasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur,syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut,hasilnya membanggakan sebaik sahaja ia mengering.Anda pasti selesa selepas itu.

Petua Lain Mengatasi Masalah keguguran Rambut

1) Sapu Minyak bijan di akar rambut/kulit kepala sebelum tidur.Paginya bersyampu dan bilas seperti biasa.

2) Lendir daun rambutan ..lakukan seperti penggunaan lidah buaya bersama bunga raya putih..Insyallah kalau buat selalu berkesan.

Itu saja buat kali ini..selamat mengamalkan petua ini untuk kesihatan.


Wednesday, January 21, 2009

Petua Rumah dan Dapur.

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman..

Dah lama saya tak menulis dalam blog ni sbb sy tumpukan seketika bagi pelancaran blog perniagaan sy yang kini dalam proses ..nanti saya akan dedahkan di blog itu tentang bermacam bentuk perniagaan yang sy jalankan ..nanti akan diberitahu..

So kali ni sy masih nak berkongsi lagi beberapa petua yang saya rasakan amat berguna kepada anda semua antaranya ialah :

1) Bagaimana nak jadikan telur dadar( omelette) gebu?
Seperti sedia maklum telur dadar mmg sedap dimakan tak kiralah buat lauk ke nak makan bersama nasi biasa atau pulut.. bau wangi telur dadar amat menyelerakana apabila kena dengan cara masakan nya.. jadi nak jadikan telur dadar tu sedap dan gebu adalah dengan cara masukkan sedikit air ketika memukulnya..untuk menghasilkan warna gebu tu plak masukkan soda penaik.1/2 sudu teh soda penaik untuk setiap 3 biji telur.

2) Bagaimana jadikan tangan bersih dan lembut setelah berkebun
Berkebun satu aktiviti yang sihat..bercucuk tanam amat digalakkan untuk tambahan kepada sumber pendapatan .. kena rajin dan tekun melakukan nya.. so selepas berkebun biasanya tangan kotor dan rasa kasar.. untuk atasinya sental tangan anda dengan bijirin oat dan susu.Campuran bahan ini menghaluskan tangan anda disamping kotoran itu akan hilang.
3) Bagaimana hilangkan dakwat pen
Dakwat pen susah nak hilang terutama terkena kat pakaian berwarna cerah..camne nak hilangkan dia? cuci dengan sabun pun susah nak hilang. caranya ialah basuhkan dakwat tadi dengan cuka makan .Bacuhkan 2 sudu cuka makan dengan 3 susu tepung jagung.Kemudian,sapukan campuran ini kepada kesan dakwat tadi.Biarkan campuran kering dan basuh pakaian seperti biasa.Ia juga boleh digunakan untuk kesan pada permaidani.

4)Bagaimana hilangkan bau hamis kambing.
Daging kambing yang hamis tentu membantutkan selera anda walaupun anda menggemarinya.. di sini sy akan bantu anda untuk hilangkan nya ..setelah anda hiris daging itu , lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 minit,pastu bersihkan daging itu,lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata(tetapi tak perlu banyak) .Biarkan 30 minit kemudian bersihkan dan sejatkan sehingga daging betul-betul kering.Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan dalam masakan untuk menambahkan bau harum.

Emm sekian saja untuk kali ini..anda boleh menggamalkan rahsia dan petua ini..sesiapa yang ada petua untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghantar kepada aries_cute2102@yahoo.com..

Terima Kasih.



You Are Not Alone -Micheal Jackson