Sunday, November 16, 2008

DOA TERKENA SIHIR

Sihir adalah perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir seperti bomoh atau pawang. Tukang sihir ini gunakan khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.
Bagaimana kita tahu orang yang kita ‘minta tolong’ tu adalah tukang sihir?


1. Bomoh ni akan minta benda seperti gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, dan juga birthdate.


2. Bomoh ni akan minta binatang ‘pelik’ seperti ayam hitam atau kambing putih etc


3. Mereka membacaAl- Quran dengan nada kelakar, kurang jelas dan cepat. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.


4. Mereka kotor, kuku kotor, pakaian bau busuk. Tidak menggambarkan orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah.


Sbb cara ini menunjukkan pesakit tahu akan ghaib dan ia nya HARAM! Seperti kata Rasulullah cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, bukan pawang yang ada ilmu tu.
Bagaimana kita tahu kena sihir?


1. Tidak Boleh Tidur malam
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Sebenarnya makan untuk 2 - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Boleh bercakap dalam bahasa yang lain secara tiba-tiba!


Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?



1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - Baca dengan kuat ..Tidak dalam hati

“Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi ‘aliiyil ‘azhiim”


Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.


Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati


Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Bayangkan rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?


Semasa anda tidur diatas katil, atau anak2 anda terjatuhl, Cepat -cepat baca
3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.


2.
Turut perintah Allah. - Antaranya: Mandi hadas besar secepatnya setelah haid kering. Jangan tunggu 1 hari baru nak mandi hadas.Kadangkala kita suka melengahkan mandi hadas ni. Sama seperti junub. Kita dikelilingi syaitan! Don’t prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!


3.
Lebihkan zikir. - Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari “Aamanarasul..”


285. Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNy a, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya" . mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan dan sebagainya.



Arasy” atau tempat syaitan rehat ialah lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis ‘bisnes’ keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Juga jangan menyanyidalam tandas! Jin juga menyerang dalam melalui cermin. Oleh itu hindarkan diri anda dari membaca doa menghadap cermin.


4.
Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang. Awasi anak anda bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Tukarlah waktu!

5. Seelok-eloknya ada
tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.


Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.


6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi
baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.


7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir -
surah Al-Kauthar.


8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar.


Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir


Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:
Bismillaahi (3x)
A ‘uudzu bi ‘iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru

Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.
Bacalah ayat di atas 7 kali.


Kemudian baca doa:
Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.


Ertinya:
Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yangmenyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.


Perubatan Orang yang Kena Sihir

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. Ia simbol perlakuan untuk hancurkan perbuatan jin.

Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:
Ayatul Kursi
• Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
• Qul ~ Ahad
• Qul ~ Falaq
• Qul ~ Naas
• Surah Yunus ayat 81


81. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" apa Yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan.
• Surah A’Raf ayat 120-121


120. Dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) Ahli-ahli sihir itu Dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
121. Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.
• Surah Thaahaa ayat 69 mulai “ Wala yuflinu...”


69. "Dan campakkanlah apa Yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan Segala (benda-benda sihir) Yang mereka lakukan, kerana Sesungguhnya apa Yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".


2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.
3. Ambil
3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya
dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi selama
41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi ( sihir yg kuat).


Wallahualam Bissowab..

No comments:

You Are Not Alone -Micheal Jackson